Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru

ini ayat copy paste dari fb je sebenarnya...
terima kasih kepada guru tadika, guru2 SKSKI dan SKST (1991-1996), SMK Simpang ampat (1997-1999),Smt Balik Pulau(2000-2001)... pensyarah2 di Kolej Matrikulasi P.Pinang (2002-2003)... pensyarah2 di Jabatan Fizik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)(2003-2006)... pensyarah2 di IPPPP (2008)... tanpa kalian siapalah aku ketika ini. SELAMAT HARI GURU
 betul...kalu tak kerana mereka aku tak tau apa yang jadi pada aku sekarang. mungkinkah ... tolong maksu aku jual laksa, atau keje kilang di belakang rumah, atau... pengemis jalanan... terima kasih kerana sudi mengajar aku  dari huruf A hingga Z sampailah ke perkara yg tak terjangkau dek akal aku ni. specially masa kat u dulu...prof dok citer pasal radiation la nuklear la...ahahha...
igt lagi masa awal2 form 4 dulu, otak aku ni mmg lemau betul dgn add math... tp disebabkan takut+malu kene hukum jalan itik dgn cikgu, aku terpaksa belajar betul2. hasilnya...mmg memberangsangkan... walaupun tak dapat A1... keputusan add math aku mampu membuatkan cikgu bangga. cuma satu tak dapat diselamatkan lagi, iaitu subjek lukisan kejuruteraan... cukup2 makan je... sebaik tak fail... aku mmg tak leh la bab2 imagine ni... naknya bab2 machine tuh
 tidak aku nafikan, banyak suara2 mengatakan " jika tiada guru pun, kita tetap jadi manusia jugak" ya...benar... mmg tidak dinafikan, namun harus diingat jadi manusia saja belum tentu berguna dan bermanfaat kerana ada individu yang mengaku dirinya sebagai manusia, tetapi belum tentu berakal sempurna. Itulah perlunya pembimbing dan pengajar... dan kalau kita pada hari ini, mahu berlagak sombong, di atas segala apa yang telah dimiliki, bagi aku, itu adalah perkara yang sia-sia. Jika kita bangga dengan kerjaya sekarang, tidak kisahlah sebagai apapun sama ada sebagai peguam, doktor, CEO, namun sedarkah kita, siapakah kita jika tanpa guru-guru? Seharusnya, kita sentiasa berterima kasih dan bersyukur pada Allah SWT, kerana mengurniakan kita dengan guru yang tidak pernah jemu untuk memberi tunjuk ajar



psttt : pada teman seperjuangan...dah pektis lagu "GURU MALAYSIA" ke...huh..semangat ni nak nyanyi dpn ank murid...ehehhe

11 comments:

~izan~ said... BALAS

slmt hari guru yer dik!~

Lina Rahim said... BALAS

belum praktis lagi lagu tu Eka..maybe redah je kot..

ramai orang sekarang ni pandang rendah pada cikgu sebb gaji cikgu kononnya tak sebesar mana..tapi kalau tengok, hidup cikgu lebih tersusun walaupun tak mewah, be it masa dengan keluarga, hutang piutang aset rumah & kereta, boleh hadiri majlis dan kenduri kendara, boleh pilih mknn berkhasiat, etc..

puanstoberi said... BALAS

Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji. Mendidik dan memimpin. Putra putri negara kita.

eceh!

slamat ari guru Eka :)

a.samad jaafar said... BALAS

selamat hari guru.. iskkk.. lupa plk tema hari guru tahun ni..

semoga menjadi guru yg dedikasi dan bersabar dgn cabaran dunia pendidikan masa kini..

eMMe said... BALAS

Selamat hari Guru Cikgu Eka! panjang celoteh cikgu kite sowang nih...cikgu Eka, mmg cikgu yg baik dan berdedikasi, moga sentiasa disayangi oleh semua anak murid, bukan mudah pikol profesion seorang guru kan.....byk cabarannye...harap semuanye dpt dilalui dgn hati yg tabah....

sufiza said... BALAS

selamat hari guru untuk eka dan en suami...

Nana Aris said... BALAS

selamat hari guru for eka n hubby..=)

:: Mrs.SyahNia :: said... BALAS

selmt hari guru
utk akk comel ;)

ngajo bdk takmo grang2 taw
hihihi

Fika Ashikin said... BALAS

slamat hari guru eka.. :)

Eyzamiel said... BALAS

Selamat Hari guru yer Eka..
sori lambat wish..
semalam broadband kat umah buat hal...

Eyzamiel said... BALAS

Selamat Hari guru yer Eka..
sori lambat wish..
semalam broadband kat umah buat hal...