Thursday, May 13, 2010

teachers day is coming

diam tak diam kejap je...tahun ni merupakan tahun ketiga aku nyambut teachers day...masa prektikal la paling best+meriah.masa tu aku kat png.mcm2 hadiah dari budak.tudung+kain batik+music box+frame (kayakan ank murid aku dulu) kalu kat sini aku dapat sabun+bubok (sejenis bahan utk bt belacan)+bunga plastik+bedak+pensel. Jauh di sudut hati aku, aku tanak pun sume hadiah tu, cukup la dorang belajar bersungguh2 dgn ilmu yg aku sampaikan (rasa berbaloi sgt kalu dorang faham apa yg kite ajar...1 kepuasan yang maximum) aku cuma nak share dgn korang pengalaman sepanjang penglibatan aku dalam bidang pendidik.macam2 ragam murid aku jumpa...tp ni ragam murid di tmpt aku ngajar skang la...sempena 3 tahun aku sbg pendidik...aku nak paparkan 3 kes yg tak mungkin aku lupa sampai bila2.ikutkan byk sgt citer2 kelakar...tp tunggu thn depan pulak la


kes 1~cikgu yg ternoda

aku ada masalah dgn sorang budak ni.dia tak penah masuk darjah 1 disebabkan tak de sijil beranak so masuk je skolah terus skip ke tahun 4.sbb persekolahan zaman skang ikut tahun yg dia lahir kat sini byk masalah ibu bapa tak de IC sebab dulu dorang dok kat dlm nun...so tak tau cite dgn dunia luar...once dorang keje n bercampur dgn dunia luar br tau apa itu IC.jd timbul masalah bila ank yg lahir nak bt sijil lahir.sijil lahir tak leh nak proceed kalu parent nya tak de IC.jadi...bila mak budak tak de IC dia kene tunggu neneknya bt IC dulu, baru leh proceed sijil lahir tuk cucunya.dalam kelas aku, masih ada sorang lg lom ada surat branak.aku risau thn dpn nak UPSR camne la.tp aku dok keep on asking her mum by doing so...Ok...berbalik pada cite budak yg terus masuk darjah 4.uols tau la...bila tak penah ke alam persekolahan...once ke sekolah dia cam culture shock tau...lain macam sket. bila dia dpt jmpa kwn2...mula2 aku tgk dia...bajunya kecik cam tak sesuai dgn badan yg agak besar yg berusia 10tahun...tah baju sapa yg dirembatnya...aku pun tatau.mungkin baju ank jirannya yg dah tak pakai lg. cam baju utk budak drjah 1 je gayanya. kasut skolah pulak jahit dgn benang hijau yg sgt terang...aku ni rimas sket kalu tgk budak yg tak kemas.bila aku tanya...napa tak jahit kasut dgn bng putih...tak la nampak obvious sgt kan.ni tak...dari jauh lg dah nampak benang hijaunya...then dia senyap je.skali cikgu suhana dtg bg tau aku budak tu tak leh paham BM sbb baru masuk skolah.cikgu suhana ckp dia tinggal dgn nenek dia,dah ditinggali mak n ayahnya no wonder la lambat buat sijil beranak.mungkin maknya jenis tak amik kisah sgt dr situ la aku kenal budak tu.setiap kali dia selisih dgn aku mmg dia angkat kening cam ziana zain.pandai tuh...mungkin nak ucap selamat pagi pun tak pandai lagi....masa aku lalu kat kelas dia,cikgunya pulun ngajar kat depan, dia lak dok bawah meja cam tikus mondok dok amik apa tah kat dalam begnya...1 ari tu dia datang kat bilik guru.dia bt kecoh cakap kat aku "cikgu.... bikheng" dah la suaranya besar+serak len macam sket dah la cakap kuat,1 bilik guru dgr. aku igt apa la budak ni cakap...upanya dia ckp kelas bising...ada bakat kepimpinan lg.leh jadi ketua kelas tahun depan...dah la tu dtg ke bilik guru dgn sapa2 je dia nak ckp,dia ckp la.kalu cleaner ada kat situ pun dia bg tau kat cleaner tu.kadang2 cikgu tu tak penah ngajar dia pun dia ngadu kelas bising.selalunya murid2 akan komplen kat guru kelas masing2 sbb dorang takut dgn guru yg tak penah ajar dorang.tp budak ni lain sikit..aritu cikgu disiplin aku cuit bontot dia sbb nak suruh baju nya masuk dalam..korang faham tak...camne bajunya...bila badan tu besar,baju dia ter coet naik ke atas...selalu sgt terkeluar dari seluar skali dicuitnya balik bontot cikgu tu.dia melawak cam kawan2 je. terkejut kitorang yg ada kat situ.mana ada murid lain yg berani cuit2 bontot cikgu2 ni.nasib baik cikgu tu lelaki.bt nya perempuan.tak fasal2 tercabul.skang ni dah jarang nampak dia.sbb dia kene masuk ke kelas pemulihan sesi petang.tp ada gak dgr citer dia kene masuk kelas dia balik sbb takleh dok dlm kelas ptg.asik dok kacau kwn2 kecik dia yg masih darjah 1.ye la yg masuk kelas pemulihan tu slalunya budak yg umo 7 tahun.dia sorang je besar.abes dia buli adik2 1 kelas.sian kan...aku harap dia leh la tau the basic thing cam pengiraan ke...sbelum dia masuk tahun 5.matlamat neneknya hantar ke sekolah cuma nak dia tau atleast A.B.C...tp cam unfair la bila dia g skolah cuma tau ABC.atleast bila ada basic tak de la senang2 org nak tipu dia.

lagi cerita tentang gelagat anak murid aku
::: cikgu yang ternoda
::: gunung bukan sebarang gunung
::: negeri sarawak terletak di thailand???grrr

Tuesday, May 11, 2010

negeri Sarawak terletak di Thailand???grrr

kes 3~negeri Sarawak terletak di Thailand???grrr


ni la kenyataan berani anak murid aku baru-baru ni.aku tak igt camne leh cerita bab negeri2 ni tah...ha...pasal lokasi rumah dorang kot...aku lukis peta malaysia kat papan hitam...then aku tanya di mana lokasi Sarawak...budak tunjuk la...kat mana.tau dorang...then aku saja gatal mulut tanya...actually topik ni tak de kaitan pun,cuma aku nak uji dorangnya general knowledge jerk.aku ckp la...berdasarkan peta tu kita dapat nyatakan

Sarawak merupakan salah satu negeri yang terdapat di _________

blom pun sempat aku teruskan kata2 aku tu...dah ada sorang budak menyampuk and nyambung pernyataan tu

Thailand cikgu !!!

yang aku tak tahannya jawab dgn confident level yang tinggi.ada yg sebut Singapore la...british la.suka hati dia je nak sebut apa.apa yg terlintas di fikiran semua dia sebut.aduh...nak gelak besar gak mula2 dengar.tp tak baik la kan.dorang mmg tak tau.bab2 peta mesia ni tahun 5 baru dorang belajar....sempat gak la aku explain kat dorang...dalam hati dah 10tahun kamu dok Sarawak tak kan tak tau kita dalam negara apa.aku expect dorang tau. then aku tanya pulak


negara2 yang terletak di Asia Tenggara.


keluar la jawapan


Kedah, Perlis,Kelantan,Johor...


menyedari tahap pengetahuan anak murid aku di tahap yang membimbangkan,jadinya aku pun explain la, apa dia negeri,negara...arap2 tahun 5 nanti tak de lg kelua jawapan pelik2 ni ye...kalu ada gak cikgu karate kamu semua...potong 14.ehehhee...so kelas aku utk aritu, tak dapat dijalankan dgn jayanya...post pon tuk next lesson, sbb lain topik la yang dibincangkan...



lagi cerita tentang gelagat anak murid aku

::: cikgu yang ternoda
::: gunung bukan sebarang gunung
::: negeri Sarawak terletak di Thailand???grrr

gunung bukan sebarang gunung

kes 2 ~ gunung bukan sebarang gunung


ya...hati2 sket kalu korang sebut perkataan gunung...bukan gunung saja...apa2 je la perkataan yg mungkin membawa masud lain bg sesetengah kaum. bila korang dok tmpat lain n bercampur dgn pelbagai etnik br korang tau macam2 bahasa...contohnya sarawak n sabah yang kaya dgn pelbagai kaum...kadang2 bahasa kita membawa'double meaning' utk kaum lain.aku tamau cakap lebih bab ni...harap korang pun tau ae...

alkisahnya bermula gini...selain dr subjek utama aku ngajar Science. aku kene ngajar Kajian Tempatan gak.dalam subjek ini aku exposed budak tentang bentuk muka bumi.as a set induction aku ckp ada yg tanah pamah,tanah tinggi, bergunung ganang.tiba je part aku sebut  gunung ganang...37 org budak depan aku gelak besar sambil mata tertumpu pada seorang budak.aku pelik la...napa ek...aku silap sebut ke...upanya...salah sorang drp bapa ank murid aku namanya gunung. GALISSON ANAK GUNUNG itu pasal dorang gelakkan.dorang ni mmg suka main nama bapak....pada hal yang gelakkan tu pun nama pelik2 gak, ada yang PATRICK AK SINGA, LYVIER AK MAWAS, JACKSON KUMBANG...isk macam2 la.slalunya nama bapa dorang pelik2...tp skang ni dah canggih manggih...aku selalu je jumpa ERRA FAZIRA, DAVID BECKHAM, ROBERT OWEN, kat sekolah...tayah g jauh2...hahahha...aku rasa la kan...dorang ni men taruk je nama anaknya...asal penah dgr, sedap...rembat...Cinderella pun ada.dah tu bila anak datang ke sekolah nak eja nama panjang berjela...sampai nak tulis nama sendiri pun tatau.budak tulis ikut huruf kat name tag dia.bila dia salin ikut name tag yg tertampal kat baju...terbalik la jadinya.dia tgk tulisan tu dr ats. tu la...maknya pun letak nama panjang2...susah budak nak igt.cuba letak nama ali,abu ke...kalu kaum melayu dulu2 terkenal dgn nama bunga...cam MAWAR,CEMPAKA,DAHLIA...tp zaman skang dah tak kedengaran lg dah nama tu.


Bayangkan kalu anak murid aku ni nanti jadi PM...camne la agaknya bila cucu korang tanya apa nama PM kita yg ke 10...hahaha...unik kan namanya...



lagi cerita tentang gelagat anak murid aku


::: cikgu yang ternoda
::: gunung bukan sebarang gunung
::: negeri Sarawak terletak di Thailand???grrr

Monday, May 10, 2010

ma cute mama

semalam kan hari ibu
so, i do a phone call to my mama
wish kat dia
happy mothers day
i said dat i love her very much
then
her asked me
bila aku nak jd mama pulak...
adush...soalan cepu emas
hohohho...
doakan la ye mama
mana tau berkat doa sorang ibu tuhan akan kurniakan
tak sabar nak ada cucu nampak...



cute kan mama aku


mama dgn abah mmg suka main2...mama aku sengaja bt2 nak dok atas abah...malangnya sempat di snap oleh aku.mau dia bising kalu aku upload gmbr dia kat sini.tp wat to do dah puas aku cari gambar dia...tak de


harap mama aku suka dgn hadiah yg aku berikan tahun ni
hadiah apa...hehehe...biarlah rahsia
tahun lepas aku bg bracelet kat dia
tu pun puas pujuk
dia tanak terima hadiah tu
nak nya dia tgk harga pulak
aku igt nak beli siap2
nak bt surprise kunun
tp aku takut dia tak bekenan
so biar tuan punya badan milih sendiri
tp lain jadinya
mentah2 dia tolak
puas dipujuk abah
baru setuju
geleng kepala pak guard habib tu tgk gelagat kitorang dok lawan tarik masuk kedai
aku suka sgt waktu dia dapat bracelet tu
tak tau apa perasaan dalam hati dia
sampai menitiskan air mata...
bg aku
apa lah sgt stakat bracelet
berbanding pengorbanan yg dia lakukan kat aku
aku bersyukur sesangat sbb my mama always beside me
no matter where i am
up and down
she alwayas there to support me
i really miss HER
dah lama aku tak tido dgn dia
rindu nak peluk my 'bantal busyuk'
dok bawah ketiak dia
cabut uban dia
bt spa kat dia (mama aku selalu skt badan dan aku la jd tukang urutnya)
silap2 masa dia datang nanti aku tido dgn dia lak
 dan en suami campak tepi la nampaknya
en suami...sila beri laluan pada anak manja ni yer...



yg kecik comel + kemetot  tu jari mama...yg satu lg jari aku la.hahahah

4 days left akan ku temu jari ini
bersabar lah wahai eka
:
:
:
:
V
counting day
arap2 aku dapat luangkan masa dgn my parent walaupun aku tgh sibuk marking paper on dat time


going bz cause of...

yappp
lately im quite bz because of

1-bt paper exam ::: done !!! skang tgh rezo...nanti sibuk ketip ketas pula...so en suami...faham2 la ae...ni la nasib kawen dgn cikgu...dtg time peksa...abes umah tunggang langgang dgn ketas.sampai ke bilik tidur ada ketas peksa

2-sibuk menghabiskan duit panitia ::: aku tatau nak beli apa.mmg tak byk mana pun dapat peruntukan.tp kene guna dgn sebijak2bijak nya...karang tak cukup duit pulak sampai hujung tahun.adiah kat budak lg.nak tmbah abm lg.i need khidmat nasihat from the senior one...harap maklum saya budak baru belajar...eheeheh

3-sibuk dgn preparation sempena my parent nak dtg ni ::: nak kena beli bantal + kain batik...apa lg eh...ha...pinggan...karang ada gak yg mkn atas daun pisang...

4-school activity ::: since last week aku terpaksa turun ke sekolah pada hari sabtu...berlarutan sampai cuti mid sem...tp nasib la minggu depan aku escape gotong royong utlk amik my parent kat miri.so leh rehatkan minda kejap...kejap je ae...smentara nak tunggu cuti skolah

5-keje2 pengurusan ::: ergh...tak suka part ni...sepatutnya kerja guru mengajar...tp aku rasa bebanan kerja pentadbiran lebih byk dr mengajar.a lot of paper work need to do.korang bayangkan...utk Science ada 2 buku pendek tu, buku panjang utk dorang nya experiment...1 kelas=38 org.cuba darab bope buku nak kene semak..tu br 1 kelas utk SC.utk BM harus lah byk buku. kefahaman + tatabahasa + penulisan + buku kerja.tp tu tak kisah sbb mmg tugas aku mengajar.yg aku tak suka dan penatnya kerja2 pentadbiran dan pengurusan, kita la nak kene collect duit kat murid pastu nak kene bt jadual utk LDP lagi (ni antara guru) kalu ada org tak bentang kene pk cara lain pulak.isk...fenat...lom kira pertandingan antara skolah lg...cikgu yg kene bt,nak hrp kat murid2lain jadinya

6-shop maniac ::: sibuk suf intenet.aku dah mula menjinakkan diriku shopping through...ok ke ha ??? tak penah aku beli brg kat tenet...sbb aku lebih suka beli brg yg dpt tgk dpn mata...br dpt tau kualitinya.bkn apa...aku penah ngadu kat carpet ni...kalu nak beli baju mmg tak byk choice kat bintulu.so the best way is servey kat tenet.aku dah aim 1 baju tu...hehehe.tgh tunggu masa je nak sampai.tp kene caj lebih sket dia nya postage sbb kat sarawak.sob sob sob...

6-selain drp perkara 1-6 aku juga terpaksa bg masa aku dgn hiburan....wahaha...yg ni suka den...aku dah taksub dgn tv sejak 2 menjak ni.aku dah citer entry yg lepas antara citer2 yg aku dok ikut kan


k la dear...jam menunjukkan hampir pukul 4.30...i need to go...my 'sayang cendana' was waiting...

Saturday, May 8, 2010

happy mothers day to pn shida

ya itu nama mama aku.windu sgt sama dia.dah la mlm2 ni.shahdu je bila teringat wajah jernih bonda ku itu.skang jam kat lappy aku menunjukkan pukul 1.04.tapi dua laki bini ni boleh bersengkang mata lg (leh kira bope watt mata masing2) en suami dok tgk animax (tidak suker) so aku layan blog.buka la lagu jasa bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruahLeterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda



bagi aku mama shida lah mama terhebat dalam hidup aku.aku selalu kongsi citer dgn dia.dulu aku dok tangkap cintan dgn ex boyfie pun aku cite kat dia.very supportive mommy. dia sgt memahami aku.n taste dia lebih kurang sama cam aku.aku beruntung sbb dilahirkan dalam suasana yg harmoni,dilimpahi dgn penuh kasih sayang...teringat plak masa childhood aku.walaupun masa kecil aku tak mcm budak2 lain...leh main kat padang masuk hutan belukar semua, tp aku tetap bersyukur sbb my mama always beside me.dia selalu main pondok2 dgn aku.dia yg layan aku main masa kecik.main masak2.babydoll tayah cakap la.byk gila.siap leh tukar baju2 lg...pastu ada barbie...tp syg toys tu tak dapat disimpan disebabkan anai2 bongok yg gigit2 toys aku.abes semuanya.setiap kali aku balik kampung mama la orang yg plg risau...sbb takut aku hilang.ye la...sesekali blk kg dah jumpa sepupu sepapat tak ingat dunia dah.penah 1 ketika aku kene marah,sbb sampai maghrib aku lom balik.aku main nyorok2kat kampung.kat umah tok masa tu dah kecoh time.dorang risau...takut aku tak jumpa jalan balik.sampai je umah...apa lagi kene pot pet pot pet.seingat aku,masa tu umo aku 7tahun kot,primary la yg pastinya.tu la...kat umah asik berkurung je...skali blk kg jakun gila.macam burung dilepas dari sangkar.apa2pun ada motifnya...dorang wat camtu sbb risau kan aku...aku la putra...aku la putri...tu la jadinya.tp alhamdulilah...jadi 'org' gak bila dah besar ni.berkat kesabaran dorang mendidik aku...pada mama murshida...engkaulah ratu hatiku...terima kasih atas segala pengorbanan.halalkan segala mkn+minum+ susu yang bonda berikan kepada anakanda...
 
 
 


gambar ni tak de kaitan antara cik puan eka dgn ibunya ye...ni gambar yg di snap masa mesyuarat pibg tadi.cuba tgk pengorbanan ibu ini...dikendongnya baby itu kehulu ke hilir.agaknya ada lg ke org ngendong baby camni.zaman skang dah ada stroller kan.tapi apakan daya taraf hidup mereka membataskan mereka utk memiliki stroller.nasib la baby ni tak byk ragam...nyenyak je tidur . walaupun bising dan panas berasak dgn parents lain.agaknya dah biasa bawa ke tempat kerja.bersyukur lah anda kerana tidak pernah hidup susah.tidak pernah berkongsi mknan dgn adik beradik lain.kais pg makan pg,kais ptg mkn ptg.dan ada antara mereka hanya bawa mkn nasi dan telur sahaja utk bekal ke sekolah.tak ada ikan dan sayur ( itu dah cukup hebat dari 'makan' air masak) kalu bernasib baik pulang dari umah ada makanan,kalu tak...melangut je la kat umah tu...tgk je la pelita2 kat dalam umah yg menyala di malam hari. dan bersyukur lah engkau wahai eka...sbb mempunyai ibu yg bertanggungjawab.ada antara ank murid aku dah ditinggali emaknyas seusia 11 tahun dan abangnya yang berusia 17 tahun yang menyara hidup mereka.sian kan....
bersyukur lah...
kerana kau dah berjaya ke puncak menara gading
ececey...
 
 
 
walaupun dah tua still pangai budak2 agi
 
 
tak lupa jugak happy mothers day buat ibu mertuaku dan korang di luar sana....
 
 

Friday, May 7, 2010

tv addict

skang ni...aku tgh taksub dgn drama bersiri tv3.asik ngadap tv jerk...sampai terpaksa ubah routine life aku.ini disebabkan aku dok  tgk 2 citer bersiri such as

::: adamaya ~ citer ni leh kata semua org tgk kan.sampai en suami pon tumpang sekaki.mana taknya kalu dia tak teman aku tgk tv.aku nak landing atas sapa kan.hehehe...en suami pun suka tgk si tecik yg comel tuh. si abah siap pasang impian cucunya cengitu. doakan la ye abah. disebabkan nak tgk citer ni la timetable aku terpaksa dianjak ke depan.waktu siaran dia kul 6.30-7.30.peak hour ni.slalunya time ni la rushing nak maghrib n masak.so skang ni waktu masak aku di awalkan pukul 5.30...kenapa tak pukul 5???hahaha...sbb kul 5 aku tgk cite lain

::: sayang cendana~ citer ni lak dari kul 4.30 -5.30.itu pasal tak boleh masak kul 5...tunggu abes cite ni dulu...kul 6.30 adamaya lak tunggu.pack kan jadual aku setiap hari.hahaha...tu yg aku malas nak start tgk cite.once dah mula tgk mmg tanak miss.sbb nak tau ending dia. tp waktu malam aku free...cuma aku book en suami selasa dan khamis malam je...tgk cite hangan pandang belakang dgn penunggu gunung raya. dengar tajuk je pon...haruslah ada peneman kan.mmg aku warning en suami awal2 jgn men bola time tu...nanti aku merajuk.kui kui kui...


okies....berbalik pada citer sayang cendana nih...best gak... mula2 mama aku la bg tau...tgh tido...pulun suruh aku tgk cite ni gak.sbb dia tau aku suka cite fantasi. syok gak la.dia ala2 citer 'boneka poppy' kat astro (patung yg jd manusia tuh,lama dah cite ni masa aku kat u lg.setiap kali balik kg mmg dok melangut cite ni je la) tp sayang cendana ni versi melayu.citernya cenggini. ada seorang Puteri fantasi, Cendana namanya lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya.



ni la patung cendana


Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia. Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu.


hakimi dan patung cendana


Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana. Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan. Hakimi berjanji akan mencintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya?, adakah Hakimi cinta sejati Cendana. itu aku sendiri pun tak tau.kene tgk l acite ni.yg bestnya...citer ni diselitkan dgn unsur kelakar...phm2 la ada geng KU2 n nadia mustafa.pasangan kelakar dorang ni

facebook dan dosa

ececey...tgk entry nampak cam baik sgt aku ni kan...tp tak salah... kalu sekadar mengingati sesama sendiri.manusia...mudah lupa dan alpa... aku la tuh ;-) kredit to link en zaharudin.dalam web ni ada menyatakan perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa antaranya

::: Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan . Ada juga yg mendesak si suami di shout out. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


::: Terlebih gambar
lumrah wanita biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar. Ditambah pula dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.Agak pelik juga kerana sebahagian drp mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



::: Penyamaran
Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Bagi membolehkannya menjadi friend, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



::: Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



::: Tagging gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka. Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



::: Mengutuk diri sendiri dan kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.




~KESIMPULANNYA~

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.



SELAMAT BERAMAL



ayam pansoh

syaper di sini penah makan ayam pansoh (betul ke ejaan dia ae)....angkat tangan....1st time aku nengok aym pansoh di sini.rasanya kat smenanjung tak penah jumpa benda alah ni (atau aku sorang je yg jakun) sebelum ni aku tak penah tau pun atau lebih tepat lg tak penah dengar perkataan ayam pansoh....


budak kat belakang tu sepah kan pucuk ubi...abes sumbat air ni ha...rotan nanti...baru tau...ergh...


the pic shown above prove that teacher eka quite bz on dat day. tgk uniform skolah pun tak sempat salin.kejadian ni berlaku pada hari khamis (itu pasal pakai kain batik) ari yang aku dok meroyan kat fb tak leh tgk adamaya n sayang cendana tu.pas balik skolah je ada mesyuarat ketua panitia,then terus bergegas nak masak, malam nya pulak ada majlis.takut nanti...tetamu dah sampai,tp ajk memasak (termasuk aku) still lg terkedek2 dok masak.mentang2 la aku dah kawen...pandai cikgu roy agih tugas letak aku bhg masak kan...tau la aku tak pandai masak,so that dapat la improve kan my cooking skill...anyway...mmg pengalaman yg sgt2 aku hargai.atleast aku tau camne nak bt ayam pansoh.mula mula...ayam2tu  di potong dan ni digaul dgn halia+bunga kantan+pucuk ubi.wangi sgt.then masuk dlm buluh



ready to pansoh.dah gaya lomang dah...tp dlmnya ayam...


pas je memansohkan ayam2 tu,bt lak sayur



harap maklum,bkn aku sorang je masak...eksyen je tuh.hehehe



gambar ni di senap oleh ank murid.abaikan position en suami.aku layan je dgn perasaan tidak ber energetic



me n ank murid (pucatnya aku...aku mmg tak make up ae ke skolah)


ni la gayanya ayam pansoh tu bila dikeluarkan dari buluh.nyaman tok aeh...




bila en suami ke futsal

ergh...bosan siot...
aku tak suka sports.titik
mmg masa skolah lg aku tak penah involve dgn any sport
unless masukkan air dlm botol,bawa bola ping pong dalam sudu
ha...yg tu serah kat aku.mmg aku juara.suka aku main sukaneka nih
setiap kali sports day kat skolah aku yg sibuk lebih men sukaneka ngalahkan ank murid sendiri
kenapa aku tak suka sport???
::: penat
::: abes sakit 1 badan
dulu...masa muda2 dulu abah selalu ajak aku men badminton
setiap kali tu gak aku sakit tgn n kaki
sampai kene urut2
kenapa camtu???
jarang bersukan...dah tu skali bersukan...tak cukup warm up
tak sempat nak panas badan dah beraksi,tu la jadinya
start pada tu aku tak suka bersukan...
tapi
en suami lak kuat sport
so terpaksa la ubah mind set
bila g mall dia masuk kedai sport aku dah mula serabut tgk bola,jc n all those thing
mula nak cari alasan g tempat lain....
haisyyy...apa nak jadi nih
 tp aku tgh belajar menyesuaikan diri la
aku nak try suka apa yg en suami suka
(eh...paham ke...hehehe...apa2 je la ae )
buktinya ??? mana ???
cuba tgk...
aku dah berjinak2 turun ke gelanggang futsal bila en suami nak men bola
aku dok kat sebelah jd pom2 girl support en suami
(heee...tipu...)


nampak tu kat tgn tu apa...pen merah dan buku


sebenarnya aku g futsal sbb aku takut kene tinggal kat umah
al maklum la puan eka ni kan penakut yang amat
so aku terpaksa folo la setiap kali en suami nak main
yg en suami pulak setiap kali aku teman dia ke futsal, pura2la nak tunjuk hebat depan aku
dia igt aku tgk agaknya.pd hal isterinya gigih nyemak buku
heheheh...tak baik kan...alor aku tgh blaja la ni nak meminati bola
tp sejak ikut en suami ni
aku tau la little bit bout football game


eh...mana en suami



ini dia...ratu polos.peluh tu leh masuk dlm baldi aku rasa


pernah gak aku tarik muka bila dia nak men bola =)
(time aku tak larat nak ikut la)
sian dia kan...so skang dia dah bt jadual waktu sminggu skali je main futsal
weee....suka....
ok wat...