::: adamaya ~ citer ni leh kata semua org tgk kan.sampai en suami pon tumpang sekaki.mana taknya kalu dia tak teman aku tgk tv.aku nak landing atas sapa kan.hehehe...en suami pun suka tgk si tecik yg comel tuh. si abah siap pasang impian cucunya cengitu. doakan la ye abah. disebabkan nak tgk citer ni la timetable aku terpaksa dianjak ke depan.waktu siaran dia kul 6.30-7.30.peak hour ni.slalunya time ni la rushing nak maghrib n masak.so skang ni waktu masak aku di awalkan pukul 5.30...kenapa tak pukul 5???hahaha...sbb kul 5 aku tgk cite lain
::: sayang cendana~ citer ni lak dari kul 4.30 -5.30.itu pasal tak boleh masak kul 5...tunggu abes cite ni dulu...kul 6.30 adamaya lak tunggu.pack kan jadual aku setiap hari.hahaha...tu yg aku malas nak start tgk cite.once dah mula tgk mmg tanak miss.sbb nak tau ending dia. tp waktu malam aku free...cuma aku book en suami selasa dan khamis malam je...tgk cite hangan pandang belakang dgn penunggu gunung raya. dengar tajuk je pon...haruslah ada peneman kan.mmg aku warning en suami awal2 jgn men bola time tu...nanti aku merajuk.kui kui kui...
okies....berbalik pada citer sayang cendana nih...best gak... mula2 mama aku la bg tau...tgh tido...pulun suruh aku tgk cite ni gak.sbb dia tau aku suka cite fantasi. syok gak la.dia ala2 citer 'boneka poppy' kat astro (patung yg jd manusia tuh,lama dah cite ni masa aku kat u lg.setiap kali balik kg mmg dok melangut cite ni je la) tp sayang cendana ni versi melayu.citernya cenggini. ada seorang Puteri fantasi, Cendana namanya lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya.
ni la patung cendana
hakimi dan patung cendana
Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana. Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan. Hakimi berjanji akan mencintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya?, adakah Hakimi cinta sejati Cendana. itu aku sendiri pun tak tau.kene tgk l acite ni.yg bestnya...citer ni diselitkan dgn unsur kelakar...phm2 la ada geng KU2 n nadia mustafa.pasangan kelakar dorang ni
0 comments:
Post a Comment