Wednesday, May 18, 2011

bahaya high heel

baru2 ni aku dpt satu info berkaitan tajuk di atas.terima kasih kpd kawan aku yg sorang ni, ruby... yg baik hati sudi berkongsi info dgn kita... nak lebih detail click link ni...


"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara sekali pun"


ni dituju khas kpd para wanita di luar sana yg suka sgt pakai heel. agak2 aku tergolong tak di kalangan mereka...hm...no comment...tengok je la gambar di bawah ni






semua kasut2 aku dibahagikan kepada 2, ini adalah kasut feveret
yg tak feveret a.k.a kasut yg flat ada dalam gerobok tu
jarang pakai ... kasut2 ni baru di basuh, so aku sempat snap
sebelum di masukkan ke dalam almari
masa basuh tadi, 'butang' heel si merah tu tercabut la pulak





mostly kasut aku ketinggiannya mmg camni
kenapa pakai heel
nak nampak cantik???
oh tidak... aku sedar diri, aku mmg tak cantik
aku pakai heel

:::: kononnya nak mengaburi mata org ramai ataupun lebih tepat lagi... nak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan teman seperjuangan
:::: spy org senang nak bezakan aku dgn murid, nakya kalu ada outdoor game. cikgu2 kat skolah cakap, sekali imbas tgk dari belakang mmg sama saiz dgn bebudak







so bila aku pakai heel, kununnya aku ni tinggi la
kenyataannya adalah....oh...malas cakap
aku terjebak dalam gejala ni sejak anak dara lagi...
masa dok u rasanya...tp masa tu tak la tinggi sgt...
paling menjadi2 sejak keje la
naknya kerajaan menggalakkan warga pendidik memakai kasut yg bertumit...
antara sebab musabab yg tak boleh pakai heel adalah
  1. Jejaskan peluang untuk dapat anak -> oh...adakah ini puncanya
  2. punca rambut gugur -> memang... tp mebe rambut aku panjang
  3.  boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita -> hah...risaunya
  4. sebabkan leher, lutut, sendi , tulang belakang, bahu menjadi sakit ->lom dapat simptom ni
  5. boleh peningkan kepala dan gangguan haid -> tak juga
 



persoalannya????
itu sbb ke aku tak berbaby lagi sampai skang...
nampaknya terpaksa lah let go kasut2ni
dan disebabkan itu juga 
 aku ada alasan kukuh utk dikemukan kpd en somi
minggu depan... ya minggu dpn kan dah cuti, aku dah tak sabar nak 'beraksi'ni
mengikut kebiasaan setiap kali shopping, en somi slalu remind kan aku

syg... jgn sampai tak terkawal kat mall nanti, nanti kene tambah kargo pulak
dan aku akan bagi jawapan ni
takpe la suami, nanti isteri resize sesiap ye...wink wink





p/s :en somi...sila paham kedudukan isteri anda

9 comments:

puanstoberi said... BALAS

tehehe. kasut Eka lebih kuang je pesen cam akak gak. akak pun sker yg ada riben2 gitu. teheheh.

pakai tu buleh kut Eka, tp tak salu. Tp cam keja akak ni mmg jarang berjalan guna high heel. Duduk melepap saja kat kusi. teheheh.
Kut mcm Eka mmg kena berjalan dan berdiri kan. Jadi kena kurang kan sket la.

Mrs Azhar said... BALAS

eka, wani mmg dh lama tau keburukan heels ni. sbb tu xbyk collection. lgpun mmg xsuka sgt pakai heels sbb lenguh kaki. ada la kdg2 je time dinner, time kawen (itu wajib!), dgn time raya. tu pun pakai xlbh 3 jam.. xpelah rendah pun asal kesihatan tjaga.. =)

InaAchik said... BALAS

ina dh x larat nak pakai heels...

ina tag kammo :)
pakai kebaya... :)

eMMe said... BALAS

hurm...maybe Eka...tapi atas nasib jugak, kalo dah rezeki dia cepat dpt baby, cepat, la, lambat, lambat la...tu kesan sampingan je kan...
tapi kalau Allah kata jadi, jadila....

Nurmala Mazlan said... BALAS

Semua tu rezeki yang..
Ada ramai je yg mpakai heels lagi tinggi2 dapat je baby...Tapi kalau nak let go sumer heels tu untuk kesihatan dibenarkan..Hehehehe~

AIN NAZRI said... BALAS

betol betol.. dulu doktor ain pon selalu pesan.. toksah pakai hill.. supaya kedudukan rahim ain x berada dalam keadaan pressure.. dan bila sah ngandung.. kasut hill ku semua kena buang ke atas almari.. memang doktor tak bagi pakai hatta sekali.. ayat best doktor " if u dont love ur baby then go for it" terus ala2 tersentap.. skrg nie pakai sandal aje laaa

FizLux said... BALAS

Waah byknye ksut Eka..x elok sgt utk tulang blakang ke??.hehe.. Alaa bknnye 24 jam pun kite pkai high heel ni..(saje nak kacau eka)

E K A said... BALAS

kekda...sama la taste kita...eka ni, sampai org cop eka minah riben...mmg suka benda berunsurkan riben

wani : betul betul betul...biar la tak nampak tinggi pun asalkan kesihatan terjaga kan

ina : eka tak leh nak join contest la.sbbnya...blog eka poblem.tak dapat nk folo blog org lain


emme : ait gambar baru nampak.ehehhe
betul tu me...kalu allah kata.kun fa ya kun, maka jadilah ia


rosalinda : ha ni,,, cik misi pun cakap semua tu rezeki...tak semestinya kan...ehehhe...ada juga perasaan nak pakai tu.pang skali


ain : ok ain...mencegah kan lebih baik drp merawat ;)


mommy : tu ar pasal kan...kejap je guna 'kaki palsu' tu

su su said... BALAS

selamat shoping sandal pattern baru:p