Monday, May 23, 2011

my 1st apam polka dot

fuh !! dah lama nak wat apam ni tau
smlm baru sampai seru
tah 'lagu' mana terrrrasa nak buat apam
en somi pun cam on je
dia pun sama, datang mood nak deco
so smgt la aku
malangnya, apam aku cam tak berapa nak jadi la...
pada sifu2 di luar sana
jom tgk apa yg tak kene dgn resepi aku ni ha


hah nampak???

dia cam berongga2...setelah di zoom kelabu asap gambarnya


tak cantik kan. apa yg tak kene ye
cer check betul tak ingredient yg aku masukkan


mula2 aku campur BAHAN A (3 biji telur + 1 1/2 cwn gula halus + 1 sudu kecil ovallete)


kacau sebati sampai putih melepak
baru aku masuk 2 1/2 cawan tepung gandum + 3 sudu teh baking powder dalam BAHAN A
sebelum tu derang ni, aku campur bersama2 dulu, baru ayak
pah tu aku selang selikan dgn 150 ml susu segar
kacau dgn mixer, lastly aku masukkan 1 sudu kecil esen vanilla
sbb tanak bau telur sgt


warna nya camni la, pastu dah boleh warnakan ikut kesukaan masing2


 kebetulan kat umah ada  warna2 ni je


susun paper cup dalam bekas lompang


 masukkan adunan tadi dalam piping bag, ini aku guna filling coklat


coklat ni pulak aku tak cairkan dulu, main letak je
sebab tu ke dia berongga?


lastly baru dot dot kan apam ni



then kukus (dgn air yg betul2 mendidih) sampai 15 minit


 so skang nak tanya
apa sebab musabab dia berongga
nak kata titisan air dari periuk pengukus tak juga
sebab... aku dah balut penutupnya dgn kain
so...minta tolong pada sifu diluar sana
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjuukan


sebelum aku akhiri entry ni aku nak ucapkan terima kasih kepada
insan yg sudi menghulurkan bantuan
ni ha org yg bersungguh sungguh menjayakan projek apam ni


dia lah yg menjjadi nadi kepada projek ini... uit tekun gile


walaupun adakalanya dot2 dia dah jadi sguare shape
boleh  dimaafkan la
ada yg kuar bentuk usof wilcha
dgn kusi roda nya... takpe la yang
masuk ke mulut sendiri gak kan
kalu bg org mmg tak dpt la




haiyoh

rasanya semua org tau AA wat promotion
sapa yg dah berjaya mengempiskan poket di sini
cer bagi tau





dah berkali2 cuba masuk AA
tapi gambar lebah ni juga yg keluar
tension

Sunday, May 22, 2011

bila nak kene ajar org dewasa

::: cerita 1 minggu lepas :::


ada parent datang ke rumah, nak minta tolong aku, ajar anaknya math. pendek kata tuesyen kan ank dia la. bila org dah datang... mesti la nak jamu air ke hapa kan... kebetulan... aku ada bt kek... so aku hidang je la kek kat derang....


PARENT : cikgu...sedapnya cake ni, apa namanya
AKU : ala cake biasa je tu...cake choc


bagi aku takde mende la kan... beysa la... kalu aku pun, dah org hidang makanan mesti kita puji..amik hati... :) bukan bodek taw. pastu maknya sempat minta resepi kek tu. so aku pun amik resepi yg sedia ada fotostat kat printer ...


::: selepas 1 minggu :::


ada org ketuk pintu umah... buka2 pintu maknya lagi... tp tak bawa ank kali ni... dia minta dia yg di tuesyen kan aku...

PARENT : pas buka cuti nanti saya nak minta tolong cikgu ajarkan saya buat cake boley
AKU : hah ?! saya ni bukan pandai sgt...utk mkn sendiri boley la
PARENT : tak cikgu..ank2 saya suka kek aritu... dan satu lagi, nak minta cikgu buatkan cake utk  minggu dpn... befday anak saya...saya tak kisah berapa ringgit cikgu nak caj


skang ni aku dalam dilema...aku ni jenis susah sgt nak tolak pertolongan org.serius aku bukan pandai pun wat cake. mmg buat utk mkn sendiri je... skang ni jawapan belum lagi aku beri...tp makcik tu betul2 berharap... sian pulak kan. dia kata bahan sume dia beli...cuma cikgu tolong buatkan je....adeh...dilema !!! buatnya tetiba tak jadi ke keknya...risau risau



horor gile muka ni = muka aku, igt !!! pertama dan terakhir ko dok dlm blog aku


Thursday, May 19, 2011

sambutan hari guru part 1

wah !!! berpart2 bagai...
ye la...sambutan hari guru kan dah lama berlalu
skang, baru ada masa nak gebang kat sini
actually aku just nak nyatakan rasa terharu aku pada sorang budak ni
aku ngajar dia masa mula2 posting dulu
kiranya hampir 3 thn berlalu
skang dia dah form 2
igt lagi dia ke aku
dia bagi aku ni masa teachers day itu hari




aku scan, tu yg kelabu asap tu
walaupun ayat tu simple
cukup membuat kan aku terharu
alhamdulilah dia masih igt aku
aku ni, bukan lah minta sgt diingati murid2
tp cukup lah mereka hargai pengorbanan aku ketika mengajar derang dulu
di sekolah aku dikatakan guru yang lembut
itu kata kawan2 seperjuangan + anak murid
walaupun aku rasa aku garang
ye la... suara aku kalu ngajar mmg jenis loud speaker, dgr 1 skolah
tp derang masih kata aku tak cukup garang
dan mungkin disebabkan itu juga
aku disayangi murid...errr ye ke...tah la...
mebe aku mengamalkan konsep kelembutan dalam ketegasan kot
kalu tak buat keje umah tak kan aku nak biar je kot
aku rasa tu pantang setiap guru
yg pastinya... aku suka jadi cikgu
(*___________*)


Wednesday, May 18, 2011

bahaya high heel

baru2 ni aku dpt satu info berkaitan tajuk di atas.terima kasih kpd kawan aku yg sorang ni, ruby... yg baik hati sudi berkongsi info dgn kita... nak lebih detail click link ni...


"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara sekali pun"


ni dituju khas kpd para wanita di luar sana yg suka sgt pakai heel. agak2 aku tergolong tak di kalangan mereka...hm...no comment...tengok je la gambar di bawah ni






semua kasut2 aku dibahagikan kepada 2, ini adalah kasut feveret
yg tak feveret a.k.a kasut yg flat ada dalam gerobok tu
jarang pakai ... kasut2 ni baru di basuh, so aku sempat snap
sebelum di masukkan ke dalam almari
masa basuh tadi, 'butang' heel si merah tu tercabut la pulak





mostly kasut aku ketinggiannya mmg camni
kenapa pakai heel
nak nampak cantik???
oh tidak... aku sedar diri, aku mmg tak cantik
aku pakai heel

:::: kononnya nak mengaburi mata org ramai ataupun lebih tepat lagi... nak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan teman seperjuangan
:::: spy org senang nak bezakan aku dgn murid, nakya kalu ada outdoor game. cikgu2 kat skolah cakap, sekali imbas tgk dari belakang mmg sama saiz dgn bebudak







so bila aku pakai heel, kununnya aku ni tinggi la
kenyataannya adalah....oh...malas cakap
aku terjebak dalam gejala ni sejak anak dara lagi...
masa dok u rasanya...tp masa tu tak la tinggi sgt...
paling menjadi2 sejak keje la
naknya kerajaan menggalakkan warga pendidik memakai kasut yg bertumit...
antara sebab musabab yg tak boleh pakai heel adalah
  1. Jejaskan peluang untuk dapat anak -> oh...adakah ini puncanya
  2. punca rambut gugur -> memang... tp mebe rambut aku panjang
  3.  boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita -> hah...risaunya
  4. sebabkan leher, lutut, sendi , tulang belakang, bahu menjadi sakit ->lom dapat simptom ni
  5. boleh peningkan kepala dan gangguan haid -> tak juga
 



persoalannya????
itu sbb ke aku tak berbaby lagi sampai skang...
nampaknya terpaksa lah let go kasut2ni
dan disebabkan itu juga 
 aku ada alasan kukuh utk dikemukan kpd en somi
minggu depan... ya minggu dpn kan dah cuti, aku dah tak sabar nak 'beraksi'ni
mengikut kebiasaan setiap kali shopping, en somi slalu remind kan aku

syg... jgn sampai tak terkawal kat mall nanti, nanti kene tambah kargo pulak
dan aku akan bagi jawapan ni
takpe la suami, nanti isteri resize sesiap ye...wink wink





p/s :en somi...sila paham kedudukan isteri anda

Monday, May 16, 2011

masih dalam pencarian

skang ni...asal buka tenet
mesti minta tolong en google carikan beberapa barang


antaranya :


::: waterproof camera

dah lama cari benda ni... haiya... susah betul nak bt keputusan... aku dok nampak skang   
sony TX 10 berbaloi ke tak ar? nak sgt tgk kualiti gambar dalam air...kalu gi kedai mmg ar derang cakap clear. tp aku ni...selagi tak nampak bukti yg jelas lagi bersuluh...bertuah nak percaya kan. kalu kat sarawak dalam 1.3k camtu... err ada murah lg tak...cer tgk perangai buruk, nak yg kualiti. tp murah...pang sedas...kalu ada sesapa memiliki camera ni tolong....tolong lah comment sket kat bawah ni... betul2 perlukannya. tak byk masa lg dah ni. abes sume kawan2 aku tanya. tp derang pun tak tau nak suggest yg mana. ada gak gugel kat blog... ada yg bt review tentang tx 10 ni, tp derang cuma cite, "bestnya kalu dpt camera ni." bkn cite pasal kualitinya... hm en somi cakap, senang2 benam kan je la dslr dia tu ke dasar laut... kan ada jual cover utk underwater... tp pepaham la susah la nak bawa.... dah la besar gedabak... susah nak gerak dlm air nun. lagipun aku mmg bekenan dgn camera yg kurus2 ni...dari dulu lagi teringin, comel je. masuk dlm poket pun boley...dan yg faling2 fenting kaler pink...auwwwww



::: beg galas pengganti handbag




sumpah  !!! aku dah takde hati nak pakai handbag *melainkan datang mood bergaya*. gi sekolah pun aku tak bawa handbag. percaya atau tidak... kalu ada apa2 yg memerlukan ic aku, laju2 aku lari amik kat umah...taste aku skang more pada beg galas belakang cenggini. sbb penah berlaku 1 peristiwa sebelum ini, masa travel... handbag tertinggal kat epot. mana taknya, dah byk sgt beg... beg shopping dah sekian, beg2 baju lagi... sudahnya handbag sendiri tertinggal... seb baik jumpa balik. start dari kejadian itu, aku lagi suka melenggang... apa susah...sumber pendapatan kan kat poket yg satu lagi *sambil melirik manja pada en somi* skang ni aku mmg tgh cari dua benda ni...tolong ye geng... sapa2 tau pasal 2 benda ni jom share...yg beg ni tak kisah sgt.sbb balik peninsula ni bercambah je kat kl.berkenan dgn tak je...yg item no. 1 tu...



terima kasih daun keladi

terima kasih diucapkan pada kalian semua
yg wish samada di fb dan di blog
terharu + malu semua ada
malu sbb rasa diri ni tak layak dipanggil guru
tu sebab aku tak penah bahasakan diri ni dgn 'cikgu'
selain drp ank murid
bg aku cikgu tu mulia sgt + baik sgt
aku ni belum sampai tahap tu
masih byk yg perlu ditimba
doakan aku semoga jadi guru yg berdedikasi
dan komited dgn segala tugas yg diberikan


Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru

ini ayat copy paste dari fb je sebenarnya...
terima kasih kepada guru tadika, guru2 SKSKI dan SKST (1991-1996), SMK Simpang ampat (1997-1999),Smt Balik Pulau(2000-2001)... pensyarah2 di Kolej Matrikulasi P.Pinang (2002-2003)... pensyarah2 di Jabatan Fizik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)(2003-2006)... pensyarah2 di IPPPP (2008)... tanpa kalian siapalah aku ketika ini. SELAMAT HARI GURU
 betul...kalu tak kerana mereka aku tak tau apa yang jadi pada aku sekarang. mungkinkah ... tolong maksu aku jual laksa, atau keje kilang di belakang rumah, atau... pengemis jalanan... terima kasih kerana sudi mengajar aku  dari huruf A hingga Z sampailah ke perkara yg tak terjangkau dek akal aku ni. specially masa kat u dulu...prof dok citer pasal radiation la nuklear la...ahahha...
igt lagi masa awal2 form 4 dulu, otak aku ni mmg lemau betul dgn add math... tp disebabkan takut+malu kene hukum jalan itik dgn cikgu, aku terpaksa belajar betul2. hasilnya...mmg memberangsangkan... walaupun tak dapat A1... keputusan add math aku mampu membuatkan cikgu bangga. cuma satu tak dapat diselamatkan lagi, iaitu subjek lukisan kejuruteraan... cukup2 makan je... sebaik tak fail... aku mmg tak leh la bab2 imagine ni... naknya bab2 machine tuh
 tidak aku nafikan, banyak suara2 mengatakan " jika tiada guru pun, kita tetap jadi manusia jugak" ya...benar... mmg tidak dinafikan, namun harus diingat jadi manusia saja belum tentu berguna dan bermanfaat kerana ada individu yang mengaku dirinya sebagai manusia, tetapi belum tentu berakal sempurna. Itulah perlunya pembimbing dan pengajar... dan kalau kita pada hari ini, mahu berlagak sombong, di atas segala apa yang telah dimiliki, bagi aku, itu adalah perkara yang sia-sia. Jika kita bangga dengan kerjaya sekarang, tidak kisahlah sebagai apapun sama ada sebagai peguam, doktor, CEO, namun sedarkah kita, siapakah kita jika tanpa guru-guru? Seharusnya, kita sentiasa berterima kasih dan bersyukur pada Allah SWT, kerana mengurniakan kita dengan guru yang tidak pernah jemu untuk memberi tunjuk ajar



psttt : pada teman seperjuangan...dah pektis lagu "GURU MALAYSIA" ke...huh..semangat ni nak nyanyi dpn ank murid...ehehhe

Friday, May 13, 2011

hairan bin ajaib

rasanya sume org perasan
smlm blog problem kan
alhamdulilah harini sihat sejahtera
masalahnya kenapa
comment dari kawan2 semua hilang kat entry ni
tinggal 1 je...tu pun baru di publish tadi

sedih... tak sempat reply lg pun
aku ni appreciate sgt komen2 dari korang
tup2 dah jadi camni... sori ye korang 
jgn salah paham aku tak delete pun komen korang
en blog...sila jelaskan


Wednesday, May 11, 2011

waiting for miracle...


hi all...tadi aku dapat 1 comment dari sorang blogger ni
baru je kenal
then, bila org dah comment mesti la nak balas kunjungan juga kan
bila buka blog dia... aku tertarik
dan nak sgt share 1 entry dgn korang
specially pada ttc
sumpah bila aku baca entry ni
rasa cam dapat semangat baru
terima kasih mommy agharr
pada kawan2 yg seangkatan jgn give up taw
ye aku taw kata2 ni bukan utk korang je
utk memperingati diri sendiri juga



 

Bila Allah cepat makbulkan doamu, 
maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, 
maka Dia sedang mengujimu
Bila Dia tak makbulkan doamu, 
maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan
kerana
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.