Wednesday, March 2, 2011

PTPTN dalam ujrah 1%

tadi, ada kawan post benda alah ni, so aku just copy paste je, sbb benda ni berkaitan dgn aku gak...serius i need ur opinion. 
korang dah proceed ke ujrah 1 % ni
since aku keje mmg aku tak penah miss tuk bayar tgg jawab yg satu ni... tp kengkadang kalu byk nak pakai duit, aku byr ikut suka hati aku je.cthnya...kalu ada duit lebih...byr sampai 400, kalu agak2 cam sesak aku bayo 50...bermaksud byr 2hingit je la kan. korang canne... ok ke ujrah ni.untung ke kalu kita convert to ujrah. hai muda2 lg dah pk hutang. belas2 ribu lak tu *pitam dengar* tp tu la nak blajar nya pasal.pandai pinjam pandai la bayar ye....

............................................


Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

8 comments:

PUANSTOBERI said... BALAS

akak rasa org yg da lama pinjam dan still bayar elok la kut kira balik cam org ni kira.
Tp yg baru tu, ok kut tukar.

Akak lah salah sorang org lama yg tak setel lagi utang. huk huk.. tp Insyaallah nak setel abis kan suma skali la nati. Takyah pening2 dah. *uhuk*

nuruljannah sukhri said... BALAS

yuyu pun rasa better jangan switch.dulu mmg hampir2 switch dh tp terbaca psl benda ni jgk.pastu ada kwn bgtaw, xtau la betul ke tak. kalau sistem lama, jika peminjam meninggal otomatik x pyh byr. cth paling dekat.arwah abg yuyu. penjamin x pyh byr tp siap dpt khairat kematian. kalau sistem ujrah ni akan membebankan penjamin jika berlaku apa2 pada peminjam...

*luv Syahnia* said... BALAS

fuhh cik ain takde utang PTPTN
so no komen..hehe

E K A said... BALAS

kekda...eka ni pk2 gak...tak lama lg dpt keluarkan kwsp...ok ke kalu byr hutang ni kasi abes

E K A said... BALAS

eka pun cam tu yuyu.tp bila baca ni...terus eka stop kejap.then cari info bout dis matter

E K A said... BALAS

bestnya ain tak de utang kat ototn...dapat gaji leh joli sakan la

aDieyZa said... BALAS

dear, ramai yg kata better xyah switch.. sbb ramai yg kata sistem ni mcm xberapa nak ok.. bykkn cr maklumat dulu be4 ambik keputusan k..

E K A said... BALAS

tu la zana.ramai ckp camtu.so eka hold dulu application ni