Wednesday, May 11, 2011

selesai sudah

i hope so...
tp masih tak dapat tarik nafas lega 
sebab...minggu dpn dah start exam
bila start exam bermula la proses pengilangan di rumah
kilang stapler kertas akan di buka di rumah aku
dan mungkin juga ada cawangan bila banyak sgt paper tu
aku susun ikut page, en somi  ketip


thanx to en gugel


aku tak dpt bygkan kalu en somi keje lain
maksud aku kalu dia keje jenis yg keluar awl balik mlm
offshore ke, shift ke
sapa la nak tolong aku buat semua ni
oh aku mmg bukan seorang yg pandai berdikari
sejak kawen
even kat skolah pun
apa2 hal aku cari dia
biarpun gaji kami kecik
aku bahagia sbb dia ada 24 jam dpn mata aku
aku selalu terpikir2 kalu aku minta pindah ke semenanjung
confirm susah nak dapat peluang camni lagi
tak mungkin kami dua ditempatkan di dalam sekolah yg sama lagi
ok cupppp terkeluar topik sudah


nak citer pasal karnival sains yg dijalankan pada hari ini
alhamdulilah berjalan lancar
walaupun ada juga masalah
ye la...mana2 program pun pasti ada cacat nya sikit kan
tp sumenya 'undercontrol'
yg paling best
sekolah aku dapat kutip byk pingat
ada perasaan bangga sikit di situ *keji*



aku mmg hot giler

sejak 2 menjak ni kesihatan aku kurang mengizinkan
tp tak la sampai demam + koma dan sewaktu dgnnya
dok batuk2 manja je la plus sakit tekak
cuaca sgt panas
sampai 1 ari tu aku shout kat fb
eh skang ni aku dah jarang post kat fb, nape ae




panas ????
korang rasa tak apa yg aku rasa
mengikut kajian
pemanasan global ni disebabkan oleh 
ribut aere di filipina baru2 ni
baca sini
bayangkan ae
 aku mandi pun rasa air tu panas je
cam pakai heater
mmg mandi sehari 5 kali la wat masa ni...
bagi aku yg spesis kambing ni
5 kali tu cukup byk la
pecah rekod

ni jadual mandi aku start ari isnin
6.00 pagi masa nak gi sekolah
12.40 pm pas balik skolah, rehat 5 minit terus mandi
kata kuarters dpn sekolah kan...wink wink
 3 sengah ptg mmg saat genting rasa mcm dok dlm oven
6 sengah sebelum solat maghrib
9 sengah sebelum masa tido

oh aku sgt tak selesa tido dlm keadaan melekit n panas
ye mmg panas gilak
bak kata emme panas tahap dewa
bila panas gini, khidmat ekon amatlah diperlukan
sampai ekon kat umah bilik pun dah bunyi cam moto bot
tu buktinya dah lama tak servis
ada paham ??
ahahha


Monday, May 9, 2011

B.U.S.Y

oh sibuknya hari ni
dan seterusnya
tak suker tak suker
lesson plan pun belom buat lagi
ari rabu ni ada karnival kat sekolah
so aku mmg sibuk dok setup apparatus la
risau sgt selagi program ni tak berlangsung
semoga apa yang dirancang berjalan lancar
amin...


ini lah kehidupan, kalu sibuk tu... sibuk gilak
kalu free... siap leh lompat bintang lagi
lalallala

Sunday, May 8, 2011

::: mimpi :::

ini en somi punya cerita
pagi tadi bgn je dr tido
dia pesan

syg jgn cari org lain tau

pekehal nya kan, pepagi ckp camtu
aku tanya dia, tp dia tak bg tau
aku pun tak koser nak tau sgt
sebab baru bgn tido, mamai lagi
pastu, masa nak makan
sekali lagi dia pesan 
dan kali ni disusuli sebab musabab dia berkata demikian
katanya, dia mimpi... aku nak kawen lain
tah dgn org tua mana tah
yg pastinya dalam scene tu, mataair baru aku namanya 'wak'
kelakar gilos
wak mana la pulak ni
pecah perut aku gelakkan mimpi dia
en somi mmg taw...
dia kalu mimpi suka terbawa2 ke dunia realiti
tp kok ye pun...pada2 la...
aku ni pompuan takkan la aku nak memadukan dia

gambar takde kaitan dgn tajuk entry


pstt : kata org mimpi selalunya berlawanan
oh nehi heyyyyy...mintak dijauhkan !!!

Friday, May 6, 2011

You're the Best Mom in the World!



mwuahhhhh !!! syg mama dari jauh


tak tau camne nak cakap betapa aku syg mama aku
aku tak boleh hidup kalu sehari tak dengar suara mama
sampai la skang...tp2 ari mesti bergayut dgn mama
kalu balik kampung... mama juga yg aku cari
sampai terabai en somi
mana taknya...mama yg sememangnya jadi bantal busuk sedari kecil
terpaksa aku tinggalkan semata2 utk berbakti kpd negara
jadi, setiap kali balik kampung mmg lepas gian la
bila aku nak tido dgn mama
terpaksa la heret skali sleeping partner ku itu
bercakap tentang sleeping partner
sejak kawen ni honestly aku rasa kasih syg mama dah berbelah bahagi
ye la, tak penah ada ank bujang, suka la derang. kadang2 mmg rasa jeles
bila mama lebihkan dia
naknya bila dia demam, mmg mama care dia lebih
dia  pulak jenis ngada2 cam nak minta perhatian je
sedih taww...plus cemburu
tp apa boleh buat


dia yang aku maksudkan adalah...



si budak tecik tu

nampak tu...elok2 aku dok main dgn mama...dia nak gak dtg menempek
mana aku tak jeles kan


 :::::::::::::::::::::::::::::::::::::


 Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….



betulll......hargailah mereka sementara hayat masih ada

Thursday, May 5, 2011

tiPs menGgoDa seCarA haLal

wah...tajuk tak tahan.kang kene gam pulak blog ko ni eka ala beysa la.kata mlm jumaat kan... ;) Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda 'sleeping partner' anda. aku dapat dari mana tah.lupa dah...yg pastinya en gugel la




1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya...Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayaaa... namanya.

2. Kenyit-kenyit.
  sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu mengembirakan hati anda.

3. Opsss..., maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, sentuh dan pegang tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘opssss.., maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh..., boleh cair jadinya.... lepas tu tak gheti2 lagi...;)

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit.. kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh! Teknik ini hanya yang ada skill mengendap/skodeng saja yang tahu... hahahaha....

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah.
Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkanlah diri anda.. Tentu menarik.... Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya....

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear… opppssss..., terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun. Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….Terbeliak biji mata ada dua maksud. Pertama terbeliak melihatkan body pasangannya yang seksi dan mengancam. Yang keduanya terbeliak terperanjat melihatkan body pasangannya yang mengeleber atau boroi... lepas tu si dia bantai gelak guling2... hahahaha...

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya....

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi atau kena sergah... bergantung pada mood pasangan anda.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah.., mesranya pasangan tu... Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.




ok sekian saja perkongsian hari ini... balik nanti cuba ye.selamat beramal
pesanan penaja : tips2 ni hanya valid utk mereka yg berumah tangga ye...sapa yg belum ada sleeping partner tu jgn gegatal nak cuba. baca boley... ;)


Wednesday, May 4, 2011

terima kasih sahabat !!!

ni baru berkesempatan nak buka blog
alangkah terkejutnya aku bila tgk
ada 15 comment
sumpah...coment2 korang ni betul2 buat aku rasa
terharu + sedih + dihargai sgt2
walaupun ada antara kita tak penah jumpa
tp kita selalu berkongsi suka dan duka
terima kasih sbb memahami
kalau la org dlm dunia ni sume mcm korang
memang aman sgt, takde la aku terasa bagai
buat
rdna
umi
k.izan
lady mira
leeyana
kekda
nita
hanidatul shatira
nadeera
faiez
yunny
wani
asna
chique jah
su su

korang memang terbaik...hugss !!! 
malam karang baru aku reply komen korang ae...
ada kelas jap gi
sekali lagi...terima kasih sahabat !!!



bila nak bertiga


itu soalan yg sering ditanya
sejak dah di ambang senja = senior la katakan
sbb dah setahun lebih kawen kan


ya...setelah 1tahun 5 bulan menjadi istri org


soalan ini sering berkumandang di corong telinga
naknya bila upload gambar secara duet dgn en somi
lagi la byk suara yg bertanya
bila nak bertiga ni??? sedih la
aku tau, aku tak patut rasa macam tu
derang amik berat kat aku, tu sebab derang tnya perkembangan terkini
tp tu la... hati ni cpt sgt tersentuh kalu bab anak
pastu, bila dapat tau org yg baru kawen dari aku dah start pregnant
adoyai...sebelum ni aku lom penah rasa camni
sbb antara kawan2 aku yg bff la
aku je la yg baru melangkah ke alam rumahtangga
tp bila my bff yg kawen last year bln 9 dah start preggy
bagi tau yg dia dah pregnant, tetiba aku jadi sedih
aku tak sepatutnya sedih...nop...aku tak sedih bila dia preggy
aku tumpang happy actually
tapi.......
pada masa yg sama, aku tertanya2 napa aku tak preggy2 lg
dan tiap kali tu juga en somi cuba pujuk
pasti ada hikmah di sebalik kejadian yg kita tak tau
kalu ada baby, sapa nak jg baby, nak nya nak cari baby sitter yg muslim
paham2 la surrounding kat sini camne
ye ada benarnya kata dia
tp... bila aku dok sensorang aku mula pikir bukan2
skang dah 26... anak lom ada
nanti tua sapa nak jaga aku???
oh aku benci dgn perasaan ini

psttt... rasanya dah lama aku tak post entry bab ni kan
sbb aku dah start redha...tp disebabkan statement beberapa pihak
aku mula risau + runsing + sedih



Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik, amin


Tuesday, May 3, 2011

lega...

alhamdulilah...lokasi percutian dah pun dipilih
setelah diperkenankan oleh para juri di dlm dewan parlimen
teheheh...
hotel dah book, msalahnya skang...
bila dah book awal
jiwa tak tenteram
asyik dok pikir pasal percutian je
ni yg malas bila wat plan awal2 ni
siang mlm dok berangan
mana taknya
dah byk kali nak pegi ke sini
tp ada je masalah yang melanda
asyik tak jadi je
harap2 kali ni tak de masalah lagi
betul2 nak tgk keindahan tempat tersebut
tp jgn salah sangka
percutian ni hanya percutian budget di dalam malaysia
sama spr thn lepas
asal bln 6 je mesti ada vacation mengingati detik bersejarah 
antara aku dan en somi
iaitu sempena hari dia propose aku + anniversary my e-day
dan juga befday en somi
kalu last year, kami pergi ke sini





apakah tahun ini masih bertemakan ke pulauan.ahahha




sumpah dah tak sabar nak tunggu cuti
nanti jejak je kaki di peninsula
nak shopping baju percutian
err...aku dgn en somi
ada habit buruk
asal nak bercuti mesti kene cari baju baru
apa ke hay nya tah le

Sunday, May 1, 2011

monday yg tak blues lg

hai uols
camat pagi semua
arini bangun pagi dgn ceria
1st time dalam hidup aku
jumpa isnin yg mendamaikan
sebelum ni dok meraung
monday blues je
sian si monday, mangsa keadaan
tp arini
mood monday aku sgt best jap gi nak kelua
mencari sesuatu ;)
camne korang, kemain lg bercuti yer
aku???



 
hohohooh...cedih..aku tak bercuti memana
jalan sini2 je, sbb
en somi terlibat dgn program lain
*takpe la tu kan keje yg baik.ceh pujuk diri sendiri*
selama en somi tak de di rumah
aku habiskan masa dgn... menggoogle
info tentang percutian bln 5 ni...