Friday, October 29, 2010

tik tok tik tok...

tadi..masa tak de keje
saja je mata aku ni belek ticker kat bawah

 
Daisypath Anniversary tickers



 lagi beberapa bulan je lg dah nak sambut 1st anniversary
pastu tgk pulak ticker sebelahnya
merupakan percutian sempena 1st wedding anniversary



 
Daisypath Vacation tickers
 mari rapat, mari rapat


mesti korang pelikz kan
sbb tak same jumlah day countdown nya
ini disebabkan
kitorang sambut 1st wedding anniversary in advance
seminggu lebih awal dari hari kejadian
aci tak???
mula2 mmg nak g hanimun on 6 dec
tp mama kata nak sambut kat rumah sama2
so kitorang g la hanimun seminggu awal
oh ya...ke mana aku dgn en somi pegi kali ni ye???
ala...dekat2 sini je pun
masih dalam asia
 hehehe
adakah aku akan buat contest teka2 tempat hanimun cam sebelum ni
link sini
pada yg dah lama follow blog aku
derang akn tau aku penah anjur contest cenggini
masa 1st engagement anniversary
ok utk dis vacation perlukah aku buat contest camtu lagi
korang nak hadiah tak???
hehehe....
tgk la ye, kalu aku rajin aku bt
apa2 pun kalian doakan aku sempat pegi dan balik
ei...tak sabarnya !!!




adakah aku akan ke pulau lagi untuk kali ini???
 
 
 
wink (',) teka teka ...
 
 
 

sport day

fuh...fuh...berdebu dah blog nih
lama betoi blog tidak berhapdet
dan byk perkara yg berlaku sejak dua menjak ni
tp tak sempat nak update, sbb teramat lah busy
kamu tau kenapa
salah satunya disebabkan sport day skolah aku
itu ini nak kene buat.sgt tak larat...
sampaikan bgn pagi td, kepala jd ting tong
oh ya...arini skolah amik cuti peristiwa
so dapat la menjenguk blog kengkawan
rindu sama kamu semua !!!
sori sbb lama sgt amik masa nak reply comment korang
ok tanpa membuang masa
aku nak umumkan 1 berita gembira berkaitan dgn sport day baru2 ni
aku selaku rumah RENTAP telah diiktiraf sebagai johan utk tahun ini
horey... bangga gila
thn lepas dapat tempat paling corot tau
thn ni naik mendadak.amin
berkat usaha jurulatih gak tu
en somi pun pulun beri sapot kat umah aku
tp tak de pulak gambar kami berdua masa sport day tu
kelam kabut punya pasal



ha tgk...sampai bersila aku kat situ



ni pulak selepas diiktiraf sebagai juara.suker !!! merah membara lagi. dimana cikgu eka ye



sila abaikan aksi cikgu terlampau tu.hover!!!


waktu ni mmg selekeh gila.penat melampau

Monday, October 25, 2010

mau MCD

di mana kan ku cari ganti
serupa dengannya...
mentang2 la skang ni tgh musim P ramlee kan.shh... feveret en somi tu
memang tak de yg boleh menggantikannya
saya mau chicken porridge...chicken Mc duluxe...Mc flurry...everything
full stop
C.R.A.V.I.N.G











SOoOOOoooo yummies !!!
kadang2 aku sgt jeles dgn korang yg lengkap dgn segala kemudahan
serius...tak tipu...lambatnya nak balik
korang syok la, nak naknya hari ni gaji kan
mesti shopping bukan main lagi
jeles taww...



Sunday, October 24, 2010

Petua untuk dapatkan baby lagi

tengok...betapa bersungguh sungguhnya aku berusaha untuk dapatkan baby...sana sini mengoogle cari petua2 yang berkaitan...ada yang dari puan farah gak.thanx sbb sudi berkongsi


nampak tak apa baju cakap, saja aku fokus kat situ


Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan

Petua 2
makan taugeh mentah refer sini setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.

Petua 4
1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
- Baca Bismillah 1x
- Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
- Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
- Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang
Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
* Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih
belum berhasil..

Petua 5
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan)
sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di
dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.


Petua 6
1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"
semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.
2. Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau
isteri atau kedua-duanya amalkan.


Petua 7
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi
(utk si suami).
2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami). <--camne senaman tu ye
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria.
5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.
6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.


Petua 8
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.
2. Buah Delima.
3. Buah Zaitun.
4. Buah Kurma.
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang
berasid.
6. Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30
tablet setiap hari, makan sayur & buah. Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt
daging, ayam dll.
7. Jangan minum ais dan minum air kelapa.


Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.


Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih. <-- ini yg masalahnya ni.aku tak mkn soya.camne nak dapat ank kaler putih berseri.minum air kelapak je la



 kami mau anak !!!



err..banyak petua aku kongsi kat blog...tapi byk juga yg belum dibuat...hehehe...diserang penyakit M...cthnya seperti buat togey tu, dah lama share kat sini.tp, lom lagi beli kacang hijau nya...yg diamal skang hanyalah yg berkaitan dgn bacaan ayat2 yg berkaitan itu aja.korang cuba la petua2 di atas mana tau berjaya. dan yang paling penting adalah berdoa pada NYA. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa
dan jgn lupa doakan utk aku sekali ye !!!
( *______*)





Sape nak hadiah free dari Paris? =)

oh cuti kali ni asik melangsaikan hutang piutang (tag) kekawan jerk. kali ni kene tag dgn su, dan baru pagi tadi lina lak tag... ye...ye...saya buat ni.korang pun... jom la... join dis contest mana tau ada rezeki dapat hadiah...masih berharap,walopun dah byk kali join contest tak penah bejaya pun..cedih.kene mandi bunga dulu agaknya. hadiahnya sangat menarik ye kawan2, jauh datangnya dari 'paqhisss' ada kholkolah di situ. nak harap pegi sana, tak mampu la... dpt sourvenir dari sana pun cukup la. mudah sangat rule dia


1. bt entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" 
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 








2.letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.

3. menjadi follower blog ni.

 4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!
shalinz


fila 
harz 

5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye.





 itu sajork
dats all
sekian




Pakaian Tradisional The Contest!!

big big thanx to k.reen@pn stoberi.cayang akak. thanx sbb bagi tau eka... k.reen yg bagi tau kewujudan contest ini. kalu tak mmg aku tak tau. so... bila dah view blog tuan empunya diri, aku decide nak try cuba contest ni







ini cik penganjur...comel je orgnya
sebelum tu nak ucapkan salam kenal
sebab ni first time menjengah blognya
yang kebetulannya, cik mek molek ni my junior
wat pengetahuan fizah, akak amik degree kat UTM skudai gak, tapi faculty science
fizah dok block mana ye, akak dulu kolej 9
maybe skang dah ada nama official
masa dok sana , baru je buka hostel tu. kitorang 2nd batch
oh rindunya pada UTM, jusco taman U
apa jadi dgn rusa2 kat dpn bus stop tu ye.masih hidup lg ke
cik hafidzah ni single lagi tau...tapi not available...hehehe






::: Syarat-Syarat Pertandingan :::

1.Mesti menjadi follower Hafidzah Hafidz.done !!!

 
2.Ini gambar yang dipertaruhkan... done !!!


 pakaian orang Iban

 ini full set


ini pulak pakaian tradisional org kayan

  dan ini...pakaian kebanggan aku. haruslah pakaian tradisional orang Melayu



3.Buat entry pasal contest nih... done !!!

4.Letak + linkkan banner contest nih kat sidebar blog uolss... done !!! 

5.Tag minimum 2 orang atau lebih rakan anda... done !!!
~dina : dina ada simpan lagi tak gambar yang kita menari.jom la koin
 ~ ruby : letak gambar kawen anda





Friday, October 22, 2010

CONTEST GAYA TUDUNG VOUGE versi Eka

TARIKH TUTUP: 15.11.2010
 
 




actually saya telah di tag oleh cik kaki. lama sangat amik masa nak buat contest ni. bukan apa, saya rasa cam malu n tak layak join contest ni.saya ni bukan pandai bergaya pun. apatah lagi nak menerai gaya vouge....less confident level la. tp setelah beberapa purnama, sbg tanda penghormatan saya pada Iena, ku gagahi jua :) dan saya decide untuk mempertaruhkan gambar ini. 



tajuk tudung ini : tudung tok siak. muka ku itu penuh dengan minyak tegar. kan !!!



 gambar ni di snap en somi sebelum kuar rumah...lihat sock hand belah kiri pun belum pakai



cik puan khumaera...ok tak gambar ni.ok la... ok la... sambil merengek rengek manja gambar badan aja,kaki tak de kene potong...lagi pun nak tgk tudung je kan...walaupun tudung saya tak vouge mana pun...tetapi saya tetap nak join contest ni dgn memberi sokongan penuh terhadap cik puan.  ehehe...harapan tipis bila tengok contestant yang gempak2 belaka...

 ops lupa pulak nak tag contest ni pada...







...............(*___________*)..................





ada peristiwa tragik disebalik tudung yang aku pakai ni. tau tak apa kata en somi pertama kali memakai tudung gini... dialog ni berlaku pada hari jumaat tau


en somi : sayang, nape pakai tudung ni (sambil wat muka marah)
aku : mula wat muka, tunduk bawah (cam budak2 kene marah dgn mak2) nak merajuk sbb aku ni tak leh org ckp kasar sket,biarpun nada dia tak tinggi
en somi : jap gi abang nak g semayang jumaat nak pakai apa


korang faham tak apa yg en somi maksudkan???
ada sesetegah tok siak/tok imam kan pakai tudung camni kat kepalanya.boley en somi kata selendang aku cam tok siak punya.adeh...tok siah pun tok siah la....



bila org gelak,aku pun gelak la...

tajuk tah apa2 tah
mesti korang tertanya2 apa ke hal nya budak ni
tergelak2
cemni citernya...refer previous entry dulu
kan aku cakap arini ada meeting kan
meeting kali ni antara ketua panitia dgn PIBG
sampai je sekolah, terus masuk ke meeting room
masuk2 je terus rasa cam berada di alam lain
sbb sepatah apa pun aku tak paham
derang cakap lam BI (Bahasa Iban ye kawan2)
GB pun sumtime ckp lam BI gak
seb baik la ketua panitia dok sebaris
so bila aku tak faham, aku minta kawan sejawat tolong translitkan
dan sampai satu tahap tu
dorang ckp apa tah, sampai sume org gelak2
aku tercengang cengang dan blur2 la
sbb tak faham nape 1 bilik mesyuarat ni dok gelak2
tanya kawan2 apa yang lucu sgt ni, tp tak dilayan, dia terus gelak tanpa henti...
lastly...korang tau apa aku buat???
aku amik keputusan utk turut gelak sama
walhal tak tau pucuk pangkalnya
gelak je kunun cam paham
then bila kawan aku dah berenti dari gelak ketawa tu
dia tanya,"paham ke???"time tu sume orang fokus pada aku
aku geleng kepala
lagi sekali derang gelakkan aku pulak. gelak dan gelak lagi
wat pengetahuan korang mmg menjadi kebiasaan skolah aku kalau program libatkan PIBG
mmg bahasa org kampung situ yg dijadikan topik perbualan atau perbincangan
supaya objektif lebih tercapai
sbb ada antara mak2 yg masih belum fasih guna BM
penah jugak mak derang ckp bahasa Iban dgn aku
kelam kabut aku cari kawan sarawakian sbg translator
sungguh... walaupun dah 2 tahun dok sini
aku masih belum dapat menguasai "BI" sepenuhnya
tapi kelakar gak kekadang tu
macam







ayam dgn itik.bahasa lain2



walauapapun, aku tetap bersyukur sbb tercampak di sini
antara pengalaman menarik dalam hidup aku
kalu tak tercampak di sini
mana nak dapat pengalaman bergaul dgn penduduk setempat kan
at least, bila dok sini aku dpt tau kesengsaraan org lain
aku belajar dan tau cara hidup derang
sekurang2nya aku tau rasa bersyukur ada yg lebih susah dari aku
korang tau...RM10 sangat bernilai bagi mereka
aku tanya anak murid aku tahun 5
apa yg kamu boleh beli dengan duit RM 1000
rata2 menyebut kereta pesona, rumah dan motor honda 2 biji
faham tak maksud aku
bagi derang 1000 tu teramat tinggi nilainya
kalau la rumah semurah itu, maka berbiji2 la rumah yg akan aku invest
hehehhe...

ok la uols...
banyak ckp pulak aku ni
selamat lemai
lemai tu 'petang' dalam BI <-- kosa kata utk hari ini
sekian...




Thursday, October 21, 2010

promotion air asia



ohoho...awal2 dah tempek gambar.
nak tunjuk muka yang kembali happy <-- harap2 berkekalan
motif nak happy2 ni ????...
intenet tak buat pasal lagi.
boley la surf intenet sesuka hati, dah 2-3hari tak boley
arini mimpi apa tah dapat pulak online
biarpun keadaan sekarang seperti siput berjalan
tetapi aku tetap setia menunggu
migrain tau kalu tak de intenet ni
rasa cam nak marah en somi pun ada
aik en somi lak kene <-- sian dia

tadi masa kat skolah on FB
air asia alert tentang promotion hari jumaat dari pukul 10 sampai 3
MALANGNYA
bila ku buka tempat2 yang berkenan dihati,
kenapa ratenya tak sama dgn harga promo
padahal...sharp pukul 10 terpacak dpn my BB
tipu ker???
tak kan dah di grab org
dalam masa 0 saat
tolong bagi alasan korang pada sesapa yg rajin naik air asia
kalu MAS buat promotion, aku tau la
specially big deal tu
mmg fix.spr harga promo
tp tu la buang masa tau telek date demi date tak de pun
ni kat umah pun dok cari lagi mana2 date yg ada harga promo
pssttt...kamu nak tau tak,aku search utk g mana, g bangkok...
harga promo RM 55 aja, sapa tak tergoda
teringin banget nak pegi dianya dream world
tak penah g sana lagi
best ke ae???

ok la korang...aku nak siap2 solat
pukul 2 jap gi ada mesyuarat ketua panitia.
bosan la.confirm aku on fb dlm meeting room
ok...daaaaaa



nyampah nye

eh nape ae....line teruk sgt...nak update susah benau.kejap2 hilang.terus tak de mood nak buka lappy.nak update guna BB sangat la tak puas nengok skrinnya.so, 2-3 ari ni nak blogwalking pun tak sempat la.geram je rasa.
pada kawan2, jgn lari ye...
saya tak lupa anda semua.cuma line ni ngok ngek sket.biol.sume ada.since 18 aritu lg.sampai org nak book flight ticket pun susah.dah la air asia buat promotion time tu.seb baik flight blk kampung dah book.hokey la uols...tanak ckp manyak...karang prob lg intenet ni...
daaaaaa...
take care...
selamat berwiken

Monday, October 18, 2010

~di sebalik togey~



maklumat diambil dari sini. terima kasih ye...kerana mengizinkan saya mengambil info ini. wat kawan2 yang masih berusaha utk mendapatkan baby, jom kita makan togey ramai2... dari segi scientifiknya...

"togey yang sedang bercambah mengandungi hormone estrogen, progesterone dan agen antioksida. agen2 ini yang menggalakkan seseorang itu bunting mengandung" err...siap la en suami malam ni, nak suh dia cari togey kat bandar.sampai jumpa  



cara-cara menyediakannya


1. Ambil segenggam kacang hijau (eh napa kacang hijau, kata togey.ala korang...togey kan diperbuat drp kacang hijau)  
2.rendam dalam air selama 2 jam
2. Biarkan ia menjadi togey yang tak panjang (anak togey je,mak togey tak boleh tau) ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
3. Rebus togey tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang period.



sapa yg penah cuba
share sket apa rasa air togey tu

 

togey juga baik utk penyakit kanser.





award YOU ARE THE BEST





best ke. cam tak best je blog eka ni. bosan... sbb kisah perjalanan hubby n wifey semata2.  then info yg mungkin semua org dah tahu (tetap nak tempek utk rujukan sendiri) specially tips2 utk dapat kan baby. walaupun rasa cam tak layak utk terima award " YOU ARE THE BEST", demi memberi penghormatan kepada mereka, eka gagahi jua utk buat task ni. balik je dari sekolah, terus on lappy n menggigihkan diri utk melunaskan hutang2 mereka. MEREKA yang dimaksudkan adalah NITA dan EJDEE . terharu sangat dapat pengiktirafan dari uols...terima kasih sayang2 sekalian di atas penghanugerahan ini


1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....camne ae? ada dua org yg bg.kene fair ni

i.gadis2 cun ni sudah berpunya.ops penggunaan gadis di situ cam tak sesuai, sbb masing2 dah kawen

ii.dua2 kakitangan kerajaan. nanti dapat 500 belanja eka hokey ???

iii.dua2 sangat kreatif, sorang dlm bidang masakan, sorang lg dlm bidang craft.cer buka link di atas tu. tapi dua2 pandai masak la. terliur tgk triffle kamu ejdee jasmi

iv.kenal nita sbb satu sekolah dulu. kitorang satu blok. sama2 kene buli dgn senior. dok tgh2 court badminton pepagi buta. sejuk weh. hampagas betul. masih kah kau ingat wahai nita

v.ejdee pulak teman di alam maya... selalu je mengikuti kisah beliau... berkongsi cerita. sharing is caring isn it???



2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...


i.hobi saya suka berjalan...boley dikatakan tiap2 ari en somi bawa jalan2.tak kisah la walau ke kedai runcit sekali pun

ii.suka org suapkan makanan, sbb tanak kotorkan tgk sendirik.<-- self fish.dush dush dush...en suami slalu jadi mangsa

iii.suka bela pets. tapi buah hati tu tertinggal di semenanjung


yang tompok2 tu mommy dia,kakak dia yg kaler kelabu,dan yg cikonet tu baby baru


iv.window shopping. tp sejak berada di sarawak dah kurang sket amalan gaya hidup sihat buruk ni berlaku...cuma kalu balik kampung makin menjadi2 shopping nya.sbb nak lepaskan gian

v.suka menguap bila tgk org menguap.korang camtu tak ae

vi.abah kata setiap inci anggota badan aku ni adalah '2nd hand' sebab tak leh wat keje berat sket, kalu tak sakit/sengal sana sini.dukung baby pun lenguh 1 badan.masihkah igt entry ini. 2-3 ari en suami urutkan tgn

vii.suka pulau yg biru jerk. yg tak biru tak suka. tak pun taman tema air.apa saja yg berkaitan air...suka sgt. walhal, tak pandai berenang pon

viii.cikgu yang sempoi2.buat kawan2 je dgn ank murid.tp lam kelas haruslah tegas kan...dan disebabkan itu jugak, bila teacher's day dapat byk hadiah agaknya lah

x.suka berblogging, FBying n everything...pendek kata 24 jam on laptop walaupun tak de di rumah.kan ke membazir namanya tu. nak2nya en somi tgk animax, harus aku'say no to tv'

xi.sgt sensitip, bila tgk kaum hawa didera/dianiaya...jgn kan...dera...kene marah pun tak leh.sbb tu en somi tak penah tinggikan suara kot, kalu tak, mau merajuk 500 thn. alhamdulilah dia memahami.syg u

xii.kalu makan megi kat bawah, mesti ada 'meja kecik' ni.


sampai en somi pun terpengaruh sama dgn aku.dia pun nak 'meja' jugak.
abaikan keselerakan dan keseksian  yg ada



3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them.

iena ~ pasangan romantis.cam pengantin baru je rupanya. sgt sweet wat u give u get back, u tag me, i tag u back.tp honestly u r very qualified to deserve this award

asna ~ cute je tuan empunya nama ni. suka tgk gambar wedding dia sambil baling bunga tu. rasa cam nak kawen sanding lg semata2 nak tiru aksi asna tu


lina ~ sedapnya chocolate mousse kamu tu.terliur tgk.eka tak pandai buat la.anta sket.kita kan 'berjiran' :)


pn.soberi ~ 1st time jumpa blog k.reen, masa bulan posa...dah la penuh dgn stoberi. betapa tergodanya eka. rasa cam nak suh en suami kutip stoberi kat genting highland.sedapnya kalu disalut dgn choc


ain ~ anak dara lagi ni.tp, jgn sesapa pun berangan nak ngorat dia.single but not available. cantik sgt adik akak sorang ni dgn 'penampilan' baru








nita,ejdee...im done !!!


Saturday, October 16, 2010

laporan minggu ini

salam uols...buat pengetahuan, setengah dari entry ni ditulis pada pukul 2 pagi semalam dan sambungannya pada hari ini...sangat tak boley tido semalam.en suami la...nak tgk bola la bagai.sudah nya mata ni tanak lelap.hambik ko. siap main spa2 pepagi buta.habis satu badan aku di lumurnya losyen aromaterapi. terasa gila urutan dia.ngalahkan spa kat luar sana...dan ini bukan yg pertama kali, selalu je dia bt spa kat aku... ehehe...tp kena bagi 'bayaran' yg lumayan la utk dia.dush dush duah...ok berbalik pada tajuk entry.lepas ni mmg tak de laporan berkaitan open house ye.selama sebulan yg lepas tiap2 minggu asyik cerita pasal makan aja.



AMARAN : ENTRI KALI NI TIDAK MENGANDUNGI APA2 INFO BERGUNA UTK KALIAN, CUMA CATATAN DIARI SEORANG ISTERI SEMATA-MATA. ENTRI INI JUGA MENGANDUNGI GAMBAR YANG TERAMAT BANYAK. mampu membuatkan korang bosan


Sudah lama rasanya diri ku ini tidak berlibur di hujung minggu. minggu2 sebelum ni penuh dgn aktiviti seperti memenuhi undangan majlis ke open house dan juga aktiviti yg penuh bermanfaat. Disebabkan minggu ni cam free sket, tak de apa2 plan, tetiba en somi ajak check in hotel. aku pun apa lagi. laju2 salin baju. padahal bukan tak de umah ... nak g hotel bagai. diingatkan ini bukan percutian yg besar2an.saja gatai2...saja nak abeskan weekend dgn chenta hati sorang ni. tp penghijrahan kali ni adalah sulit, kene senyap2...



sebab kitorang tak bawa sijil nikah. ahahha...



malas bawa. abah aku gi liminate sijil kawen kitorang.susah la nak bawa ke hulu ke hilir. rasanya, ini kali ketiga lawatan aku ke sini. antara hotel yg aku suka di sekitar bintulu ni. tp kali ni baru betul2 memanfaatkan masa yg ada dgn mengabadikan segala kenangan dgn berfotogedixs



antara penyebab utama aku suka hotel ini adalah



yg pertama, hotel ni face pantai. ya...belakang itu adalah pantai



dan yang ke dua adalah....


persekitaran yang nyaman


veri da greenish



baik untuk mata en somi


dan juga aku


posing je keje kami


main celah2 pokok


main kejar2... eh apa tu tong dram ke


tak de maknanya nak kejar aeh


 main cak cak jerk


ha...kan dah dapat


ni gaya apatah...


terbuktikan


hijau je surrounding dia


selain daripada persekitaran yang baik


interior designnya pun not bad


di hiasi dgn bunga segar...hm wangi nya


pekerja yg friendly. org ni sempat lg. g buat payment dulu


ruang makan yg menghadap pool


ok nak share sket pasal makanan kat sini



tersangat lah murah...



sebab sebelum check out semalam, sempat try western dia


 antara menu yang diorder (sama je cara makan budak dua orang ni bila mulut penoh)


mine


en somi


warm melted choc lava <---my favourite


super mantops...siap keluar chocolate larva dlm perut cake lg


 agak2 bape harganya...



70++ sahaja. lupa cakap, air pulak hot choco. selalunya kalu makan kat tempat2 gini, termasuk dgn tax service charges semua sekali, adalah hundred plus. tak caya cuba compare menu di sini. sama je kan. tp kali ni dapat je bill, melopong mulut kami dua.murah gila....berbaloi baloi. penjimatan berganda dah di situ.ok, setle bab makanan...satu lagi part yg mmg aku tak boley miss, bila datang sini adalah...



ahahha...nampak tak...


belakang tu...ada kolam renang kan


kan best kalu dapat tukar dgn lautan yg membiru


sebelum terjun


posing dulu


main2 air


posing lagi


lagi (masa ni seluar dah basah)



dan lagi


hotel yang di maksudkan adalah...






di sini ratenya. mana tau kan kalu korang sesaja nak jalan2 bintulu ni, tak tau nak nginap mana.aku suggest korang dok sini.bilik nya sgt2 selesa walaupun tidak setaraf hotel 5 star yg lain. jgn lak g banding dgn Le meridien Hotel, Tang Dynasty masa kat sabah itu hari.  itu mmg tak leh lawan la... ok la dah rasa cam entry mempromote hotel pulak. sumpah, tak dpt komisen apa2 pun.just nak share dgn kawan2 di samping mengabadikan kenangan dgn en somi. cuma suka nak diingat kan, kalu candle light dinner kat hotel ni...biasa2 je.cuma dia letak candle je...tak de org2 nyanyi sume tu...apa2 pun, berbaloi dgn harganya.


last but not least, kalu jadi header baru ok tak korang??? need ur opinion