Sunday, January 9, 2011

HONG KONG 5 : Ocean park 1

huh...dah lama tak update trip ke HK itu hari...dah sebulan berlalu...sebelum ianya pergi ditelan masa, baik aku update laju2.


........................................



perjalanan diteruskan lagi....hari ni merupakan hari yang dinanti2kan. sebab plan nak ke ocean park...wow !!! i like. bgn awal pagi tu... sbb nak packing barang. plan hari ni nak ke macau jugak. so aku siap2 la apa yg patut. walaupun org sebelah nyenyak tido dibuai mimpi nan indah... time nak kejut tido, cam nak roboh katil aku kerjakan. tak sedar2. penat gamaknya. smlm shopping kat temple street penuh tgn dia bawa barang. ye, faham...tp isterimu ini betul2 tak sabar nak explore bumi hong kong.





seperti biasa, pagi2 makan "mee magi senang di masak sedap di makan" walaupun ada kfc di kawasan berhampiran, tp aku was2... so megi is the best way to overcome dis problem. lagipun aku bawa roti gardinea juga plus tuna.sedap je.kalu dah terdesak ni. heeeee...ok berbalik kpd tmpt yg hendak dituju hari ini. kalau tak silap aku, tempat ini merupakan tarikan popular di HK selepas Disneyland. Taman tema seluas 80 hektar ini terletak di sebelah selatan Pulau Hong Kong . kitorang nak naik MTR, then berhenti kat stesen Admiralty, pastu keluar exit B utk naik bas ke Ocean Park



igt, naik bas kuning merah tu = no 629


ini tiket masuk ocean park = HKD 250 per pax


 ni pulak tiket bas HKD 10.6


tp kitorang amik pakej utk dua org include tiket masuk ocean park dan pegi-balik naik bas = HKD 525 . gud deal isn it??? ini adalah kali pertama aku naik bas di Hong Kong... betul2 terpegun bila bas menyusuri celah2 bangunan tinggi melangit...mmg tak henti2 aku dok picit punat kamera. jakun kejap. unik sgt bangunan dia. dalam 15-20 min dok ats bas sampai la


Ocean Park


environment kat sini, sgt berbeza... kalu ke disneyland, ramai sgt orang filipina... sbb filipina-hongkong hanya mengambil masa 2jam... tapi kat ocean park ni ramai tourist dari luar. tp still juga tak nampak muka melayu/islam.aku je pakai tudung di situ.hohoho


masuk je theme park, menatang 2 ekor ni dah tunggu dok welcome kitorang


spr biasa kalu masuk theme park, amik tentatif prog


kendian plan, mana nak pergi dulu. takut terlepas program2 yang best. apa yang aku perhatikan, tempat ni menitik beratkan penjagaan alam flora dan fauna...hijau aje di setiap sudut... mungkin juga nak mematuhi konsep theme park yg memelihara endangered animals seperti giant panda.

tetiba nampak hot ballon ni. agak2 aku naik tak


mula2 mmg tanak, sbb nak masuk umah panda dulu



tapi bila pk punya pk... ah sempat kot. kejap je naik belon ni


finally...im flying


err... kenapa ae aku suka sgt naik ballon.korang igt tak masa g hanimun kat pulau itu hari bukti kejadian sila tgk di side bar belah kanan aku naik ballon gak...yg ini pun naik ballon juga. cuma berlatar belkang kan bukit bukau...sana kalu agak2 belon tu nak terjunam, leh bt pendaratan kecemasan atas laut, tp kalu kat sini...alamatnya aku disambut oleh dahan pokok la...pendek kata...eka n ballon mmg tak dpt dipisahkan la...tp yang ini tak de la terbang tinggi sgt. pas naik belon, terus gegas ke rumah panda

alor lor..gemoxnya aku.nampak dagu tu dah berlapis2


ahahaha...comelnya kamu wahai en panda


give me 5


pas pose kat entrance, baru masuk kat dlm


ha...nampak tu...dia tengah tido



macam2 aksi dia


ada yg dok main


ada yang makan


ni pemalu sket...elok2 pandang dpn, skali bila tgk aku


bagi bontot pulak...haisy


cuba cari...di mana saya


ngalahkan budak2...tak sedar diri. umur tu dah lanjut usia. masih berkelakuan cam budak2. cer tengok budak tu. gamaknya dia pelik tgk aku...'errr...panda ke org ni'. ehehhe...pas masuk umah ni kitorang pergi ke tempat lain pulak...next entry please.nak try abeskan dalam bulan ni gak...



2 comments:

Lina Rahim said... BALAS

eeeee comelnya panda tu...walaupun gemok tapi comel

E K A said... BALAS

a'a comelnya...dah tu malas gile nak bejalan...berat bawa badan agaknya