Tuesday, March 29, 2011

2011 tahun kekayaan???

itu mengikut fengshui la
apa2pun, rezeki tu dtg dari ALLAH
tapi kalu ye tahun ni membuka pintu rezeki yg luas
alhamdulilah...
aku tak mo apa2
melainkan 'rezeki' yang satu tu
apa yang aku nak kongsikan dgn korang adalah 
beberapa fakta menarik berkaitan tahun 2011 tanpa kita sedari
baca je la ae

taHuN InI KiTA aKAn mEnGALAmI 4 TArIkH Yg jRAnG bErLAkU DlaM SEtaHuN 
IAiTu 1/1/11 , 1/11/11 , 11/1/11 DAn 11/11/11 
BuKAn iTu sAhaJA ,
CuBA aMbIl dUA NoMbOr t'aKhIr d mNA tHuN KiTA Di laHIRkaN 
DAn 
tMbaH DgN uMuR KiTA pAda taHuN iNi
kEpUtUsaNnya iaLAh 111 bUAt sEmUa oRg ...!!!! 
contohnya aku lahir thn 84, dan umo thn ni spatutnya 27 
(84+27=111)  suratan atau kebetulan?
ya...yang tersuratnya umo aku dah nak cecah 30. ayo sedihnya nak tinggal angka 2 di hadapan tu

pAda bUlaN OkToBeR AkaN Ada 5 KAli HArI aHAd,
5 kaLi HArI IsNiN DAn 5 kaLI HArI SAbTu
InI HAnYA Akan tErJAdI SkaLI sTiAp 823 TAhUn , 
taHuN InI DiKeNAlI SeBAgaI TAhUn 
" Beg kEkaYAAn " 

actually aku dapat ni dari salah satu link
anak murid aku tagged aku lam fb tgk budak skang kecik2 dah pandai fb ko
ada lagi ayat selebihnya dimana kita kene anto pada kawan2 lain
then kita akan dapat kekayaan
tapi aku tak pecaya benda2 gini
yang aku nak share dgn korang adalah
keunikan yg jarang berlaku pada thn ini


Monday, March 28, 2011

tanda harga

masa aku naip entry ni
setengah daripadanya dalam meeting room
n another half aku sambung masa kat umah
blur je aku time ni
tah apa yg GB ckp kat depan nun
tak dapat fokus dah
beysa la.monday blues kan
sapa suh wat meeting ari isnin


rini ada 1 citer klakar plus memalukan juga la
seperti biasa dalam kelas
aku akan panggil budak yg suka menggelamun+lemah+nakal
di hadapan
sum of them dok nerap atas lantai
bukan apa...bila jauh dgn aku, derang yg kat blakang sure buat agenda seniri
so, bagi aku... itu cara terbaik
sum more dapat tarik attention derang dgn lebih mudah


dalam dok kusyuk ngajar tadi
muncul 1 suara dari budak yg suka mengelamun


 aku gelar dia mat romeo, mmg jenis suka layan jiwang je taw


teacher, saya tau berapa harga kasut teacher
ha...bape??? actually aku sendiri pun tak igt bape harga kasuttu,dah lama,tp aku layankan aja
RM 89.90 ha kau siap ada sen lagi.gila detail
tak de.salah. pepandai je kamu ni
betul...tu ada tanda harga kat kasut teacher




aku tgk la kat tapak kasut
 rupa2nya...a'a...betul la...aku tak tanggalkan lagi tanda harga
serius aku tak perasan pun selama ni
see sampai ke tapak kasut aku derang perhatikan
tu lah yang dinamakan mat jiwang
aku ajar kat depan
kaki aku pulak diteleknya
seb baik kaki aku tak de cekam
betul ke namanya cekam, ke apa tah yg skt kat kaki tu


err korang.... canne nak buat bagi budak betul2 fokus kat papan hitam
dah byk kali taw aku dpt teguran tak berasas ni
maksudnya...yg tak de kaitan dalam pelajaran
derang lagi suka dok telek tudung aku la
baju aku la............... tension taw




Sunday, March 27, 2011

alahai handphone

ini entry lapok...suppose published on last week.tp lupa
aku tak tau la...
adakah mmg dah jadi badi
setiap kali bercuti mesti hp rosak
bayangkan ae.... thn lepas masa gi sabah


 hp aku ni rosak (tindakan:dah diganti baru)



dan thn ni hp en somi lak buat perangai masa bercuti
en somi nekad nak beli hp yg basic je
maksudnya yg leh call+msg+kejut bgn pagi
tau sbb apa, kitorang ni hp canggih pun tak reti pakai*itu ayat mama*
cthnya cik berry aku nun, bknnya aku reti pakai sgt pun 
mama aku nak mms kabinet baru dia pun tak dpt
nape ae...mebe sbb aku tak aktif mms lg kot.tah ar.
sudahnya kutukan dari mama yg aku dapat
last week...misi mencari hp en somi pun bermula
tau kitorang cari hp apa...
ni ha....




3310 nokia
n baru kitorang tau
hp cap tu mmg dah tak dikeluarkan lagi
errr...masa aku dok matrik (batch 2002) dulu
3310 ni femes taw
kira hebat la sapa yg ada 3310 tipu...hebat lg hp butterfly kot
ye la ko
baru pas spm mana mampu nak pakai hp canggih kan
kelakar
k berbalik pada pencarian hp en somi
disebabkan dah tak de 3310
en somi beli hp samseng samsong...




tak tau model apa.main rembat je
memula dia nak amik hp yg tak berkaler tu
tp sedih sgt aku tgk eh...so aku suh amik polifonik phone
no more slide n touch screen
sebelum ni hp dia kene touch n go baru dapat
skang amik ko
maknanya pasni kalu tak bawa kamera
tak leh la nak snap pic 
sebelum ni hp en somi la sbg back up
sbb kualiti imej blackberry kureng ah.. 
sori pada peminat blackberry



aku rasa umah aku ni leh bt muzium handphone dah....sbb aku masih simpan sume hp yg rosak tu total sume = 4 yg tak leh pakai. ada satu tu, buat penyendal pintu lagi. thn dpn hp sapa la pulak rosak. kalu stahun skali kene tukar handphone.*pitam aku*



Wednesday, March 23, 2011

aku = mak aji ???


arini cuaca kat luar agak mendung
*plus dari semalam hujan* 
so aku pun pakai baju yg besar sket
kunun leh la bt selimut kat diri sendiri
dalam bilik guru, ekon tu dah tahap kutub utara
dan aku akui, aku tak penah pakai baju ni kat skolah
slalunya kalu gi skolah baju kurung, tak pun kebaya je
tak de la aku pakai baju2 glam gi skolah
susah la
dgn nak kejar budak lagi
kang kotor baju kene kapur
tp tah canne mood leh nak pakai baju pontianak ni
ops baju pontianak
baju apa????


nampak tak...kasi zoom lagi




ha kan bersayap tu.seb baik tak kaler putih


ala...baju yg pesyen thn lepas tu. org panggil kaftan
aku ada gak la sepasang dua baju cenggini
just pakai bila ada event cam kenduri ke 
kalu model pakai cantik la
terletak ja kat badan dia
tapi aku yg spesis bonsai tak sedar diri ni
nak gak merasa
takmo terlepas dari
perubahan zaman
udahnya sampai sekolah, ank murid aku kata apa taw
teacher,baru balik dari haji ke????
seeee....
tak tau la perli ke apa.derang kan non muslim
so derang igt cuti sminggu ritu aku gi haji
boley???
ok last pose dgn pak aji
sila fokus pada pipi yg dah terkeluar dari paksi.mana aku tak keluarkan entry semalam


pic tak center...sbb en somi kelam kabut nak lepaskan hajat



Tuesday, March 22, 2011

bagus! perkembangan yg baik

balik je dari cuti
nampak perubahan mendadak
tak mau cakap banyak
tengok je la




Tension.sila diet !!! sekian
eh tp sebelum tu cer renung2kan salah siapa




hah nampak cream pekat disukai ramai tu





waktu nak order tak igt kesan jangka panjang





 pastu baru nak surrender tak tau pe motif kitorang wat muka camtu
mebe nak test mata sapa besar lagi  kot 
tak cukup mkn masa gi bercuti
tapau pulak dah
 

itu model upahan


ya aku mmg choc mania
see sume coklat
so...no wonder la kan... berat naik
honestly korang
tgk gambar bawah ni
aku dah gemokssss sgt ker





atau normal la berat cengitu
aku risau ar
mula2 cecah 40 tu cam rilek lagi
siap ckp kat en somi...ala nanti joging ar
ye aku joging...tp 2 kali je kot
pastu benti
skang tgk2 dah kat 43
mendadak ko.membesar bagaikan juara
cam belon rasanya, cam di pam pam
canne ni
berat kalu dah naik mmg susah nak turun ae???




pssstt : kualiti gambar sgt menyedihkan.harap maaf.snap by phone kekdahnya


Monday, March 21, 2011

bunuh diri ?!

eh bukan aku
kisahnya...gini
balik je dari bercuti
sume riuh rendah pak guard sekolah bunuh diri
pak guard sekolah ni merangkap pak guard kuarters aku gak la
selalu gak la nyembang dgn dia
sbb setiap ari rabu aku kene jadi mak guard
mengawal pergerakan murid keluar dari sekolah
mana tau gaduh ke apa kan
budak sekolah rendah.faham2 je la
nama je cikgu... tp ada tugas2 sampingan lain dari mendidik



okies...berbalik pada kes bunuh diri...
dia bunuh diri dari tingkat 3 gerun kan
punca ??? tak dapat dikesan
ada yang ckp stress sbb kene tinggal dgn bini
ada yg ckp pas dapat call terus terjun
ada ckp sbb 'minum'
tau tak sebelum dia meninggal tu
dia hidup lagi dalam 1 jam camtu
meronta2 la kat ICU tu
dia nya skull retak...siankan
tp sapa suh tak pk panjang seblum buat tu
jgn la rohnya berkeliaran kat sini
ni yang malas nak bercuti ni
baru cuti seminggu dah mcm2 kat skolah
ececey
lagak cam org penting je ye....


* gambar krd to en gugel*


mood skang : monday blues

cuti seminggu membuatkan diri aku manja
utk mandi awal pagi
ahahhah kantoi !!!
diri spesis kambing juga rupanya
liat nak bgn satu hal
pastu tkt kene air pun ye jugak
kalu kat hotel ada air panas kan
ni kat umah tak mampu nak beli heater
sudahnya jerang je air panas tu
gi skolah lak cam blur2 je
padahal semalam dah suntik semangat baru
yer yer dok war war kan kat blog ni
arini tak mengajar pun
just bincang soalan n buat correction dgn budak
kan baru pas peksa

adeh ramainya dok tanya aku gi mana cuti tu
nanti la ye...gambar pun belum transfer lg
kalu citer tanpa gambar cam tak best gak kan
tunggu la mood. malas berganda pulak
mmg dasar cakap tak supa bikin
rasa cam sonok lagi dok baring2
sambil kira bintang
weng weng tul aku arini

Saturday, March 19, 2011

im back



yer yer... im back
kan senin ni dah nak sekolah
semangat ni
tak sabar nak gi sekolah
balik je dari bercuti
aku bawa semangat baru sekali
header pun baru
uols tak perasan ke
(*_________*)
dah lama nak letak header ni
tp dok terhegeh2 lagi
smlm dalam keadaan penat2 terus bertukar !!!
once dah tukar, abes sume setting lam blog ni
so hampun maaf dipinta kalu blog aku ni dah bercelaru
dan mungkin menyakiti mata kowang
nanti aku tacap lagi
gatai tgn ubah sgt


Friday, March 18, 2011

kembali ke pangkal jalan

wahhhh !!!!!
seminggu sudah ku meninggali blog ini
eh jarang tau aku nak biarkan ia nya kosong
selalunya kalu aku  g mana2
cthnya masa gi disneyland last year
aku ada buat auto publish entry
so tak de la korang rindu aku bila aku tak mengomel kat sini <-- perasan !!!
tp percutian kali ni tak nyempat2 dah
ni pun masih bersiaran langsung di luar kawasan
gambar??? nanti la ae... campak mana tah USB port :)
walopun dah lama tak terbit enrty dari blog ni
aku jenguk je blog korang through cik berry ni
tp kejap2 je la
tak puas ar tgk guna hp eh kalu aku nak jual cik berry ni agak2 ada org nak tak
k la ae
sambung next entry
aku dalam mood menikmati sisa2 terakhir percutian
sebelum kembali ke pangkal jalan
pada korang semua
HAPPY WEEKEND
take care dear

Thursday, March 10, 2011

selamat bercuti utk diri sendiri

besh2...cuti skolah dah bermula...
walaupun hanya seminggu...syukran...
geng2 'sekapal' sibuk booking aku utk antar ke eport
utk pulang ke tanah semenanjung
aku je yg tak balik
bak kata derang, aku lupa kembali ke pangkal jalan
tak ingat org kampung dah gamaknya
bukan...aku bukan begitu
aim aku sebelum pindah 
aku dapat pusing 1 borneo
aku yakin bila dah pindah ke tanah semenanjung 
mmg susah la nak jenguk ke sini lagi
silap2 tak merasa dah nak naik belon
jadi sementara masa masih ada
gunakanlah sebaiknya
tapi sebelum bercuti, ada satu event penting
ari ahad ni 1st time
en somi mencungkil bakat dalam bidang photographer
arap2 sumenya berlangsung dgn baik
 ada kawan mitak tlg en somi 
jd photographer utk majlis pertunangannya
aku tak kisah memandangkan kami nya 



akan bermula pada minggu depan
cuppppp !!!
tengah sale ke skang ;)
kalu ye... kene bawa kasut croc je la waktu bercuti nanti
aku tak suka pakai hill kalu shopping
(*____________________*)
sebelum tu...awal2 aku nak minta maaf andai kata
blog ni sedikit terabai pd minggu depan
bila dah cuti pepaham la kan
kalu berdiam diri di rumah bukan la EKA namanya


psssttt : kawan aku ckp,camne la nak melekat...
tak reti dok diam korang ni .eh ada kaitan ke kuat berjalan dgn pregnant ni



Tuesday, March 8, 2011

pulau redang VS pulau perhentian

mana lebih best?
dari segi kebiruan air laut
dan coral yang cantik
i need ur opinion
pastu kalu dari kl
mmg kene driving  ikut lebuhraya karak ke
seram la dengar nama lebuhraya tu


damai je hati bila tgk laut camni. mengimbau cinta madu kami di sabah thn lepas


saya amat berbesar hati sekiranya 
kamu dapat memberikan mana2 link
berkaitan pakej yang ditawarkan
bagi yg murah2 sket ye ;)
tq
('________')


Monday, March 7, 2011

apb nafsu menguasai diri

minggu lepas...tekak ni teringin sgt coklat kek
*bukan ngidam yer*
nak gi miri
tak berkesempatan
sbb ada tetamu datang rumah weekend arituh
so...
aku apa lagi
paksa en somi beli oven*aci tak*semata2 nak makan kek
ya, sebelum ni aku penah nekad takkan beli oven
sbb pikir 'buat penuh kargo je' bila dah nak balik semenanjung
mana tak nya dgn washing machine+peti ais+ekon
dah makan ruang tu.lom campur benda kecik2 lg cam blander+mixer
baju saja dah sekian
sampai melentur kayu almari aku tu
baju aku je dah 1 almari, en suami nya baju, almari lain
*pitam, bila pikir nak pindah nanti*
tapi tu la bila dah nafsu tu menguasai diri, susah nak halang
teringin sgt kek coklat, walaupun kek aku ni tak setaraf dgn SR
aku redha jer
 so...hasilnya...

yang ala2 cupcake tu utk jiran sebelah, kebetulan hari tu beday dia


dan yang menjadi tulang belakang aku
aka tukang kacau
 adalah....


suami tercinta,apa yg ditenungkan tu bang...

cer tengok, kunun nak buat cupcake
tapi dulang nya terrbesar dari oven
so en somi patahkan dulang tu cam di atas
tp tak dapat tutup pulak ovennya
gambar tuan tanah ???
hm hanya utk simpanan peribadi
agaggaa...almaklum lah dalam rumah
tuan tanah berpakaian sangat sopan wink


cupp...sesapa yang pandai wat cupcake, silalah berkongsi dgn saya ye. tgh cari bahan tuk buaat fondant.susah nak dapat gelatin kat sini.ada cara lain tak??


Sunday, March 6, 2011

tolong jap .....


pada kawan2ku yang budiman
eh nak tau tak, 
masa aku skolah menengah dulu 
ada kawan aku nama budiman
tetiba teringat lak kat mamat ni
nak tanya korang
lama dah simpan dalam benak fikiran ni
apa beza antara dua ni




tempat duduk ekonomi 
dengan
tempat duduk premium
boley nak gugel
tp aku kan manja
nak korang yg bagi tawww
boley ae...
cer citer sket
kalu yg ekonomi tu 
kusi dia straight cam flight biasa ke canne
tq dear.....
ni satu lg, AA tgh wat promotion taw
tanpa disedari en somi dah beli tiket tuk hanimun bercuti
tp dekat2 sini je la...
yabedabeduuuu

Saturday, March 5, 2011

topik hangat minggu ini

lagi kisah tentang 4 tune
minggu ni banyak sangat komen
dari reader tentang menatang ni
bila check kat statistic pun ramai gile
dok view page tentang 4 tune
mebe pada sesetengah orang setakat 698 tu
ala.....ape la sangat kan
tp bagi aku, ia sgt memberi kesan
sbb dgn nilai tu berhelai2 baju boleh aku rembat
dan berpasang2 vinci leh aku bawa balik
dah otak kaki shopping, susah la kan
seriusly aku pun tak tau nak cakap apa2
apa yang pasti... berdasarkan comment yg diberikan
kita sama2 tertipu
aku sbg rakyat malaysia
berasa malu bila orang kita. melayu lak tu wat camni
merosakkan nama baik malaysia
nape aku ckp camtu
sbb ada reader dari brunei pun mengalami nasib yg sama spr aku
tp dia kene kat miri
pada liz...awak report kat tribunal ye, 
mebe limbang dkt brunei, even miri seniri ada tribunal ni
ni ada caranya...saya dapat dari emma


::: buat 4 salinan resit pembayaran 

::: salinan tersebut dikepil bersama 4 borang tuntutan kat borang tu jugak kene tulis butir2 tuntutan contohnya "service tidak seperti yang di tawarkan" dan website dia pun dah tak leh buka. apa maknanya ni

 
 tengok tu




::: borang kena bayar rm5, 1 borang yang dah lengkap akan di hantar kepada penentang iaitu 4tune

::: boleh hantar melalui pos daftar, dan kena pastikan kita hantar bersama borang akuan terima

::: borang akaun terima ni fungsinya agar kita dapat tahu si penentang menerima borang yang kita hantar pada mereka atau tidak borang ni lebih kurang macam ni, apabila posmen hantar pada penentang, posmen akan amik signature & dan cop diorang n akan send balik borang akaun terima tu pada kita, 

::: borang ni jugak kena bawak masa proses pendengaran di mahkamah tribunal.

::: lawyer tak boleh dibawa masa hari pendengaran, kita la yang akan jadi lawyer dan penentang pun kena datang sendiri.

::: proses nya senang jer, bila hari pendengaran kalau penentang x dtg, award akan diberikan kepada kita oleh TTPM, jika kita tak dapat, Award akan di berikan kepada penentang.

::: so, kalau penentang tak dapat, surat lawyer akan sampai kat pihak penentang..




wat pegetahuan, hamba allah yg sorang ni 
sudi membantu sekiranya korang nak buat tuntutan kat putrajaya
for info rujuk sini dan sini


Thursday, March 3, 2011

Contest "Splashy Moment" - by FiqKBE.

jalan2 tadi nampak satu blog ni ada bt contest. tp nak tanya cik penganjur dulu, 
saya nak join bole tak.sbb saya tak di tag oleh sesapa pun..ehehhe
pang sekali. dah join baru nak tanya
actually aku tertarik dgn hadiah yg ditawarkan, since aku ni kan suka aktiviti air. mana tau ada rezeki 
nanti snorkeling dgn en somi leh tgkp gambar nemo di lautan luas.


"Splashy Moment"




gambar yang dipertaruhkan adalah....
serius malu gila nak tunjuk kat korang
sbb gambor ni hudooooooooohhh benau
tapi bila rujuk kat kamus dewan bahasa
splash = kejadian yg disebabkan oleh kebasahan/air terpercik
hanya gambar ni saja yang mematuhi syarat dan terma
jangan gelakkan taw
aku tak penah upload kat mana2 laman sosial pic ni
:
:
:
:
:
:
V


me and en somi masa cuti2 mesia.syiok sgt...


nak tag nita
cepat buat taw...date line 10 mac ni
  

Wednesday, March 2, 2011

PTPTN dalam ujrah 1%

tadi, ada kawan post benda alah ni, so aku just copy paste je, sbb benda ni berkaitan dgn aku gak...serius i need ur opinion. 
korang dah proceed ke ujrah 1 % ni
since aku keje mmg aku tak penah miss tuk bayar tgg jawab yg satu ni... tp kengkadang kalu byk nak pakai duit, aku byr ikut suka hati aku je.cthnya...kalu ada duit lebih...byr sampai 400, kalu agak2 cam sesak aku bayo 50...bermaksud byr 2hingit je la kan. korang canne... ok ke ujrah ni.untung ke kalu kita convert to ujrah. hai muda2 lg dah pk hutang. belas2 ribu lak tu *pitam dengar* tp tu la nak blajar nya pasal.pandai pinjam pandai la bayar ye....

............................................


Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html