Friday, May 6, 2011

You're the Best Mom in the World!



mwuahhhhh !!! syg mama dari jauh


tak tau camne nak cakap betapa aku syg mama aku
aku tak boleh hidup kalu sehari tak dengar suara mama
sampai la skang...tp2 ari mesti bergayut dgn mama
kalu balik kampung... mama juga yg aku cari
sampai terabai en somi
mana taknya...mama yg sememangnya jadi bantal busuk sedari kecil
terpaksa aku tinggalkan semata2 utk berbakti kpd negara
jadi, setiap kali balik kampung mmg lepas gian la
bila aku nak tido dgn mama
terpaksa la heret skali sleeping partner ku itu
bercakap tentang sleeping partner
sejak kawen ni honestly aku rasa kasih syg mama dah berbelah bahagi
ye la, tak penah ada ank bujang, suka la derang. kadang2 mmg rasa jeles
bila mama lebihkan dia
naknya bila dia demam, mmg mama care dia lebih
dia  pulak jenis ngada2 cam nak minta perhatian je
sedih taww...plus cemburu
tp apa boleh buat


dia yang aku maksudkan adalah...



si budak tecik tu

nampak tu...elok2 aku dok main dgn mama...dia nak gak dtg menempek
mana aku tak jeles kan


 :::::::::::::::::::::::::::::::::::::


 Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….



betulll......hargailah mereka sementara hayat masih ada

5 comments:

Unknown said... BALAS

salam eka, sedihnya baca entry ika.. nasib kita sama.. mak effa pun dah tade.. mungkin kita dah tak dpt bg duit dekat die.. kita doakan ibu dicucuri rahmat. amin,

Nana Aris said... BALAS

same la kite eka..memang kne call bergayut ngan mak everyday..kadang2 2 3 kali sehari..kalau tak rase tak kena je..ye saye memang manje ;p

E K A said... BALAS

effe : eka ada mama lagi...puisi td tu saja utk memperingati diri sendiri je...smoga effa tabah menghadapi ketentuaNYA.walopun tak dpt kirim wang pd dia, sedekahkan alfatihah tuk dia ye

Nana : tu la nana...eka pun cengeng gak

Unknown said... BALAS

eka. sori banyak2 .. effa ingatkan takde.. puisi eka sedih sangat. smpi nangis effa. haha. jaga mak elok2 tau ;)

E K A said... BALAS

ehehhe...takpe...ya...eka appreciate sgt mama eka...sori ye bt effa sedih ;)