Showing posts with label life as a wife. Show all posts
Showing posts with label life as a wife. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

nur kasih the movie II

kita lupakan kisah pulau kita buat sementara waktu
ni nak cite pasal hero heroin nur kasih yg terbaru
aku yakin ramai yg tgk cite ni kat wayang
dan dgr citer khabir bathia nak bt nur kasih the movie II
dengan pelakon baru...tiada lagi tiz n remy ishak
so pada peminat fanatik nur kasih
yg suka mereka ini digabungkan bersama
jgn emo emo... pengganti mereka dikatakan lebih gempak lagi
nak tau tak sapa???














cer teka........













nak tau tak????
meh sini aku tunjuk orgnya











tehehehhe.... larikkkkkkk!!!!






siapakah gerangan mereka ini
ada hati nak mencuri takhta si remy dgn tiz
tak tau malu punya olang
tak sedar diri langsung
haissssyyy
jgn maraaaa...ini la jadinya apb dilanda kebosanan

Wednesday, May 18, 2011

bahaya high heel

baru2 ni aku dpt satu info berkaitan tajuk di atas.terima kasih kpd kawan aku yg sorang ni, ruby... yg baik hati sudi berkongsi info dgn kita... nak lebih detail click link ni...


"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara sekali pun"


ni dituju khas kpd para wanita di luar sana yg suka sgt pakai heel. agak2 aku tergolong tak di kalangan mereka...hm...no comment...tengok je la gambar di bawah ni






semua kasut2 aku dibahagikan kepada 2, ini adalah kasut feveret
yg tak feveret a.k.a kasut yg flat ada dalam gerobok tu
jarang pakai ... kasut2 ni baru di basuh, so aku sempat snap
sebelum di masukkan ke dalam almari
masa basuh tadi, 'butang' heel si merah tu tercabut la pulak





mostly kasut aku ketinggiannya mmg camni
kenapa pakai heel
nak nampak cantik???
oh tidak... aku sedar diri, aku mmg tak cantik
aku pakai heel

:::: kononnya nak mengaburi mata org ramai ataupun lebih tepat lagi... nak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan teman seperjuangan
:::: spy org senang nak bezakan aku dgn murid, nakya kalu ada outdoor game. cikgu2 kat skolah cakap, sekali imbas tgk dari belakang mmg sama saiz dgn bebudak







so bila aku pakai heel, kununnya aku ni tinggi la
kenyataannya adalah....oh...malas cakap
aku terjebak dalam gejala ni sejak anak dara lagi...
masa dok u rasanya...tp masa tu tak la tinggi sgt...
paling menjadi2 sejak keje la
naknya kerajaan menggalakkan warga pendidik memakai kasut yg bertumit...
antara sebab musabab yg tak boleh pakai heel adalah
  1. Jejaskan peluang untuk dapat anak -> oh...adakah ini puncanya
  2. punca rambut gugur -> memang... tp mebe rambut aku panjang
  3.  boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita -> hah...risaunya
  4. sebabkan leher, lutut, sendi , tulang belakang, bahu menjadi sakit ->lom dapat simptom ni
  5. boleh peningkan kepala dan gangguan haid -> tak juga
 



persoalannya????
itu sbb ke aku tak berbaby lagi sampai skang...
nampaknya terpaksa lah let go kasut2ni
dan disebabkan itu juga 
 aku ada alasan kukuh utk dikemukan kpd en somi
minggu depan... ya minggu dpn kan dah cuti, aku dah tak sabar nak 'beraksi'ni
mengikut kebiasaan setiap kali shopping, en somi slalu remind kan aku

syg... jgn sampai tak terkawal kat mall nanti, nanti kene tambah kargo pulak
dan aku akan bagi jawapan ni
takpe la suami, nanti isteri resize sesiap ye...wink wink





p/s :en somi...sila paham kedudukan isteri anda

Thursday, May 5, 2011

tiPs menGgoDa seCarA haLal

wah...tajuk tak tahan.kang kene gam pulak blog ko ni eka ala beysa la.kata mlm jumaat kan... ;) Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda 'sleeping partner' anda. aku dapat dari mana tah.lupa dah...yg pastinya en gugel la




1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya...Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayaaa... namanya.

2. Kenyit-kenyit.
  sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu mengembirakan hati anda.

3. Opsss..., maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, sentuh dan pegang tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘opssss.., maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh..., boleh cair jadinya.... lepas tu tak gheti2 lagi...;)

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit.. kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh! Teknik ini hanya yang ada skill mengendap/skodeng saja yang tahu... hahahaha....

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah.
Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkanlah diri anda.. Tentu menarik.... Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya....

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear… opppssss..., terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun. Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….Terbeliak biji mata ada dua maksud. Pertama terbeliak melihatkan body pasangannya yang seksi dan mengancam. Yang keduanya terbeliak terperanjat melihatkan body pasangannya yang mengeleber atau boroi... lepas tu si dia bantai gelak guling2... hahahaha...

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya....

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi atau kena sergah... bergantung pada mood pasangan anda.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah.., mesranya pasangan tu... Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.




ok sekian saja perkongsian hari ini... balik nanti cuba ye.selamat beramal
pesanan penaja : tips2 ni hanya valid utk mereka yg berumah tangga ye...sapa yg belum ada sleeping partner tu jgn gegatal nak cuba. baca boley... ;)


Thursday, April 28, 2011

surprise yg tak disangka sangka

sapa kat sini tak suka kan kejutan
angkat tangan !!!
aku berani potong jari hehhe...tipu
semua org sukakan kejutan
naknya dari org tersayang...
pada suatu petang yang damai
masa tu aku dok ngadap lappy
tetiba someone knock da door from outside
im wondering ceh ngada cakap omputih lak
sapa pulak ni
pada masa yg sama ... takut nak buka pintu
sbb en somi mmg dah pesan kalu 
dia takde kat umah
jgn buka pintu sebarangan
takut peristiwa 'itu' berulang kembali
tetiba dari luar...
syg buka pintu...eh cam sora laki aku je tu
aku pun buka la pintu
tgk en somi letak tgn kat blkg
cam dok sembunyi sesuatu 
pastu dia suruh aku tutup mata
n teka apa kebenda kat tangan dia
selalunya.... tak coklat, bunga...
itu aja
aku pun teka la
tetiba ko tau apa yg keluar... ni ha....





 tokojut den....
en somi ckp burung ni sgt la jinak
so dia amik, suruh aku main
dia tau bini dia ni suka binatang2 camtu leh bt ank angkat
 tp mmg sgt jinak la...kalu letak ats tapak tgn mmg dia tak gi mana
lama gak la dok biar burung tu berkeliaran dalam umah
pastu try bg dia beras/buah
tp dia tanak makan
canne nak bela
kang mati tak pasal2 pulak
pastu...en somi cakap lepas lah...sian dia
bila lepas, tgk dia terbang tak tinggi mana pun, maybe baby lg kot

tau tak...lepas 2-3 hari kejadian tu
pintu umah terbuka
sbb kawan en somi datang
tetiba burung yg sama
terus terbang masuk ke dalam rumah
aku tgk kaki dia cam sakit je
entah2 kene terkam dgn si meow meow kot
tp kali ni susah sgt nak dok kat tgn aku




ni...dia menyorok kat belakang oven


takleh nak rapat
dia asyik nak lari je
sudahnya aku dgn en suami bekerja keras
utk tangkap dia dan lepaskan ke luar
sbb kalu dia dok dlm umah ni
mmg tak de benda yg dia boleh makan
ada batu, besi je canne nak hidup
skang ni mmg dah tak nampak kelibatnya
entah hidup entah mati...
harap kamu dpt menjaga diri kamu sang burung




Sunday, April 24, 2011

MY LIFE JOURNEY

diingatkan : tiada info yg berguna di dalam entry ini. jadi jangan menyesal sekiranya anda scroll ke bawah...entry ini menceritakan perjalanan penulis dari kecil sehinggalah ke alam rumahtangga.







ini aku...
stok keluaran penang . anak jati png taw...tp bukan la anak mami.lihat sajalah hidung aku yg penyek itu. takmo komen lebih2 tang muka. sensitip i.





sebabnya... masa aku kecik2 ada org persoalkan napa muka aku tak de iras mama abh pong... pastu ada sedara yg cakap aku ni anak angkat...mama dgn abh jumpa aku kat pasar dalam bakul sayur nyonya mana tah...then bela...bila aku dgr gitu apa lagi.meraung + nanges la...yg sebenarnya derang saja nak nyakat aku.tp beysa la, masa tu budak lagi kan...lurus je .bila org cakap percaya je ....





bukan waktu kecik saja...sampai besar pun, terbawa2 perangai tu. aku ni mmg jenis lurus je org nya. kata org la...sbb kita kan tak dpt nak reflect diri sendiri... dan aku akui, mmg aku mudah pecaya kat org. selain drp tu aku ni jenis happy go lucky (*____*)




aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana  tapi kaya dengan kasih sayang. dari kecik mmg aku tak penah berenggang dgn parents. sbb tu aku tak pegi skolah berasrama masa form 1.





ya aku mmg cengeng + manja semua ada la kat budak ni. kene marah sket je... nanges...abah n mama selalu ingatkan aku jangan apply tempat belajar jauh2.






alhamdulilah abes spm aku dapat matrik kat png je... tiap2 minggu mama dgn abah datang melawat aku kalu tak dapat balik kampung. penah juga 'fly'. jahat kan






tp nasib tidak menyebelahi kita selamanya... bila abes matrik dapat tawaran sambung belajar kat johor... hambik kutub utara kutub selatan la jadinya. mula2 berat juga hati nak pegi.tp bila memikirkan masa depan... aku terpaksa gagahi jua... mama dgn abah??? time ni tepon je la jadi penghubungnya...tiap2 ari call.dalam sehari tak penah tak call...sampai lah skang...lagi la kan





abes je belajar... tarik nafas lega...sbb leh cari keje kat png...alhamdulilah... belum konvo lagi dah dapat keje...tp dgn private...tak kisah la kan...asal dapat rezeki yg halal utk menapak je pun... dan nampak juga hasilnya sbb dapat keluarkan kete cabuk aku tu. keje tak sampai setahun, aku dapat  offer utk jadi cikgu. tp sebelum tu kene attend utk kpli...pun kat png...syukran

 



tp yg sedihnya time posting aku dapat kat sarawak...hwarggghhhh nanges tanak pegi. macam2 cara aku buat utk tukar tempat posting. tp kene gak sbb dah buat perjanjian sebelum tu. mama dgn abah pun surrender dah, pada masa yg sama pesan kat aku cpt2 minta tukar balik semenanjung.jgn dok lama2, kononnye la...tiba hari yg dijanjikan, aku dan rakan2 yg sekapal diagihkan mengikut daerah masing2... masa pijak je kaki ke bumi kenyalang, jumpa sorang budak ni...poyo gile...mula2 mmg tak suka...tp cam baik. sbb dia yg angkat beg af...eh bukan beg af lagi la...dgn bantal busuk semua aku sumbat...besar beg tu.sama besar dgn badan aku. nak tau sapa yang baik hati, offer diri utk angkat kan beg ke tingkat atas kuarters tu...


?????
???
?





ni la orangnya... sapa kenal ;) sumpah masa awl2 tu mmg tak tau yg dia ni jodoh aku... plus aku sudah punya pacar time tu ;) mula2 mmg org dok kenenkan kitorang dua.tapi mentah2 aku tolak.





masa mula2, control...tengok dari jauh je...




tp bila dah lama...mula la... nak approach




 byk citer kelakar masa mamat di atas ni nak tackle aku... 



tapi biarlah hanya kami yang tahu



dia sgt suka usik tahi lalat hidup di pipi aku



ini bukan sebarangan nya tahi lalat. nati aku akan close up my little mole ni



ok berbalik pada cite aku dan dia...



bila dah tiap2 ari jumpa, dan kene kacau




sampai no fon aku pun dia dah dapat... dok msg la apa la. kitorang pun rapat as frend... mmg dia penah menyuarakan isi hati. tp time tu aku ignore je...aku tak amik port... sbb err tak kan semudah tu...come on. baru je kenal tak sampai 6 bln...at least g la kenal2 dgn ma parent dulu kan...dan dia sahut cabaran aku. terus bertindak. masa cuti pertengahan tahun. memang aku tak sangka dia datang ke rumah... datang dgn penuh harapan utk propose aku




masa tu mmg aku terkojut giler... pada zahirnya aku dan dia hanya kawan...teman sekerja. tak bercinta apa pun. tup2 nak anta rombongan cik kiah kan...cuak gak la.dah la time tu aku bawa famili gi holiday kat langkawi... sbb kitorang takde umah... takde, umah aku tonggang langgang. tgh renovate... ye la dapat gaji tertunggak kan... dekat 4 bulan gaji kene hold dulu. jadi berbakti la kejap




mama dgn abah dah sibuk tanya...canne ni... yg peliknya derang ni mcm bg green light je... aku betunang dgn dia. dalam tempoh beberapa hari je...aku bt keputusan...aku terima tak agaknya???
ye aku terima !!!





hah seronok bukan kepalang la orang tu....ada sbb musabab aku terima dia... waktu tu byk sgt krisis yg tak boleh nak diceritakan di sini. terlampau privacy...ececey...tp dgn berkat restu dan doa ma parent akhirnya, my last minute preparation for E-day berlangsung juga dgn sgt2 sederhana... ya, pelamin takde, OP takde...eh... pendek kata sekadar memenuhi syarat je la...n tanda dia 'cop' aku. maka pada hari yg ditetapkan bertunang la aku dgnnya...di mana??? kata umah tgh renovate... nun di umah tok. kihkihkih.kartun kan





masa aku bertunang... tak ramai yg tau. maksud aku kawan2 kat skolah la... sbb derang sendiri pun tak tau...bila masanya berputik cinta kami ni. ye la ... sbb sblm ni mmg takde apa2...cuma derang je yg dok gosipkan kitorang dua. tu pun bersungguh2 aku menidakkan. tup2 buka cuti. dah berubah status. kecoh la.dari mulut ke mulut.siap ada yg tak puas hati suh tunjuk bukti lg.makanya aku tunjuk la cincin (tanda merisik) + gelang tangan ( tanda tunang)




so kitorang start bercinta selepas bergelar tunangan... bertunang pun tak amik masa lama. 6 bulan je terus kawen... nampak cam tergesa2 kan...tp itu la yang terjadi pada kitorang




dan kini aku sah menjadi miliknya




aku bahagia menjadi isterinya. walaupun kehidupan kami tidak semewah mana... aku tetap bersyukur... dengan apa adanya... cuma  satu yang aku pinta semoga kami diberi peluang utk menjadi ayah dan bonda satu hari nanti. doakan juga jodoh kami berpanjangan...aminnnn
 



~ THE END~



actually ada lg gambar tp dah byk sgt la pulak gambarnya
kang muntah hijau org tgk


Sunday, April 17, 2011

dia mai dah

last week, Selasa berjumpa Rabu 
untuk meminta Khamis 
menyampaikan pesanan kepada Jumaat 
agar dapat memberitahu Sabtu 
untuk mengingatkan Ahad 
bahawa Isnin mula bekerja esok. 
Alahaiiiii.....!!!! cepatnya masa berlalu
weekend tak rasa apa pun
lemah je rasa nak ke sekolah
kalu boley nak hari2 camni


boley ??? boley, lempang sekali
korang penah rasa tak camne aku rasa skang ni
ke aku je dapat penyakit camni setiap kali senin
asal isnin je, otak ni lembap je pakej dgn penyakit M skali la tu
nak bgn g skolah pun maleh...ye la
dari umo 6 tahun ke sekolah je kejenya
dah bosan gamaknya
astaghfirullahalazim...eka...cer betulkan niat tu
kesian ke budak2 yg dahagakan ilmu kat skolah
tak baik tau
dear....... moh le kita berjemaah
seru semangat sama2

Wednesday, April 13, 2011

aku dan ABC

kat luar sana matahari sgt terik
nak keluar pun malas


 tapi, panas2 gini pekena ABC sedap gak kan



 tetiba teringat ABC masa aku mkn cuti bln 3 aritu



 aduhhh...nikmatnya




abes muncung mulut2



abang....jom cari ABC


eh korang....penah tak makan ais kepal
aku tak tau la kat tmpt korang panggil apa
tp zaman skang susah dah nak jumpa ais kepal tu
igt lg...
 setiap kali nak g ngaji petang kelas fardhu ain
mesti singgah kedai pak mat beli ais kepal



 mana satu cik eka...ahah? 
ala yg berdiri cam nak nyanyi lagu negaraku tu.yg muka penuh tpg tu


bukan tu aja, beli laksa 50 sen mkn dgn straw
sambil kayuh beskal
rindunya saat itu
tapi 
skang mana nak cari laksa 50 sen???
insyaallah tak jumpa dah
dulu bawa sekolah 50 sen pun kira byk
skang bawa 50 sen tak dp apa
kuey je kot



Monday, April 11, 2011

deco bersama...

bukan eric...tetapi....
????????
cer cite cer cite
ei ngengada kan...ni ha bersama orang ni



dia...pujaan hatiku wink



ini bahan2nya, ye puan2



mula2 kemek2 kan doh tu ( tepung + yis +susu+ marjerin)



 pastu letak sos prego actually ni balance drp macaroni semalam



cup !!!ada beberapa org minta resepi macaroni smlm
betul2 nak ke, eka ni main campak je
tak pandai sgt
nak bg resepi kang lain pulak jadinya
maklumlah eka ni tak terer mana pun
main ikut tekak sendiri jerk
k sambung ke sesi mendeco



pas letak sos prego, campak semua bahan yang ada



lastly letak cheese+mozarella kalu ada parmesan lagi best



ready utk dibakar...cer tgk pizza dia ada mata hidung mulut



 tara !!! siap utk dimakan ~ ini pizza versi en somi



boleh en somi salahkan aku buat ajaran sesat 
sbb kelim dia terbuka waktu bakar tu
haiya...padahal aku dah bg tau awal2 
'jahit' betul2 antara doh dgn doh tu
kalu tak terbuka nanti...
nak tgk versi tuan tanah tak...ahahaha
disebabkan aku ni cheese maniac
 special sket la aku buat
aku letak cheese kat tepi, camni



tabur cheese keliling pizza tu then kelim balik


 siap ! gebu dari en somi, tu yg dia jeles tu jgn mare ye abg



bila gigit, cheese tu akan keluar meleleh.memang superb la<--perasan



hah itu la HOME MADE PIZZA kami dua
kalu nak tau kitorang mmg gitu
setiap ari mesti spend time together kat dapur
main masak masak
lawan sapa deco paling cantik 
tapi hari sekolah tak sempat la nak deco bagai
sedap tak sedap belakang cerita
en somi mmg sgt supportive dlm bidang ni
jadi aku pun semangat ar bila wat keje sama2
masa buat pizza ni pun
pukul 10 baru siap 10 mlm taw
mata pun dah lalok2 nak tido
mau ko tak boooooooolat puan eka
dah la heavy dinner
dgn burgernya lagi.....plus fries
lagak cam mat salleh pun ada
tp dalam hati, jiwa meronta2
rasa kecewa mcm mau hantuk kepala ke dinding