Wednesday, December 29, 2010

HONG KONG 3 : Ladies Market

Ladies Market sangat sinonim dgn kaum hawa... ia merupakan salah satu pasar terbuka yang paling popular di Hong Kong. bagi aku, kalu gi hong kong destinasi ini mesti masuk dalam senarai 'must go' bukan 'whether/or'. wajib dikunjungi bagi penggemar fesyen untuk tawar menawar membeli kain, beg, aksesori, barang permainan, kosemtik dan barangan hiasan rumah. dibuka mulai tengahari hingga jam 11:30malam.  tips : Ladies Market terletak di Mong Kok. dari Tsim Sha Tsui ke Mongkok amik Tsuen Wan Line. harga HKD 5. bila dah sampai kat Mong Kok amik exit D3 dan akan nampak ini






wow Virginia Hotel...apakah hanya anak dara sahaja dibenarkan check in di situ. mak dara ?? uh...strictly not allowed hehhee...jalan terus lagi baru nampak ladies market...








selepas pusing satu round...apa lagi...borong lah...1 tips aku nak bg kat korang, berdasarkan pengamatan aku, kalu kita tanya harga, dia seboleh2nya akan paksa kita amik barang dia juga...siap kejar lagi... kalu kita beralih ke kedai lain. time tu la korang boley tunjukkan bargain skill korang.sbb derang ni bersaing sesama derang...


 baju bt sanak sedara di kampung


tengok la keadaan aku yang amat mendukacitakan...sampai terduduk...terjeropok kat situ. ada satu pic tu sampai bersila terus...aku ni mmg gini kalu bab menyoping mmg tak perasan kamera lagi dah. hihiihih... en somi tukang amik baju. aku lak dok arah en somi amik baju itu ini, sambil dok kira jumlah baju...baju ni sepasang HKD 20. murahan kan, sbb ada cop hong kong...



keychain cum nail clipper

tapi awas !!! jgn terkena macam aku...aku dah tersilap buat pilihan...terpedaya actually. aku survey keychain dwifunction ni. setiap stall letak harga HKD 180 utk 1 set, ada 6 ketul...lepas tawar menawar dia bagi HKD100 camtu. tp satu kedai ni je dia bg HKD 90..of course la aku akan rembat yg the cheapest one kan...dah la sebanyak mungkin aku borong. hati girang la balik hotel sbb igt dapat harga murah dah. sekali ko tau apa jadi esknya, aku baru perasan ada stall kat sebelah hotel kitorang, aku pun masuk la, kot2 ada yg bekenan di hati. sekali nampak keychain sebiji cam aku beli..sengaja la aku tgk harganya. tau tak bape. HKD 30 utk 6 ketul. see ??? sakit hati gilak... kecewa... 3 kali ganda aku kene kencing dhn itu maknya. hampes...bayangkan berapa hinggit aku spend utk beli benda alah tu semalam, dan berapa byk aku dpt dgn harga HKD 30 ni...tp tu la...adat kalu dah jadi tourist ni kan...


 sejuuuuuukkk


tempat ni ala2 petaling street jugak la, sangat happening. org pun ramai. cer tgk gambar kat ats.yg aku peliknya...*yang ini adalah fakta ye* mostly org pakai baju sejuk. yang si biru blkg en somi tu pun dah kesejukan tu yg dok peluk tubuh jerk. aku tak de pun bersweter bagai. relaks je...kagum tak dgn aku. cepat kagum... apakah ini bukti yang menunjukkan kumpulan lemak di dalam badan aku semakin meningkat...tetttt...


ANNA SUI


oh !!! itu adalah salah satu hasil dapatan sebentar tadi. jarang aku beli beg gitu. tetiba nampak cam comel je, mematuhi tema baju aku lak tu...so terus rembat. bila bershopping ni, rasa cam kejap je masa berlalu. sedar tak sedar, dah  nak dekat kul 12. kedai pun dah nak tutup en suami pun penat sangat sian dia.bawa banyak barang. manakala si isteri bawa 1 beg plastik je...abes...kita nak angkat dia tak kasi kan....


 tengok la muka kepenatan si suami


 dan muka hepi si isteri


setuju tak kalu aku nyatakan shopping adalah terapi yang baik utk aku !!! muka berseri2 cam kene SPA kalu dpt shopping kan...tanpa memikirkan wallet en somi makin menipis. tak pe abg, syg janji...kalu wallet abg makin nipis kita pakai akaun ke dua pulak ye...dush !!! dush !!!




......................fakta...................

kat sini susah nak jumpa bas setingkat

7E pun ada. errr...manning tu maksudnya guardian la kan :)


hiii yappada...nama kedai camni pun ada ka...


uniform pak polisi di HK


 menu kfc di sini tak sama cam kat mesia*tak masuk pong*


Tuesday, December 28, 2010

teman setia en suami

selalunya, kalu suami demam
si isteri mesti risau
24 hour disisi suami kan
tapi aku... tak de chance nak buat macam tu
sebab...


hah...si noni ni tak berganjak. melekat je ats en somi



kunun dia la yg jaga en somi
tp dia mmg gitu 
sesapa yg sakit lam umah ni
mmg dia akn dok sebelah...manja kan
hokey
status kesihatan en suami ketika ini : belum sihat sepenuhnya
bila aku sentuh rasa panas je bdn tu
tp dia kata sejuk, sampai gigil2
cer tgk...
comforter dia pakai dah 2 lapis tuh
itu lapisan atas
lapisan bawah comforter yg kartun2 smlm
bila dia demam
mama dgn abah sgt la concern dgn dia
mula timbul perasaan jeles dlm diri aku
rasa mcm dia nak rampas kasih syg dr parent aku
rasa cam mama abah tak sayang aku lg
rasa aku dipinggirkan
rasa cam dianak tirikan
serius aku jeles
astaghfirullahalazim...bawa mengucap sket
tp itu lah kenyataannya
aku tak penah bagi tau sapa2
mungkin aku rasa terancam
sblm ni mama dgn abh ada aku sorg je kan
skali kene kongsi dgn en somi
dah dah...aku bukan nak bt sesi luahan perasaan
aku cuma nak en somi cpt baik dr dmm
then leh bawa aku mkn 
cendol
secret recipe
cchar kuey teow
esok je ada ni
plz en somi
cepat la sembuh dari demam tu


welcome back to school

tak lama lagi dah nak kembali ke sarawak...ah...tanak boleh tak??? nak cuti lagi, tapi gaji bulan2 jalan seperti biasa, boley tak...pangggg skali........penyakit malas dah datang. 


kejap je masa berlalu...cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya...arini dah selasa, jumaat aku akan meninggalkan 'tanah air' tercinta. keseluruhannya aku berpuas hati dgn cuti2 mesia aku.dari utara sampai ke selatan aku jelajah...tettt...bukan cuti2 mesia sgt pun...perlis dgn kelate aku tak sempat tinggalkan jejak dalam tempoh sebulan ni...alhamdulilah...dengan rezeki dan keizinan tuhan...tah sempat ke tidak aku update setiap destinasi yg dituju. buka sekolah confirm la sibuk kan...aku try je mana yg sempat episod hong kong pun lom abes...Macau pun blom lagi... apatah lagi percutian yg lain2...


im happy !!!



n now dah nak kene ready utk persiapan ke sekolah.sungguh !!! bab2 ni aku memang lembaps sket. tp kalu bab bejalan laju je dia. actually banyak lg barang yg belum di beli. antaranya
::: alat tulis
::: kasut sekolah
::: baju


ha sapa kata cikgu tak perlukan semua ni...setiap kali masuk sesi persekolahan baru, aku mesti membeli stationary baru. perangai ni tak ubah since aku sekolah rendah lagi.bila masuk sekolah baru, mesti nak 1 set baru. termasuk 'uniform' utk mengajar...sehelai pun ckp la. janji ada. utk mengembalikan semangat dan mood utk mengajar yg makin pudar.




check list sebelum balik ke sarawak

 
wahhh...siap ada check list lagi u. haruslah supaya aku tak meroyan di kemudian hari...arap2 takde la aku bersungut dok teringin itu ini masa kat sarawak nanti...mostly, apa yg aku teringin nak mkn sume dah dipenuhi en somi ...antaranya




ice cream cake baskin robbins.nampak tu ice dah start melting


sushi ~ kat sana pun ada sushi, tapi cap lain


kenny rogers ~ KR mmg tak de kat sana, jadinya...haruslah aku pulun habis2an


 laksa penang...kata ank mami kan


banana split ~ susah nak dpt ni



seafood lasagna ~  ada pizza hut, tapi lasagna asyik abes je

walopun banyak makanan memenuhi kehendak aku, tp masih ada beberapa makanan yang belum didapati, seperti


::: chocolate indulgience secret recipe ~ yang ni takpe, pas en somi baik demam, dia janji nak bawa pegi..tapi kalu tak baik2 juga??? aku tekan minyak la g sendiri.ala dekat je. kat autocity

 ::: char kuey teow ~ aku tak tau apa masalah kedai ni...aku mmg suka gila dianya CKT, malangnya setiap kali aku pegi, setiap kali tu gak aku kecewa. 2-3 kali dah pegi tapi gelap je. nenek dia beranak kot. marah betul aku

::: chicken rice shop ~ yang ni aku tak de la gila2 nya teringin nak mkn, sbb leh bt sendiri. cumanya maybe, tak sesedap CRS la.tehehehe :)

::: cendol ~ ini mampu buatkan aku gila bayang kalu tak dpt nih. harus usahakan sementara masa masih ada.dekat je.kat gelugor nun...



masa ada lagi 2 hari utk memenuhi segala permintaan aku. dapat ke tak ye. kalu tak dpt kene tunggu thn depan pulak la :( tu pun tah bilanya nak balik tak tau lagi.flight tiket utk thn dpn pon blom book lg...


Monday, December 27, 2010

suami saya demam !!!

buat pertama kalinya
dgn ini aku mengisytiharkan
aktiviti pada hari ini adalah... 
lepak2 di rumah


 sambil makan jeruk jambu (abaikan jerawat bata di pipi kanan)


 yang dibeli semalam


yeay !!! tepuk tangan semua
nampak sgt la
selama ni tak lekat kat umah
ya mmg pun...tiap2 ari mesti keluar
sekurang2nya gi tesco je pun
seb bek dekat dgn umah kan
disebabkan en suami demam
maka
jadual pada hari ini terpaksa ditangguhkan...
agak kecewa di situ
di saat nak habiskan sisa2 cuti di tanah melaya en somi lak demam
tp apakan daya
sian betul bila melihat dia berselubung dalam comforter
sila lihat...


sian kan !!!


tu la...berendam lama sgt dalam lost world
sampai demam2 dibuatnya...tp takpe
di kesempatan ini 
aku akan publish sebanyak entry yang boley
sementara dia tgh tido
bagi memenuhi target
cabaran membuat 30 entry bagi setiap bulan
huahahaha



maafkan daku

en blog...aku tau
sejak dua menjak ni kamu sering terabai
buktinya, jumlah entry pada bulan disember
baru nak masuk 20
merosot ya amat
since bulan november lagik
pendek kata,
musim cuti sekolah = musim blog terabai
setuju semua ??? 
ya..setuju..kata mereka yg bergelar cikgu cikgi
sbb musim ni la nak bercuti bagai
ni pun baru balik dari 




sapa tau ke mana beta pergi xmas ni
kekda cer teka !!!
(*__^)
eka hadiahkan kekda stoberi tu nak...
atau nak yang ini


so yummies !!!


Thursday, December 23, 2010

HONG KONG 2 : Symphony of night

pas je jalan2 di avenue of stars, kitorang balik berehat kat hotel, mandi bagai... ikutkan penat dah kaki nak berjalan...tp keinginan utk explore kehidupan di hong kong mengatasi segalanya... terpaksa lah turutkan. seb baik la hotel yg kitorang stay ni dekat je dengan destinasi yg hendak dituju. dalam 10 min berjalan kaki je dah sampai. pukul 7.30 camtu... dah isya pun kat sana, so jgn risau tak sempat solat maghrib..waktu solat maghrib adalah pukul 5 lebih... tempat yang dimaksudkan adalah SYMPHONY OF LIGHT. ia merupakan pertunjukan laser beam berkuasa tinggi , gabungan daripada beberapa bangunan di bandaraya hong kong....bertempat di avenue of stars juga. diingatkan...utk melihat pertunjukan ini, kene datang sebelum pukul 8. itu pun masa aku dah sampai di tempat kejadian dah ramai org. tp aku dgn en somi nyelit gak utk dok bahagian depan. ahahaha






kalu tak mmg terlepas saat indah utk melihat keindahan bandaraya hong kong di waktu malam. dah la pertunjukannya mengambil masa setengah jam camtu saja. so dont miss it !!!






















itulah hasil yang diperolehi dgn menggunakan kamera kokak kami...en somi dgn muka selamba nya pacak tripod. ye la nak dpt gambar yg cantik wktu mlm kan kene guna shutter speed rendah. bila pakai shutter speed rendah tgn tu kene dok dendiam... kalu tak lain hasilnya. itu sbb terpaksa pakai tripod...apa yang aku perhatikan laser beam tu bergerak ikut irama lagu yang didendangkan.sgt best...macam berlawan2. kitorang dok side tsim sha tsui. yg seberang laut tu pulak hong kong island. bila laser sana dok pancar yg belah side kitorang ni pun tanak kalah.pendek kata, malam tu mmg bermandikan cahaya la...ok, last entry aku dah janji...nak tunjuk kat korang apa lg yang ada kat avenue of stars kan. skang aku akan tunjukkan. selain cop tangan artis hong kong, terdapat juga peralatan untuk membuat filem seperti

 







   piala besar untuk anugerah filem hong kong pun ada...besar gile...pas je puas berposing kat sini...kitorang plan untuk ke Ladies Market. apa ??? ladies market...dengar nama pun dah bestkan...mmg khas utk para wanita yg suka shopping cam aku. tehehee



gaya tourist aku~itu adalah dokumen penting sepanjang berada di hong kong



My 1st GiveAway in 2011

 dapat tag dari dina
  
syarat-syarat GA 
*hanya perlu buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"
done
*Letak baner GA kat post entry and side bar done

*Tag 3 orang..
nita
iman
zulfa

*Follow blog tuan tanah GA ni..
dah lama i folo u :)

ok..tarikh tutup 26/2/2011..

kembali ke zaman bercinta dolu2

Rindu bertandang lagi !!! itu je yg mampu aku nyatakan. walaupun masih terasa hangatnya kucupan mesra en suami di pipi kanan aku ketika berada di epot, 3 hari lepas. rindu aku tetap membuak2 ketika ini.... errrgh...geli geleman dengar eh...panggggg bagi. tp susah tau nak dgr aku jiwang2 camni kan. hari ni masuk hari ke tiga kehidupan aku tanpa en somi di sisi...ari sabtu ni baru dapat jumpa kekasih hati ku ituw. teramatlah sunyi tanpa kehadirannya.  tak de lagi org nak kacau2 aku.......haiii...camne la org dok PJJ dgn suami ae...salute la !!! bila dok jauh camni baru terasa nak rindu rinduan, jeles2...en somi lambat reply sket pun mula pk bukan2...ahhaha...mula nak cari pasal. sapa tak syg laki oi sebelum ni 24 jam berkepit depan mata...hambik ko. dan bila dok jadi camni jugak, mula la balik tabiat lama.


::: call ~ bergayut tak kira waktu...utk wish camat pagi, camat mlm, camat tido. tu belom masuk suh mandi, suh makan, adoi angau kejap.

::: guling guling ~ setiap kali calling2, katil la sasaran aku...nak tacing2 bagaikan... sampai tak sedar aku dah bt pusingan 360 atas katil...oh kalu ada yg tanya kenapa perlu ats katil?sbb aku ni pemalu orgnya...kalu ckp kat living room, mama dgr aku dok loving2 dgn en somi.abes la.shy shy cat

::: msg ~ kalu bole nak je gantung hp ni kat leher, spy senang nak type msg. selama ni  handphone dok mana pun aku tak tau.sedar2 je betri weak

::: active mms utk send pic en somi ~ ha...selama ni hp aku tak penah active mms / gprs...tp skang ni kelam kabut dok call dg suh aktifkan gprs.cis...

::: tido tak lena, mandi tak basah ~ aku tak leh tido bkn sbb en somi, tp sbb dok online 24jam, ye la skang tak de lagi org nak panggil 'syg...masuk bilik' :) yg bab mandi tu plak, mmg tak de kaitan dgn en somi, aku yg malas mandi sbb sejuk

::: Eka Sdn.Bhd ~ semalam g shopping kene kelua duit sendiri.tak de org support dah... :(

::: makan dlm tin ~ ni en somi la. bila aku tak de, tak de la bibik nak masak kat dia, jdnya mknan dlm tin lah jadi pilihannya.


::: buka lampu setiap penjuru umah ~ ni pun en somi nya tabiat...en suami merupakan org yg penakut aku pun sama, jd time tido sume suis lampu haruslah di ON kan



abang !!!!! syg rindu abg



bila dah berjauhan camni, rasa cam makin liat nak apply tukar balik semenanjung. ye la bt nya sorang dapat utara, sorang dapat selatan. tak ke naya.


Wednesday, December 22, 2010

HONG KONG 1 : Avenue of stars

selepas puas berbulan madu di disneyland...hari isnin nya aku dan en suami berjalan2 di Tsim Sha Tsui. since kitorang akan nginap area situ gak pada malamnya. Tarikan utama Tsim Sha Tsui adalah Avenue of Stars n Symphony of Light...aku rasa la...tapi symphony of light tu berlangsung pada waktu malam, jadi siangnya jenjalan sekitar sini je. on the way nak ke Avenue of Stars, banyak gak tempat menarik untuk mengabdikan kenangan di masa tua...mula2 dok berposing kat CLOCK TOWER



tower yg menjadi mercu tanda pada Tsim Sha Tsui


clock tower ni merupakan sebahagian daripada bekas stesen Keretapi Kanton-Kowloon (KCR). Dibina pada 1915. menara granit dan bata merah itu menjadi peringatan kepada zaman penjajahan. tapi skang ni, stesen tersebut dah diganti dgn HONG KONG CULTURAL CENTRE






bumbungnya berlengkung dan bercirikan masa depan. sekaligus mewujudkan latar belakang yang luar biasa bagi clock tower tersebut. Selain itu, kalu dok sini kita akan dapat lihat HONG KONG ISLAND

 
 seberang laut tu lah hong kong island


tp mintak maaf, keaadaan agak berkabus, tak bape clear jadinya


landscape di tempat tersebut pun cantik.dihias rapi


 pasje jalan2 kat sini, kitorang dok snapinx kat kawasan berdekatan pulak


nampak pulak SOGO. igt aku leh tgk saje??? haruslah jelajah masuk


pastu g HONG KONG SPACE MUSEUM


then sambung balik snappinx


aku rasa cam unik sgt tgk cermin kaca tercacak2 ni


sempat men nyorok lagi2 dgn en somi.mentang2 la kecik kan... err kecik...sesuai lagi ke istilah kecik itu, merujuk pada diri aku...macam tak relevan je kan...aku dah gemok la...sedih :( ok takmo emo...nak sambung perjalanan ke Avenue of stars




nak mudah, masuk balik stesen tsim sha tsui n cari exit J. jalan sikit baru jumpa AVENUE OF STARS.
 apa yang ada dgn tempat ni...kata orang, tempat ni merupakan laluan para bintang dan juga tempat penghargaan kepada artis berbakat besar dalam industri perfileman Hong Kong


 kat sana ada bekas tapak tangan selebriti filem*Jackie Chan dan ramai lg*


 bruce lee statue

ukiran batu tanda, kiosk barangan



ok dah dulu utk ini. selebihnya akan aku tunjuk next entry. sbb malam nya ada symphony of light...more pic tonight...n more exciting pic want to show. promise !!!


tips : untuk ke Tsim Sha Tsui bole menaiki MTR, kene amik Tsuen Wan Line, sampai je stesen dia terus amik exit L4 utk menuju ke clock tower. cari sampai jumpa !!!