Tuesday, August 31, 2010

risau...

masih lagi konflik mesia - indon
aku ada sentuh isu ni previous entry
actually me n hubby nak g bandung on october ni
tp,
risau aku makin menjadi2 bila buka fb nampak ini





buat rikaz takyah la kita nak gaduh2 ni ye
saya tau anda org yg berpelajaran
tak ada faedahnya
sekiranya nak berperang sana sini
sedangkan sedara mara anda pun ramai di sini
tak ada faedahnya kita bersengketa

aku sgt tak suka keadaan camni
ini la padahnya beli tiket awal2
sbb tak tau apa berlaku in future
act tak la awl sgt,pas blk hnymoon ritu baru beli
so sekarang ni abah mmg menentang keras utk ke sana
kalau tak ke sana
maknanya burn camtu je la tiketnya
haissyyy

Monday, August 30, 2010

merdeka! merdeka! merdeka!


tak mo cakap banyak2
happy merdeka day to all
bersyukur sehingga hari ini negara kita bebas dari segala ancaman
tp risau gak pasal kes indon yg marah sgt kat mesia tu
nak bercuti kat sana pun bt aku berbelah bahagi
n rasa takut2...so cancel
haisyyy
arap2 ok la nanti
neway...aku berbangga menjadi rakyat malaysia
walaupun kadang kala marah sbb minyak naik, gula naik...dll
apa2 pun
mari kita sedekah kan al fatihah 
kepada mereka yg bertungkus lumus 
dalam memerdekakan negara kita dari jajahan
tanpa mereka...
siapalah kita...




hehehe..gambar tak de kaitan


Sunday, August 29, 2010

apa kata survey

nak minta pendapat n jasa baik korang
bole tak???
okeyh,korang yang budiman...
ada tak 
korang, adik beradik, sapa2 je 
yang pakai camera waterproof ni
ok tak ha???
kalu kat semenanjung berapa harganya
kat sini 1.5k++ tp kalu sape ada info kat semenanjung lbh murah
aku akan beli masa balik kg nanti
ok
soal beli no 2
aku tak kisah sgt ttg harganya eh kisah jugak la
tp skarang aku nak tau pendapat ok tak kualitinya
takut cpt rosak je




 
Sony DSC-TX5



tau tak kenapa tiba2 berhasrat nak beli benda alah ni
sbb aku dah bosan dgn DSLR
aci tak ???
DSLR mmg la byk advantage...tersangat la clear
function dia pun superb la best kan
tp 
bg aku yang jenis jalan nak bawa diri je
tanak bawa apa2 beban
tanak ngendong ke sana ke mari
susah la sikit
sbb DSLR ni besar sket compare to digital cam
lom masuk dgn tripodnya lg
masa g sabah ritu pun pakai hp kamera aku je byk
sebab susah nak bawa berjalan
camne ae...
apa korang rasa perlukah aku membazir
ala... bukan membazir kot :)
nanti kalu nak snorkeling
mana boley bawa DSLR berenang sekali
rosak nanti, syg o


antara ciri2 yg membuatkan aku terbekenan sgt kat si waterproof ni adalah
of course la kaler nya...merah pink gitu
waterproof upto a depth of 10 feet 
shock proof upto a height of 5 feet
10.2 megapixels CMOS image sensor



please2 korang, bg opinion...

blogwalking award



gambar di atas menunjukkan gambar kaki. heheh macam kelakar.ok la kan...sinonim dgn award yg diberi. BLOGWALKING award. aku ni leh kata rajin gak la blogwalking. selalu je menjengah blog korang, tp kalu takde masa, hampun maaf dipinta... ni, nak balik kg tak tau la nak bawa notebook ke tak. kat kg takde lappy even comp pun tak de. tgk la keadaan...kalu rajin, bawa... tak silent mode la sampai buka cuti balik. neway tenkiu lina bagi award ni kat eka...tak lama lagi dah nak balik kampung kan, mesti excited.1st time beraya as wife. tahun ni beraya di mana...ececey...tanya macam2 pulak eka ni. dush!! dush !!

==Q & A Session==

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
balik kampung...ho ho ho balik kampaung...ho ho ho balik kampung...hati girang ( sila nyanyi ikut tune raya) sesungguhnya kepada sesiapa yang rajin buka blog ni tau la...yg aku ni dah siap peking beg balik kg dah.sgt tak sabar.2 minggu sebelum balik kg hanya tinggal jasad sahaja di sini.roh dah ku hantar pulang ke penang.nampak je 'en mas' terbang di udara dah membuatkan hati ku tak keruan...guys...5 hari lg tau...yabedabedu


2. Apakah nama samaran anda?
Eka...Tika...Atika (hahha lebih kurang sama, sbb nama aku pendek aja)



3. Berikan 3 orang yang anda sayang
1) Mr Firdaus 2) Mama abah 3) ipin@ my meow meow



4. Panggilan anda untuk si dia
officially Abang. tapi kalu datang 'gedix'nya aku panggil dia ca'ang...


5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa
nak baby je...aci tak??? <---statement ini berani mati tau


6. Blog yang anda suka visit
blogger yg rajin drop komen kot. sbb...once org drop comment, kita akan double click kat page dia gak kan...tuk bg response balik. dari situ la kenal, rapat n keep on nak tau citer dia






7. Tag kan 15 blogger

sapa2 je yang nak jawab silakan ye.dialu2kan

Saturday, August 28, 2010

kenapa ISLAM haramkan khinzir

bila tgk je video ni, aku sangat bersyukur sedari kecik aku dah jadi ISLAM. serius...aku sangat cintakan agama ku ini. lengkap dgn segala adab dan peraturan. kita ada al quran untuk dijadikan guide line supaya berada di landasan yg betul.dan segala isi kandungan al quran terbukti dgn jelas...salah satunya kenapa ALLAH haramkan umatnya mkn khinzir.dah terbukti dgn video ini .

maybe video ni diambil dari Arab...dorang potong daging khinzir then letakkan dlm dulang. pastu curah pulak dgn air coke n tunggu selama 2 jam. daging segar itu akan berubah dan mengeluarkan ulat ulat besar (mungkin ini yg disebut cacing pita) dan ini tidak terjadi pada daging2 lain. cuba bayangkan apa yg terjadi jika orang yang makan daging tersebut. tubuhnya dipenuhi dengan ulat (cacing pita) ee...yek tak tahan aku tgk.geli.

Subhanalloh, Alhamdulillah, Syukur atas Islam...Tiada kebaikan kecuali telah diperintahkan dalam islam, dan tiada keburukan kecuali diharamkan dalam Islam.


"Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buru"., QS AL-A’rof 157.

Friday, August 27, 2010

MANDI WAJIB

tadi masa g kat wall FB ada info tentang ini. aku pun buka, baca...ada perkara yg aku tak tau. isk isk isk... terima kasih pada yang menyebarkan. dan skang tiba masanya utk saya pulak yg menyebarkan. semoga perkongsian ini berguna untuk pengetahuan bersama.semoga solat kita diterimaNYA


MANDI WAJIB

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul"

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub (mandi lepas bersama kan?) atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. <--- ni pun baru aku tau.dush dush dush...selama ni aku niat masa nak curah air ke bdn, sblm air smpai ke bdn la pendek kata. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. huh tak leh pandang remeh ni

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna rambut, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. o ye ke...baru tau ni

Panduan Tambahan 

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13 

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…





Thursday, August 26, 2010

contest JOM KE TERENGGANU





wah wah wah...apa kena dgn aku ni babe. rajin bebenau...selalunya petang2 gini, tido jerk.... skang ni misi menjawab tag secara pukal telah terlunas...takde hutang lg tawwwww...mekacih pada emme sbb telah men'tag'kan diri eka.nampak je perkataan terengganu dah berkobar2 nak jawab contest ni.sgt suka dgn ganu.kenapa??? pulau2 nya indah2 belaka.i like pulau veri mac



Syarat-Syarat Dan Peraturan ~ mmg byk tp tersangat lah mudah

  • Para peserta mestilah menjadi follower bagi blog Terengganu Permata Hati ~ done !!!
  • Masukkan blog Terengganu Permata Hati Ini dalam Blog List anda semua ~ done !!!
  • Letak Banner Contest ini diatas dan di'side bar' anda dan 'link'kan kepada blog ini ~ done !!!
  • Buat satu slogan iaitu    
  •  
     
    "Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana hendak menerjah ke dasar lautan yang mampu membuatkan saya terkesima dgn keagungan dan ciptaan ilahi...seperti yg diketahui ramai pulau2 di pantai timur sgt terkenal dgn laut yg membiru.  so saya betul2 nak menikmati keindahan pulau yg menjadi daya tarikan utama pelancong . nak nya dua laki bini ni pencinta pulau.buktinya



     hello everyone,say en suami


    antara dua pulau yg menjadi aim saya sekarang ni adalah





     pulau perhentian besar


    pulau redang


    mau jumpa ini nemo. laga2 pp dgn dia


    selain pada tu, org ckp, barang2 kat sana murah2, so...i think, dat is the best place to shopping, serius i should go there"
     
    • Nyatakan darimana/siapa anda mengetahui Contest ini     emme
    • Kemudian 'Tagged' Contest nie kepada 3 orang rakan anda.

    friendly award

     cute je kan


    1st ly, nak ucapkan mekacih byk2 pada emme (yg tak jemu2 komen kat sini.sgt2 hargai ) n nita (si isteri yg sgt rajin memasak,bak cikit kuey sarang semut tu)...muahxxx.syg kamu....sbb bagi award ni. terharunya rasa...hehehe... friendly ke eka ni... rasa cam tak layak je terima title tuh. sbb kdg2 kalu sibuk sgt...eka tak sempat nak ziarah kawan2 sekalian. sori taw....bukan tanak menjengah. tp sbb faktor bebanan keje yg amat sgt. naknya UPSR yg akn menjelang tiba tak lama lg... perlu menyemak buku yg belambak2. nak identify students weakness lg. bukan saja buku...check latihan zoom A dorang through internet. hoho lot of work need to do...eka...jgn ngeluh ye...tp serius zaman kita dulu tak de pun gitu kan. haissshhhyy...mcm2 usaha kerajaan bt...direct to the point tak mau ngomel manyak2.kita jawab je soalan kat bawah ni

    1) Nyatakan 7 makanan/minuman kegemaran anda sewaktu berbuke puasa/sahur..
    Makanan Berbuka :-


    1. Nasi berani beriani (paling koman pon nasi wajib ada. jawapan ni sama cam emme.kalu tak, merangkak eka turun naik kelas)
    2. Desert / puding / cake ~  penting ye utk menaikkan lemak2 di badan ( pastu bising kat en suami nampak part2 tertentu yg dah makin menonjol.dush dush dush)
    3. Nasi ayam yg diletakkan thousand island
    4. Murtabak
    5. Apom balik
    6. Cendol
    7. Cocktail
    8. Air masak (aci tak???dalam soalan minta 7 je kan)
    9. Kurma ( en suami suruh mkn kurma dulu sebelum minum air)


    p/s : bt pengetahuan, sepanjang puasa item 4, 5 ,6 tu lom penah dirasai lg sepanjang berpuasa.based on experience itu la feveret aku. harap2 balik kampung dapat la rasa. nak mkn puas2.kan aku ada masa sminggu gak utk berpuasa di kg. 1 lg, kegemaran di atas sgt sukar ditemui di sini yg menepati citarasa aku




    2) Berikan kepada 5 orang @ lebih kepada rakan blogger anda.

    nak bg pada sapa ae.yg friendly2 sume dah diberi org. jap nak check kat komen...sapa yg friendly,baik hati, slalu aje concern kat eka...orangnya adalah....drum roll pleaaaaaasssseeeee



    ~jangan ngelat ye.1 pengiktirafan dr eka ni.hehehe~
    semoga persahabatan kita kekal sampai bila2
    thanx for ur comments before
    lebiu veri much



    Wednesday, August 25, 2010

    MH1158 im ready

    hohoho...balik kg
    hohoho...balik kg
    hohoho...balik kg
    hati girang

    mesti korang pelik kan tgk budak kecik sekor ni gegeh nak blk kg
    ya...sgt tak sabar...
    sila beri laluan
    dah lama budak tecik ni tak tidur di pangkuan ibunya
    hati dia melonjak girang pas berbuka td
    gaduh suh en suami turunkan beg blk kg nya dr ats almari
    kerana tidak kesampaian*kurang tinggi*
    then terus load baju2 dlm beg



    see...body pass zaman bila tah tak tanggal2 lg


    cam kenai je baju tu


    siap sedia utk terbang meredah laut china selatan


    sila la paham perasaan aku ketika ini
    walaupun ada 10 ari lagi kat sini
    perasaan aku dah tak keruan
    jiwa aku dah di pulau mutiara
    jasad je di sini
    tak sabar menanti detik 4 september 2010
    tak sabar nak jumpa pilot yg hensem mama n abah
    jgn kan mama abah, 
    tgk kelibat MAS je aku dah terbayang muka dorang di kampung
    haisyyy...kronik penyakit aku ni








    tenkiu PM.lebiu.to.tree.fo.fai

    me tak mau ckp byk2
    just nak say thanx 
    bebanyak terima kasih pada PM
    tenkiu veri much
    atas pemberian duit raya
    alhamdulilah...
    walaupun hanya 500, apa la sgt kan
    kalu nak dibandingkan dgn bonus korang yg mencecah ribuan ringgit
    igt g masa beberapa thn lepas 
    aku keje kat private company bonusnya superb la mantops
    tp apakan daya,berpijak di bumi yg nyata...
    neway aku sgt bersyukur
    leh topap duit shopping...
    eh tak la
    rezeki utk my parents n sepupu sepapat kat kg agaknya
    dah ank buah tak de kan
    so labur pada sepupu sepapat je la
    for detail...
    click sini <-- see..aku tak tipu kan....


    (*_____*)


    pak najib, how bout my school holiday
    leh tak saya nak extand cuti skolah
    tak puas la kejap sgt raya
    raya ketiga dah nak kena balik ke bumi kenyalang
    so sadd...
    mengikut pengalaman lepas, raya ketiga masih di umah tok
    so...bila nak bt open house
    kena susun atur jadual baru nih



    Tuesday, August 24, 2010

    yes!!! berjaya

    yes yes yes !!!
    sangat bangga
    masuk puasa hari ke 14
    baru berjaya masak utk juadah berbuka
    walaupun agak menduka citakan
    tidak seperti isteri2 di luar sana
    aku tetap puas
    dan akan jadikan hari ini sbg satu permulaan
    utk terus sediakan juadah berbuka
    heeee...persoalannya??? leh caya ke. tak janji ye puan2




    1st time dapat masak utk juadah berbuka






    ayam masak lada + sotong butter + bihun kung fu +desert
     itu pun dgn bantuan en suami
    kuali ke lesung batu ke
    sume en suami yg tolong angkatkan
    termasuk la dgn cuci pinggan mangkuk
    hehhe <== ngada ngada kan
    tugas aku cuma masak
    aci tak
     actually sejak beberapa hari yg lepas lg
    aku mengumpul kekuatan utk masak hari ni
    sebabnya ???
    selama hampir sengah bulan puasa asyik mkn luar je
    bosan o...sampai tak tau nak mkn kat ne
    asik2 benda yg sama
    dah sampai tahap meluat pon ada
    balik2 KFC-selera kampung-Marrybrown-Chicken buffet-pizza-bazar
    itu je yg ada
    bazar kat sini tidak la seperti di kg halaman ye kwn2
    sangat berbeza
    susah betul nak cari mknan yg kene dgn tekak ni
    hhaiii...tak sabar nya nak balik kg
    yabedabedu





    alahai suami

    tadi kan 
    ada la aku nengok caldina lam tv nun
    pastu mulut ni gatal ckp kat en suami
    bila thn ye kita dpt si caldina ni

    see betapa berangannya si isteri walaupun tau 
    tak mungkin memperoleh kete mewah spr itu
    tp en suami lg teruk tau...
    disebabkan suka sgt kete caldina
    dia nak letak nama ank pompuan dia
    Nur Shafiqa Caldina
    sedap tak??? baik ckp sedap
    kalu tak... takmo kawan
    nak ckp ni
    Shafiqa tu diambil dari nama Firdaus n atika
    en suami nya idea okeyhh.i tak tau apa2

    ok...berbalik pd ngomelan si isteri pada si suami tadi
    aku ckp main2 je la
    abg resign la keje sekarang 
    then keje petronas kat port nun
    lebat sket gaji
    boley beli caldina
    wat pengetahuan kat bintulu ni ada branch petronas bhg gas n oil
     tak mau la, nanti tak byk masa dgn syg
    sapa nak teman syg kat skolah
    sapa nak bawa beg skolah syg
    syg nak mkn dgn sapa pepagi
    kalu syg byk keje sapa nak tlg
    nanti syg bosan g cari pakwe lain pulak
    cuba tgk sampai ke situ en suami pikir
    baru sepatah aku ckp
    berpatah2 di jawabnya
    ayat yg last tu wat aku nak pecah perut
    takde sapa nya hingin kat bini abg ni ha
    tak laku dah...dah kembang sana sini
    tak de cutting dah
    ececey cam la sbelum ni ada kan
    ait...sapa kata tak laku
    cuba lalu dpn pub kitai tu bape byk yg jeling kat syg
    ada satu pub kat kws ni,mostly ibanese la
    adohai kelakar la en suami ni
    igt kan dah kawen ni surut sket tahap ke'jeles'annya tu
    rupanyya dok gitu gak
    haissyyy...

    yg sebenarnya aku acah je suh dia keje petronas tu
    walhal aku tau 
    aku sendiri mmg tak leh nak berenggang dgn en suami
    tak sanggup !!! full stop
    1malam tanpa en suami pun dah terasa tau
    jgn pikir bukan2okeyhhh
    kawen bukan hanya utk 'itu'
    bg aku en suami merupakan teman paling hebat yg aku ada
    teman tgk tv, masak,wat keje sekolah
    time aku tak leh tido dia yg dodoikan
    sampai aku lena



     pendek kata everything's together



    dulu, sebelum kawen risau gak
    sbb ada org kata
    kalu suami isteri kerja satu tempat yg sama
    akan mengundang masalah
    tp aku tak rasa pon camtu
    best lagi ada la
    ada org bekap kita kalu apa2 jadi
    itu sbb aku takmo apply balik smenanjung lg
     elok2 duk satu skolah
    skali dpt transfer sorang utara, sorang selatan
    nangis aku hari2
    cukup la tgk kwn2 kat sini menderita bila berjauhan dgn suami
    aku tak sekuat n setabah dorang



    Monday, August 23, 2010

    gGggrrrrRrrr....

    kali ni siaran langsung dari sekolah
    nak balik tapi tak bawa kunci umah
    TERTINGGAL daa <== careless.dush dush dush
    tepon en suami lak rosak
    kebetulan dia pegi ppd arini
    time2 aku tak bawa kunci la benda2 camni jadi
    sebelum ni tak pennah pun tetinggal kunci
    adey
    tensi
    so tired
    i need bantal n tilam to sleep on
    time tido aku ni
    apakah aku perlu tunggu di sekolah sampai ptg
    abang...cepat la balik....



    pst....ggrrrr kat ats tu merujuk pada 'geram utk diri sendiri'


    Saturday, August 21, 2010

    dah pecah dah

    beberapa minggu yg lepas aku ada ckp pasal si kura2 ni
    yg tgh sarat mengandung





    sgt sayang nak pecahkan si kura2 ni
    lastly aku nekad nak pecahkan gak
    tgk pic yg belah kanan tu
    mata kura2 yg dah terkoyak rabak...
    cedih
    aku dgn en suami ada bet
    the amount inside the belly
    dan aku ada janji nak bg tau bope hingit duit lam perut kura2 tu
    korang rasa bape
    according to my entry sini
    aku predict 50, en suami 40
    lastly dua2 tak betul
    the exact amount is



    apa pasal nampak cam byk jek


    RM 36 aja
    tak sampai 40 pon
    dua2 salah...weee
    haisy...tp tak pe jadikan sbg 1 permulaan utk terus menabung dan menabung
    kalu tgk pikcas di atas nampak cam byk gak kan
    kamu tau kenapa
    dlm dok sibuk kira duit 
    tetiba en suami bersuara
    abg pun ada tabung...
    tipu...mana??? mana???
    tadaaa


    tabung en suami.nampak je camtu.tp lbh byk dr aku taw

    abes dgn syiling2 bau minyak rambut
    serius aku taktau pun en suami ada tabung
    kumpul senyap2 ye
    nak kena ni dush dush dush
    dia ckp tabung tu since dia bujang g


    ait terbalik pulak.gasak la.malas edit


    berapa hasil tabungan en suami???
    teka teka





















    RM 48.50
    clap clap clap


    ala...en suami selalu terlibat dalam urusan jual beli
    sbb tu banyak
    aku ni, sekali sekali je kelua duit sendiri
     makanya tak dapat la syiling nak d masukkan lam tabung
    tapi kan korang...actually...
    syiling2 yg aku masukkan lam tabung aku
    mostly en suami yg punya
    dia letak sepah2 atas meja
    sapa suruh kan
    si isteri ni hanya menjalankan tugas
    ngemas2 umah then
    kutip senyap2 TERmasuk pulak tabung sdn. bhd
    (shhhh jgn bg tau en suami)
    plus aku tak tau en suami pun ada tabung
    tu masuk tabung senirik
    okeh alasan di terima ;)


    jadi, paduan dua tenaga ada RM84.50
    senin nanti leh masuk ASB...haha..
    wat malu je setakat nak masukkan 90
    takpe2 withdraw duit lam bank skit
    topup2 masuk ASB
    hahha...nak jugak...



    first time

    tika menaip entry ni,
    ceh ayat cam apa je
    aku kesorangan di umah...
    tak leh nak tido
    en suami??? mana en suami pegi
    en suami jadi sentri utk murid lelaki
    klik kat sini kalau nak tau citer
    sunyi betul tanpa en suami disisi
    buat pengetahuan, selama kawen aku lom pernah berenggang dgn en suami lagi
    ni la 1st time tido sorang tak de bantal peluk
    eh bukan sorang actually


    ada 4 ank dara menemani aku sepanjang mlm

     my pupils


     cuba tgk beg dorang.cam nak tido sebulan je


    siap bawak bantal busyuk lg


    watpe la en suami skang
     en suami sentri sampai kul 6
    tak sabar nak tunggu kepulangannya
    ngengada kan
    berbalik pada ank dara 4 org di ats tu
    seronok gile dorang tido ramei2 kat dpn tv
    ko peluk aku,aku peluk ko
    dah tu time nak mandi
     ramai2 masuk bilik mandi
    apa yg dia takut tah la
    bestkan jadi budak2 ni 
    hepi je
    tayah ok bebanan sekolah




    Friday, August 20, 2010

    me@singapore

    sori la ye...kalau sejak 2 menjak ni aku tacing2
    mengimbau kisah lama
    serius sgt2 teringat zaman muda mudi ni.
    actually tujuan utama aku refresh balik vacation ke singapore ni
    (tak de niat naj menunjuk2 ae)
    cuma nak mengabadikan segala kenangan dgn kwn2 kat blog ni
    sbb nya???
    gamba2 dalam simpanan aku sume dah hilang...
    so dgn cara menempek gambar2 diblog
    gambar2 ni takkan hilang 
    hokey tanak ckp byk nak recall kenangan muda mudi
    memandangkan JB dgn singapore tak jauh mana
    kitorang1geng amik peluang g singapore
    ops...lupa lak nak ckp
    kejadian ni berlangsung
    beberapa tahun lepas ye
    makanya universal studio belum ditubuhkan lg


     man made island @sentosa island


     mana satu tuan punya blog


     me n frendz


     see...mat saleh tu duduk still sama tinggi dgn aku.isk isk isk


     
     kecik je@merlion


    bila ye nak g singapore lg???
    smentara pasport lom expired ni kan
    hai...bila dah kerja ni susah la dah ada comitment
    bila cuti lak, gaduh nak balik malaya
    lepas rindu puas2
    actually skang ni aku lebih fokus
    g jalan2 tempat yg belom pernah dilawati
    at least bila org bercakap tentang sesuatu tmpt 
    kita dapat gambarkan sbb dah penah pegi tmpt tu



    me : rindukan zaman kampus

    yerp...
    rindu sangat sangat sangat...
    tau tak kenapa
    my click upload gambar masa kat u dulu




    gambar ni masa zaman hingusan 
    kecik je budak di atas tu 
    sekarang...hahahahha 
    tak silap aku gambar di atas di snap
    sms awal 20 an
    tak pun lepas matrik kot
    kalau tak silap
    banyak sangat kenangan pahit manis kat sini
     u mana??? hehehe... rahsia la
    eleh lagak cam artis terkenal
    teka! teka!
    sapa dpt jawab i bg special gift
    hehehhe
    tipu...




    ni klunya...salah satu hostel kat tmpt study dulu



    sangat rindu dgn korang sume
    seriusly...kitorang sgt rapat
    dan sampai skang
    alhamdulilah
    still keep in touch
    maybe faktor masa yg di spend kan bersama2kot
    3 tahun susah payah bersama2
    dan byk lg benda yang dikongsikan bersama2
    istilah 'menapak' memang tidak asing lg dalam kehidupan mahasiswi
    masa tahun pertama juga dah pandai
    naik bas sbb tak de lesen
    g JUSCO taman U
    beli toiletrss + segala kelengkapan harian
    walaupun duit tak byk time tu
    boley tahan gak la bershopping.haisyyy




    my course mate


    rindu kamu semua !!!
    jom furthr study sama2




    Thursday, August 19, 2010

    malas.malas.malas

    hai korang...sihat??? 
    camne sambutan puasa korang?
    aku???
    still cam sebelum ni
    masih belum upaya utk menyediakan juadah berbuka
    tiap2 petang hasben n wife ni akan keluar samada 

    1-merempit

    helmet itu jiran aku yg punya

    bila dah org yg punya, haruslah longgar dan nak tercabut bila en suami terjun lopak


    atau


    2-bercanda di dlm kereta
    aman dari hiruk pikuk kota



    untuk ....



    berbuka puasa



    sejak 2 menjak ni mood berbloging berada di tahap yang membimbangkan...puas aku cari apa sebabnya...hehehe.the reason is... 
    menghormati bulan puasa
     ececey org lain pun puasa gak.over tau  
    aku ni special case sket, 
    parkinson menyerang secara tiba2 di bulan ramadhan
    specially bila jam menunjukkan pukul 10 pg
    nak menaip pun shaking.
    nak tekan huruf a, tertekan huruf s. 
    tu yang malas tu...
    time mlmnya pulak pack
    time tu la nak tarawih, masak utk sahur, lipat baju
    all those things
    cuma esok, lain sket time table aku
    sbb ada aktiviti sekolah
    qiamulail utk murid tahun 6
    aku selaku 'warden'
    haruslah tidak tido
    karang ada yang ngigau2 berjalan cam thn lepas...
    seram den


    okey la uols, i nak chow dulu 
    nak bobok....
    nitezzz
    ('___')


    Friday, August 13, 2010

    going down...down...down...

    perasaan tgh S.E.D.I.H...aku tau...aku tak patut nak terasa...tambah2 bulan pose camni...tapi dah tak boleh tahan sgt dah...so blog is the best way to express my feeling...


    alkisahnya...

    KES 1

    ada kawan aku sorang ni, newly wed la. kawen masa cuti sekolah bln 6 baru2 ni...doc dah sahkan yg dia preggy serius guys,  im very happy to hear dat  tapi, muncul pulak suara2 nakal, tu yg bt aku sangat2 sedih...ada la lebih kurang camni bunyiknya...
     " ha...eka...tunggu apa lg, yg baru kawen pun dah menampakkan hasil, korang bila lagi" 
     pastu ada la ayat2 selebihnya lg, yg aku mls nak ckp kat sini, aku tau, maybe la niat dia nak melawak. tp aku dah ckp berkali2 aku tak pernah plan pun...mmg aku nak sgt baby, tp rezeki belom ada lg, nak bt camne...aku rasa tak de org yg kawen, tp tanak anak kan...mesti dgn 1 matlamat yg satu ni.

    balik je rumah terus nangis+ngadu2 kat en suami...maybe some of dem, tak penah rasa apa yg aku rasa. kawen2 terus pregnant. sbb tu sng2 ckp cengitu...nak je ckp, kalu dah pandai sgt ajar la aku wat baby camne.dgn demo sekali, boley ??? hambik ko...dah lama dah aku tak sebut isu baby ni, sbb aku tanak stress org ckp kalu stress baby tanak dok lam pewot tu... tp kalu aku tak pikir hal baby, ada pulak org igtkan n bg aku pikir... bila dorang ckp camtu, rasa cam...hai...tak normal kah aku, tak subur ke aku. sampai satu tahap aku ckp kat en suami" abg, kita amik anak angkat nak" pernah aku fikir, kalu aku tak de baby sampai bila2, sapa nak jaga aku bila tua nanti, aku ni dah la hidup sebatang kara, tak de adik beradik lain, silap2 en suami antar aku rumah kebajikan...

    sedih o.kalu bab2 camni sume org nunding jari kat pompuan. padahal dah g jumpa gynea, mmg tak de poblem apa2....sannnggggggaaattttt sedih...please kawan2 jgn la menuduh aku camtu, aku tak penah plan pun. sejak dua menjak korang perasan tak isu pembuangan baby menjadi2...sekarang ni aku sgt sgt sgt sensitif bila dgr kes pembuangan bayi yg menggila.aku setuju sgt datuk seri shahrizat suggest nak kenakan hukuman gantung sampai mati bagi individu yang tidak bertanggungjawab....padan muka !!!



     jangan buang kami !!!



     KES 1


    yang ni pulak aku tak la rasa sedih sgt. sikit je la. rasa rendah diri melampau dgn korang yg rajin masak juadah berbuka. sepanjang dua hari berpuasa ni, aku belom berkesempatan menyediakan juadah berbuka....percaya tak dgn statement ni...aku rasa cam aku ni isteri yang ***** tak tau la nak ckp camne...bukan tanak memasak. setiap kali balik kelas je, aku solat, tido...then en suami kejut kul 4, ajak g bazar. sbb tgk aku melepet semacam je dpn tv nun... pastu dia g check dgn pembaris, n ckp diameter perut aku tinggal 5cm je.

    penah gak try nak masak semalam. tp, pegang je kuali dah gigil2 korang...camne tu??? aku tgk korang bukan main lg masak juadah berbuka...macam2 dgn kuey nya. bt pengetahuan korang aku taip entry ni waktu mlm taw, siangnya publish ajark...dan waktu mlm nya jugak aku bt mknan utk sahur. tu pun kelam kabut, pas je terawih terus bersilat kat dapur. semalam sempat buat puding bujang senang utk dijadikan pencuci mulut time berbuka jap g. ni la 1st desert aku bt dalam bulan puasa, tp makanan berat aku belum ada idea, tunggu keputusan rasmi dari en suami jap g...mmg la en suami ckp tak kisah mkn kat luar nun, tp aku tetap rasa serba salah, rasa cam tak guna je...dah la sekali g bazar abes kat 20 hingit gak...nafsu mkn aku mengalahkan nafsu kuda. serius korang

    aku tak tipu, kalu hari2 biasa pun, lambat makan mmg angin naik kepala, mengigil jari jemari ni... sungguh!!! sekarang ni aku sgt salute dgn ibu2kat luar sana, yg bertungkus lumus sediakan juadah utk anak2 nya. speacially mama aku sendiri, yang masak time bln posa gini...kalu ada aku, leh la tolong sikit2... so tak byk kudrat yg diguna pakai. tp skang ni, mesti dia bt sorang2 tak pun dorang makan luar je :) berpuasa sbg isteri merupakan cubaan yg hebat bg aku...mama, thanx sediakan sahur n juadah berbuka selama ni...


    gini la gaya aku agaknya...


    tp ni baby...comel la kan. kalu aku yg buat gitu??? dah rupa juon agaknya....rasa cam nak merangkak je dari living room ke dapur....teringat pulak masa kecik2, mama ckp mmg aku pernah merangkak pun, sbb dah tak larat nak bgn. pas tu buka pintu peti ais besar2,bg sejuk sket badan ni. ;p  sbb rumah aku tak de aircond

    Tuesday, August 10, 2010

    1st ramadhan

    ya...experience 1st ramadan dgn en suami....kelakar+kelam kabut dibuatnya...alarm dah bunyi.tp dok snooze ajak...tgk2 bape minit je lg nak abes waktu.aku apa lg, kelam kabut bersilat di dapur.waktu tu hanya terbayang, panaskan pizza semalam. then kalu lapar lagi amik biskut + air tea





     sahur kitorang


    sila fokus kepada air minuman en suami....dua2 tu dia yg punya taw. dia minta aku bt susu utk menjamin kekuatan diri sepanjang tempoh berposa.manakala teh pula... utk dicicah dgn roti mayat (ala biskut empat segi tu, yg nama comercialnya biskut hup seng ) handphone kat tgn kiri ni aku pgg sbb nak tgk masa, takut terlewat. satu2 makanan dimasukkan ke dalam mulut sambil pejam mata...sekali en suami ckp, syg 5 minit lg dah nak 4.50...dah nak abes masa ni...cepat...aku pun apa lg laju2 sumbat makanan masuk mulut...alahai...aku rasa, mknan tu lom sempat hadam dah masuk sebijik2 ke pankreas...arap2 esok tak la kelam kabut camni... masalahnya salah diri sendiri, suka sgt bila handphone tu bunyik dok snoze2, itu yg bt terlajak tu... en suami pun lg dok merekot kat aku... tu yg tak sedar diri tu. 

    bila dah puasa ni rasanya jadual harian pun berubah...paling obvious tak dpt tgk citer duyung aridinata lagi...:) sbb kul 4 lebih dah kene g bazar. harap maklum, kat sini buka posa awal...tp kalu balik penang merasa la muka aku ni.padan muka. lambat ya amat nak berbuka

    ok la dear...anak murid datang rumah nak discussion group pulak...da... selamat menjalankan ibadah puasa