Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, April 18, 2011

MARBLE CHEESE CAKE

 dah lama dapat sms ni, arini baru berkesempatan utk tunaikan permintaannya




alamak ada nampak cap jari pulak


dah alang2 aku type kat word, aku terus transfer masuk ke blog... tetiba baik hati + rajin nak share skali kat blog...actually ini resepi turun temurun. dan aku dapat resepi ni dari mama


Bahan Kek
 
A: 1 1/2 cawan gula halus**
3 biji telur **
** kacau dgn mixer

B : 250 g mentega
1 cawan serbuk koko

C: 1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh esen vanilla
(*digaul rata dan diayak)


Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus
1 biji telur gred B

 




1.Untuk kek: 
Bahan A : Kacau gula halus + telur hingga sebati seperti gambar pertama di atas, pastu letak sebelah
 Bahan B : Dalam bekas lain, cairkan mentega (guna kaedah double-boil) pastu tutup api, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata seperti gambar 2.  
 Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A.kacau rata seperti gambar ke 3 
 Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata 
 asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga kek masak.

 
2.Untuk Cream Cheese  
Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim.setle !!!


3.Cara-cara
Sapukan dulang dgn mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari dulang supaya senang nak dikeluarkan. Panaskan oven pada suhu 175C.
 Tuang cream cheese ke atas kek yg telah dimasak tadi. Isikan adunan kek yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus seperti gambat ke 4. kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar 5. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...





dicedok dari google...aku nya mana? tak sempat nak snap dah masuk mulut.canne nak buat???
cik abe sorang tu la tak nyempat2..
so gambarannya ala2 cam di atas la. tp corak aku huduh gila plus takde buah bagai



Thursday, April 14, 2011

HOME MADE PIZZA

dah macam blog masakan pulak ye
entry ni diterbitkan semata2 ingin
memenuhi kehendak asna
pun mak boyong jugak
err...nak tanya
adakah gambar2 yg di upload sebelum ni mampu mengiurkan ibu2 ngandung
sbb 2 org kawan aku yg tgh preggy dok tanya canne buat
actually asna tanya canne nak buat doh je
tp dah alang2 kan aku tulis je resepi pizza ni







BAHAN DOH
 1sudu besar mentega
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh garam*
1/2 sudu teh gula*
2 sudu teh yis aku guna yg serbuk then larutkan dlm sedikit air
1/2 cawan susu cair 
tak lain tak bukan dutch lady penaja utama rumah eka n daus
*sebatikan


BAHAN TOPPING
sedikit sos prego 
sausage
mushroom
crabstick
bawang yg di potong
mozarella + cheese + parmesan



CARA-CARANYA

1.Untuk doh- campakkan mentega + tepung + garam + gula. kacau sampai sebati. then masukkan larutan yis.uli lagi. pastu masukkan susu...agak2 la. uli sampai dia membentuk doh. kalu still lagi melekat kat tgn letak tepung lagi.then perap selama 30 minit. tutup dgn kain lembap. mama aku kata kalu cuaca panas lagi cepat dia 'gemuk'.bila dia dah membesar dgn jayanya,sampai 2 kali ganda, tumbuk doh tu bagi keluar angin...pastu leh la leperkan dan start mencanai.

2. Untuk topping - tabur semua bahan di atas.dan di akhiri dgn taburan cheese + mozarella + parmesan



gambar2 pembikinan pizza boleh dilihat di sini dengan bantuan dari model terkemuka wink2


CHEESE MACARONI BAKED


ke macaroni cheese baked
walau apa pun maksudnya tetap sama
di atas permintaan ramai
sini aku come out dgn resepi macaroni baru2 ni




actually malu2 gak nak tulis resepi kat sini
sapa lah aku. tak layak utk perasan cam chef
ye la aku ni bukan pandai pun
main agak2 je masak
kalu setakat nak bg suami sendiri makan ok la
rasanya 1st time kot aku wat resepi2 gini
ada 2-3 org kwn, aku dah personally pm dia nya resepi
tp ni request by dayat
suh wat kat blog utk dikongsikan bersama
disebabkan sikap keguruan tu tinggi dlm diri
so takmo la kedekut ilmu
nah amik resepinya
sori la ye kalu bhsnya sukar difahami
festime ni


::::HOME MADE BAKED MACARONI ::::

A-Bahan-bahan
  1/2 paket macaroni sbb 2 mulut je nak mkn


B-Bahan untuk Sos macaroni 
minyak untuk menumis
 2 ulas bawang putih, dicincang
2 biji bawang besar, didadu
 2 cwn daging cincang
1 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce
1 tin cendawan butang, dihiris
garam + gula agak2


C-Bahan untuk Sos Cheese
1/2 sudu besar mentega
1cwn air*
2 sudu besar tepung gandum*
2 cwn susu segar, aku guna dutch lady kebetulan stok tu je ada
1/2 buku (250 gram) keju cheddar diparut aku guna cap kraft
 sedikit serbuk lada hitam
*larutkan air + tpg gandum bersama2

D-Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut 


Cara2
-rebus bahan A, then letak sebelah
-utk bahan B,cam biasa sediakan kuali, masuk minyak, tumis semua bawang. dah garing masukkan daging cincang tu...dah naik bau masukkan sos prego,garam+gula...last sekali masukkan cendawan...siap, letak sebelah
-gaulkan bahan A dgn bahan B.then masukkan dalam casserole ataupun apa2 bekas yg tahan panas.bagi sebati.jgn kering sgt, sbb kang nak dibakar pulak.dan jgn basah sgt.nanti lembik je.selalunya kalu aku bt 1 tin prego ni...sengah dari tu aku simpan utk bt pizza.kira 2in1 la.once bt macaroni pakej dgn pizza skali

-utk buat bahan C, masukkan mentega atas periuk, dah panas campurkan air dan tpg gandum. kacau jgn bagi dia bergentil.kalu tak, tak sedap...kang terhangit pulak kat bawah tu. dah sebati, masukkan susu. pastu campak parutan keju tadi.kacau dia sampai melt...kalu nak lemak berkrim taruk cheese manyak2 :) letak sedikit lada hitam utk menambah perisa.
-seterunya bila bahan C dah siap, terus curahkan bahan C ni ke dalam casserole yg berisi macaroni tadi...
pastu tabur mozarella. nak lebih yummies campur dgn cheddar. again jgn salahkan aku kalu aku bg pengaruh yg tak baik pd diri korang. sebelum bakar pre heat oven pada suhu 180 then bakar dalam 15-30 min. agak2 dah kekuningan boleh la diangkat








p/s : igt nak bt resepi bergambar, tp disebabkan ibu mengandung sorang ni dah teringin sgt. sian la pulak.tu yg laju2 aku tulis resepi ni...semoga berjaya ye dear...