takde keje tadi...saje godek2 kat internet
credit to en google...sekali aku tertarik dgn info ini...so y not kita berkongsi sama2kan. aku nak tanya korang...korang penah tak, dgr statement dari public... "
ala...2-3 tahun kawen mmg la manis...bila dah lama2...ergh...si suami makin menunjukkan belang. bila umo 40 mula la pasang angan2 nak tambah lg satu..." gerun nyer aku dgr statement ni...aku tamau perkara2 ini terjadi pada aku...dijauhkan la...tak sanggup...nak berkongsi kasih...even kasih mama dgn abah pun aku sorg yg punya...apatah lg kasih suami...tanak !!! disebabkan itu aku cari initiative the way to make sure our relation sentiasa manis2 aje...dan aku dpt ini
1.Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama
~sudah semestinya...amalan bg setiap pasangan suami isteri rasanya
2.Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan
~tak sangka pulak...petua yg ini...mmg tiap2 malam aku buat. aku perlukan lengan en suami sbg bantal kepala aku.kalu tak de 'bantal' yg ini tak tau la camne. sejak 6 bulan ni...inilah bantal aku. haisyyy...buatnya en suami kene kursus atau outstation...aduhhh...tp bab bejalan di belakang bahu suami...aku lom amalkan...selalu beejalan seiringan.
3.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
~ada...ada listrine dgn deodarant...sapa nak cium ketiak i...meh sini... ;-)
4.Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya
~hangat n romantis??? ada ke pada aku...tp en suami selalu ckp bdn aku panas...masa mula2 kawen dia slalu tanya...syg demam ke...panas jark..tp kalu bab romantis...hm...kene tanya org la tuk evaluate aku...kita tak nampak apa yg ada kat diri sendiri.dan yg last sekali tu...aku mmg mengharapkan suami aku sentiasa dok depan mata...tak sanggup aku nak berpisah...dan aku bersyukur sbb sama 1 sekolah dgn en suami...in case tak sempat bt breakfst kitorang akan mkn kat kantin skolah sama2
5.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
~ hah??? gaya apa yg aku nak ubah...gaya otomen? robocop ? tak la...mungkin gaya berjubah...satu hari nanti. insyaallah...
6.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
~ nak mencipta suasan??? camne ae...tp so far harmoni+tenang je. walaupun aku tak cipta apa2...alhamdulilah
7.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
~sepanjang 6 bulan ni...aku dgn en suami lom sampai tahap gaduh + bermasam muka...walaupun dalam seminit...penah gak aku cuba gedik2 nak merajuk...teringin gak nak rasa dipujuk kan...bak kata org kalu nak masak mesti ada rasa masam+manis+masin...br sedap masakan tu...tapi kejap je...aku bersyukur dapat en suami yg sgt alert dgn aku...dia sedaya upaya memastikan supaya aku tidak mogok dgn dia. tp aku takut gak...kata org kalu tak penah gado...sekali gado cam ribut taufan...ar....tak mau...minta dijauhkan
8.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
~ ini belom lagi bt masa skang...camne ae...en suami nak kenangkan jasa apa yer
9.Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). ~
oh...nauzubilah...tanak...tanak ianya berlaku pada pasangan eka + firdaus....takmo benda2 cerai rujuk nih...tuhan...peliharalah hubungan kami dgn sebaiknya
10.Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
~ hohoho...part ni mmg tak dinafikan...thanx en suami sbb terima my parent as yours. dan mama dgn abh sgt sygkan en suami...since dorang sendiri tak penah ada ank laki...sampai kekadang aku sendiri yg jeles...boley camtu??? si abah la specially...skang kan world cup...dorang dok bet negara mana yg menang...pas abes call siap dok ber SMS lg...dgn aku abah tak penah pun send msg...aiyark... itu pun nak terasa ke...poyo la eka ni
11.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
~bt masa skang tak de la lg pengaruh luar...cuma once a week mesti kene main futsal...en suami jenis org yg bersukan...nak bt camne dr sebelum kawen lg...aku takleh halang...sbb dah hobi kan...lg pun utk kesihatan diri gak...dimaafkan...
12.Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
~kegiatan persatuan + jualan langsung + politik specially aku tak minat lgsg...yg aku risau...aku sgt aktif dalam dunia cyber ni...kadang2 en suami minta teman tgk tv sebelah dia pun..." kejap yer...syg nak siapkan keje sket...sket je lg" padahal...ber 'fb'ing + berbloging...berubah la eka...sian en suami...tak de teman...yerp insyaallah 1 ari nanti aku akan stop semua ini. ;-)
13.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
~ yerp...insyaalah aku akan sentiasa amalkan yg ini...
14.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
~hehehe...kat umah pun kene tempek bedak ker...tak pandai la mekap2 nih...tlg ajarkan saya...camne aku kat luar camtu la aku kat umah kot...cumanya kat umah tak la pakai tudung n berpakaian sopan bagai...kat umah slalu pkai seluar+skirt...haisyy...bila nak blajar pakai ken batik nih
15.Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
~ aku akan sentiasa beringat utk rendahkan volume aku ketika bercakap...aku bkn jenis yg sopan santun+lemah lembut sgt. sbb kadang2 bila bercakap...tak sedar...specially kalu dia kat living room aku kat dapur...en suami kalu fokus kat tv ko rasa la...sbb tu aku ckp kuat...mau 1 bintulu dgr...kalu jawab slow2 nanti en suami tak dgr camne...kene ulang byk kali lak...he...tp aku tak penah guna bhs kasar lg...tak sampai ati aku nak guna bhs kasar dgn en suami. dosa tau...senirik tanggung lg pun parent aku tak penah ajar ckp kasar2...dan kalu dgn kwn2 pun mostly aku bhs kan diri aku dgn 'eka'...mama aku sgt marah kalu bhskan'aku', apatah lg nak keluarkan kata2 kesat nih... Cuma nada suara tu la kadang2 tak terkawal. kalu situasi yg bt aku excited ke...kuat la suara aku...neway kene improve lg part ni!!!
16.Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
~haha...jauh lagi perjalanan aku nak sampai ke tahap ini...anak pun non ada lg
17.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
~ ya...kitorang slalu berbincang...penting banget !!! sbb dua2 pihak leh tau apa masalah yg dihadapi...let say kalu stress byk keje kat skolah...en suami akan tlg aku...kitorang mengamalkan konsep give n take...
18.Fahami dan hayati sifat pasangan dan
anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
~harap2 gitulah hendaknya...skang ni tau la serba sedikit pe'e en suami...
19.Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
~ itu lah yg diharapkan aku bila tua nanti...arap en suami tak berubah sampai bila2...amin...
20.Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
~teeettt....lom ada anak
21.Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
~ ya...setiap bulan mmg ada saving utk semua ni...mmg tak leh usik
22.Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
~alhamdulilah...kalu kat umah mmg kitorang amalkan...harap2 diteruskan sampai bila2...suka saat en suami mengucup dahi selepas solat...shahdu nyer...tak sama dgn kiss gud nite atau lain2 kiss tau...lain rasanya
23.Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya
~ disebabkan ini...aku tak dapat mkn kek...sbb en suami khuatiri asal usul kedai kek tersebut...tak ada cop halal n ada dgr cite yg tak best ttg ingredient kek tu...itu sbb beday en suami tempoh ahri tak de kek...kdg2 aku suka bt en suami dlm delima, bila nafsu mkn aku memuncak maukan kek...merengek2...terpaksa la en suami pujuk nanti g secret recipe kat miri yer...adeh...secret recipe plz bt 1 branch kat bintulu ni.
doakan kebahagiaan kami