Monday, February 28, 2011

bila papa rock turun bintulu


papa rock ????!!!!
sapa tu
sapa lagi kalu bukan ramli sarip
bila tgk live baru aku tau
patut la ramai yg minat dgn dia
ko bayangkan
dia nyanyi rileks je
sambil duduk pun boley
tp suara... superb meletops
so no wonder en somi sanggup bertahan walopun dalam kesejukan
time tu hujan
dan disebabkan itu juga
terpaksa tinggalkan kamera godang dia tu dlm kereta
bukti kejadian hanya dapat dirakam dengan kamera hp yg kelabu hasap

 harap korang dapat kenal pasti mana satu subject yg dimaksudkan


 kumpulan sweet charity pun ada


esok tu gi sekolah kecoh la
specially geng2 cikgu yg veteren
kan sweet charity (betul ke eja ni) tu lahir zaman derang
aku mmg tak kenal sgt
mmg satu hari suntuk tu dok cite pasal konsert ni ja
nampak sgt kitorang jarang dapat hiburan
once artis datang
jakun habis.... sian kami kan





 si merah tu pulak si stacy
kecik betul minah ni *pendek rendah cam aku gak*
si hafiz lak yg baju hitam
sempoi gila mamat ni
mesra alam dgn peminat
kesimpulannya mmg best.sharifah shahira pun ada
mmg gamat la suasana sbb dia yg jadi MC




actually dah lama entry ni dalam draft, tp pending sampai kat 2 minggu


Saturday, February 26, 2011

senyum tak nampak gigi

nak join contest ni. mudah sangat.renyih je....kata org utara (renyih=senyum ) cik penganjur mintak idea camne nak senyum tak bagi nampak gigi, tapi menawan....hm...aku ni tak menawan. tapi nak gak join contest ni...canne ???



ni la senyuman tak nampak gigi versi cik eka...macam apa jer.bwerkkk


tag 
::: yuyu
::: ain
::: cik kaki
:::: maera
::: adieyza

kepada kamu2 di atas cpt buat taw..esk due datenya


hobi baru suami isteri

jangan tak tau...
skang ni dah ada hobi baru


 alamak kantoi suar tido

hupss bukan aku
tp orang bawah ni


 en suami dan hobi barunya


kisahnya gini...masa balik umah mertua tahun lepas
my MIL bagi biji benih kacang botol
dah bape lama simpan
sampai skang tak guna
pastu jiran bawah umah kitorang sibuk berkebun 
en somi tumpang sekaki la
 maka si isteri pun wajib membanting tulang
heheheh tipu...jangan terpedaya dgn gambar di atas
eksyen je tu
aku ni tak bape bekenan sgt main2 tanah
kunun takut cacing *alasan*
masa aku naip ni pun dia dok tgh mencangkul kat bwh nun
memalam mencangkul. semangat betul....
jgn hangat2 tahi ayam dah la ye ;)
 hasilnya kita gi jual kat pasar ye kanda



Friday, February 25, 2011

~bosan~

en somi tak de di samping
dia kene gi sekolah
ada kem bestari solat utk murid islam
tak tau nak buat apa
nyapu udah, mop pun udah
basuh baju pun udah
nak kene tunggu sampai ptg karang
baru leh kelua ke bandar
nak makan apa eh rini...
cam nak choc larva jerk ;)


pst : sapa penah pergi krabi n phuket.antara 2 tempat tu mana satu besh...i need ur view about the island.mana yg best utk snorkeling.sapa ada info berguna. bagi link ae...

4tune club lagi

igt tak entry ni
aku rasa tak sedap hati ttg card yg aku sign up itu hari
pastu tadi, aku cari lagi maklumat ttg 4 tune ni
n then jumpa ini

click utk tumbesaran yg lebih hebat.pastu sini pulak


so canne ni???
rupanya ramai juga yg menjadi mangsa
ya mereka yang kuat berjalan macam aku
ramai yg suggest wat report kat tribunal
perlukah refund balik atau berdiam diri saja
kalu berdiam diri takut ramai rakyat jelata yg terkena lagi
 tolonnnnggggg
aku dalam dilema



Thursday, February 24, 2011

nak ke mana ye

tak lama lg kan dah nak cuti skolah pulak
en somi sempat merisik kat telinga ni
syg nak abg bawa gi mana pulak cuti kali ni
i like !!!!
ke mana ye nak pegi
any suggestion ?????????
dekat2 je taw


just nak rehatkan minda





pstt : niat di hati tanak pegi mana2. byk keje sbb baru pas peksa
nak kene marking paper...apa2 pun...cuti tetap cuti, sekurang2 nya keluar dari daerah bintulu ni...


kan dah cakap ;)

ha...regarding dis matter
ala hal plaster tv kat umah tu???
tup2 semalam...nak tau apa citer
tgk ni
:
:
:
:

:
:
V





semalam beriya insaf kan
see apa dah jadi
no komen ....
tewas juga dia akhirnya
bola punya pasal
neway congratz malaysia
pakistan kalah kan
heheheh



Tuesday, February 22, 2011

perang dingin

dengan orang ini


:
:
:
:
:
:
:
V
V
V
V





 kenapa??? apa dah jadi, ha...meh ni aku nak stori
kejadian ni berlaku semalam, mengamuk kat en somi
aku kat dapur panggil dia, 
nak minta tlg angkatkan periuk yg tgh menggelegak panas
berat kan... punya la byk kali panggil. leh dia wat tak dengar
bukan "buat". tak sengaja katanya. betul2 tak perasan
dia mmg gitu kalu tgk tivi...kene pekik kat corong telinga dia
baru dia sedar
sbb kusyuk gila tgk naruto, abes apa lagi aku ni
isytiharkan perang la, tak la perang sgt, merajuk sket je
pastu pagi tadi aku tgk...
tau apa dia bt kat tv dia, hm... meh aku tunjuk



 hambik ko kene label dah


dia senirik yg buat, kunun nak tunjuk rasa insaf
nak tgk sket lama mana, dia tutup tv dgn ketas tu

::::::::::::::::::::::::::::::::::

haiii...macam2...yg kelakarnya....
dia cakap dia sedih sgt dgn diri dia. macam bt salah besar
sape ada petua nak hilangkan fokus secara berlebihan
sumtime, tahap fokus yg tinggi ni mmg bagus
but sumtime ... ia dapat memudaratkan diri
contohnya... mana tau kalu aku gi pulau mana2 tetiba lemas kat tgh laut
panggil dia, dia lak dok ralit tgk pompuan seksi
ha canne tu
mau tak mengancam nyawa aku terkapai sorang2
so sapa ada petua...sila kongsi ye



aku maukan ini !!!

 canne ni...sapa leh tolong poskan. 


padahal masa CNY tu baru je travel ke miri utk dapatkan big apple... nampaknya, aku mmg tak sesuai dok sini sbb selera "besar". favourite aku sume tak de kat sini. kene minta transfer balik penang nampaknya. wat pengetahuan sume, aku mmg pelanggan tetap big apple sebelum ini...cuma masa jadi mahasiswi dulu je peminat dunkin donnut sbb kurang berkemampuan ;) tp sejak aku dah tercampak di sini. aku terpaksa korbankan keinginan aku yang satu ini.selalunya cuti panjang baru dapat makan... time tu jugak la nak memenuhi semua keinginan tekak. kadang2 bawa balik big apple sampai 2 set. hasrat di hati...nak g miri dis week, tapi en somi ada KBS (kem bestari solat) pulak... ohh suami saya bukan uztaz... harap maklum...itu adalah bidang terjunnya.disebabkan tak ckp guru agama, so derang minta tolong en suami. tak pe la... jadikannya sbg ibadat... lagi pun just ajar derang camne nak amik wudhu' dan baca2 dlm solat


actually, entry ni tercetus bila maera dok ckp pasal big apple...pastu si iena pun dok tunjuk kek2 yang lazat, lemak berkrim disukai ramai... mula la nampak choc indulgience. dah tu en somi lak, teringinkan prawn macaroni secret recipe. siap ckp kalu tak dapat pegi miri minggu ni, "abang belikan ingredient sume, syg bt ye" dalam hati .... syg bt idok la sesedap SR nya macaroni...dgn cheesenya.adeh...suami ku...

"SALAM"

aku baru je dapat info ini...memandangkan aku ni cikgu, kat sekolah budak2 kan dok bg salam memanjang... sama ada dalam kelas atau luar, tp kalu dalam kelas derang tak bg salam sbb aku ngajar science, so derang cakap "gud moning teacher" ha gitu... tp kalu luar kelas... nak nya selisih dgn derang yg tgh beratur panjang nak beli makanan kat kantin. jenuh la ko nak jawab...disebabkan itu aku kene amik tahu tentang salam ni. dan satu lagi.... igt tak satu ketika dulu, kita selalu tulis "AKUM" utk permulaan sms/chat...pastu ditegur sbb membawa makna yang tidak baik...pastu, tukar pada "SALAM" pulak...dan kini "SALAM" tu sendiri membawa makna yang tidak elok. untuk detail tgk sini


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? 
apakah maksud disebaliknya??
 Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
 Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
.

SELOK BELOK BERKAITAN SALAM


1- Jawab salam yang betul ialah ;
 “WAALAI KUMUS SALAM”dan 
 bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
 “WAALAI KUM SALAM”

2-Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
 “Kirim salam, assalamualaikum pada EKA ye”
 Dan bukannya :
 “Kirim salam kat EKA yer”

3-Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti
Ko tolong kirim salam maut kat dia yer
Statement ini walaupun dalam nada bergurau
tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa
walaupun sekadar gurauan!

4- Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan 
Assalamualaikum” dengan“A’kum” 
dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘..

5-Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, 
maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” 
yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


 :::: ANTARA PERINGATAN LAIN YG SEWAKTU DENGANNYA :::

jangan guna !!!

“Bye” = jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
 “A’kum” =  “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
 “Semekom” = “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan



ampunkan aku ya allah...hamba mu ini terlalu jahil dalam hal ni... aku selalu je dok ber"bye-bye" dgn en somi sebelum aku masuk ke kelas. dgn mama pun, sebelum letak fon mesti kitorang sebut benda tu sblm letak tepon. mmg dari kecik dah diajar gitu...even pas say gud nite kat en somi pun. sebut bye.... astaghfirullahalazim...so skang dah tau. takleh la buat gitu...nak sebut apa pulak ae...daaaaaa...ok ke?

Sunday, February 20, 2011

~study~

topik utama hari ini adalah berkaitan dgn PJJ
bukan perkahwinan jarak jauh
tetapi
pendidikan jarak jauh
camni citernya
skolah aku,
masih ada 2-3 org yg lom ada degree
so demi menyahut seruan kerajaan 
yg mahukan profesion perguruan memiliki sekurang2nya degree
derang pun terpaksa la sambung study
ramai yg dpt smbg study
happy gile derang tadi
tp di sebalik muka happy tu 
timbul rasa risau

"sapa maok jaga anak kamek tek"

sbb derang kene dok asrama selama 3 bulan
aku tak dapat bayangkan
bila mak budak dok asrama
mesti rindu bapak anak anak2 kat umah
kelakar lah
terus teringat zaman kampus dulu
pepagi beratur nak gi kuliah
dgn muka semehnya bawa baldi yg isi toiletris
pastu bila malam
nak cuci muka
ajak ramai2
sbb penakut ya amat
main kejar2 bas masa nak g kuliah
ohhh rindu nya saat itu
cooopppp lari topik sudah
kembali kpd soalan td
kekangan utama adalah, mana nak campak ank derang
ye la
husband pun keje kan
kampung pulak jauh
pastu aku cuba pk, kalu kene kat aku...canne
terus aku gedik nak amik master
cer bayangkan ae
skang kerajaan mewajibkan setiap guru ada ijazah
ada tak possiblty 1 ari nanti, maybe 20 thn akn dtg ke
paling cikai guru kene ada master
masa tu, kepala dah beruban nak sambung study
oh no !!! tak sanggup lagi aku
otak pun dah beku
cam kawan aku sorang ni
umur dia around 40++ la
dia amik major math
dia kata nak muntah ngadap statistik, calculas
serius...aku kesian
mana nak study lagi, esaimen... keje kat skolah lagi
tanggungjawab hakiki sbg ibu, isteri lagi
haiiiyaaaa...
sian o....
jadi keputusannya ??? adakah aku akan sambung study jugak
teka teka teka teka
 
 
 jom...sape nak sambung study
 
 
 
antara kekangan buat masa ini
::: tanak berjauhan dgn en somi
::: lom sampai seru sbb nak enjoy dulu
::: malas nak berhutang. balance PTPTN pun ada lagi...tu la ada duit ko gi berjoli. hahahha...
haruslah kan reward utk diri senirik wink ;)


pssttt : nak seribu daya, tanak seribu alasan
 
 
 

Saturday, February 19, 2011

 

tetiba rajin pulak nak buat GA ptg2 gini.  dapat tag dari su.............
sempat jugak jenguk blog tuan punya contest. 
 
"zefa, cantiknya aksesori yang awak jual.tergoda i...blink2 dah mata ni"
 
kalu korang nak tau apa yang si zefa ni jual sila click sini. cam tau je aku ni suka swarvoski kan...kata puan penganjur, GA ni akan valid sekiranya ada 100 contestant yang participate. jadi moh le kite memeriahkan GA ni
 
 
nak tag pada kamu semua.ya kamu yang sedang membaca entry ini :)

copp!!! semalam pukul 1pagi baru tido tgk konsert ramli sarip...nanti i tell u ae...
 
 
 

Thursday, February 17, 2011

dapat hadiah...yeay !!

festime dapat hadiah
dari teman blogger
tenkiu kekda !!!
 bukan sbb menang GA
tp sbg tanda terima kasih beliau pada aku 
sbb vote tuan punya blog dalam 1 pertandingan
ni hadiahnya





suka beb...
bangga gila
sampai en somi jeles *ya...kedatangan hadiah ini penuh dgn kontroversi*
camni citernya
kebetulan masa posmen anta tu dia ada kat office
pelik la dia, apahal bini aku dapat surat cinta lak ni
kepoh je suruh aku buka time2 tu gak
memandangkan aku ada kelas at dat time...aku bolayan je la
aku biarkan dia dgn tanda tanya sampai la balik rumah
terus suh aku buka. kelakar la en somi ni...cuak igt aku ada secret admirer gamaknya
sekali bila buka sampul tu, terus sibuk amik 'surat cinta' yg kekda anta 
ayat pertama dah membuatkan dia curiga sbb ada tulis 'eka cayunk' 
pastu kekda gunakan nama 'akak'
ha....baru la dia puas hati
haisshhh kontroversi betul la somi aku ni
tah apa2 tah... lastly dia nak cover balik kecurigaan dia tuh
dia ckp
err baiknya kawan syg ni siap bg hadiah lg...



Tuesday, February 15, 2011

sentap weh

tadi, sebelum en somi turun main bola
sempat ngadu


tuan blog : abang, bekalan ferrero rocher syg dah nak abes
en somi : o ye ke... hm...bukan susah pun kan...syg merajuk jap gi dapat la


 gambar tak de kaitan


diam terus aku. terkesima...nampak sangat asal merajuk mesti nak habuan...kuang kuang kuang...ok ye puan2, ini adalah pengajaran yang tidak baik dicontohi...actually bukan merajuk sgt pun...kadang2 merajuk gatal je lebih...nak minta perhatian...



Monday, February 14, 2011

buah zuriat

dah lama aku tak stori mori pasal 'baby'...bukan aku dah give up, tapi aku masih berharap utk dapatkan rezeki yang satu ni...aku teringin juga nak lalui kehidupan seperti ibu2 lain...dan selama setahun berkahwin, aku dah boley terima takdir ataupun ujian yang diberikanNya kepada kami...mungkin ada hikmah disebalik kejadian*ayat pujuk diri sendirik* kali ni aku nak kogsi tentang buah zuriat. dah lama aku tau kehebatan buah ni, tp dok tertunggu tunggu. sapa la nak pegi mekah, sbb setahu aku buah ni mmg tak de kat mesia.sampai la satu haritu, su bagi link utk dapatkan buah tersebut...tq su...sbb sudi berkongsi...n now nak kongsi dgn uols pulak.mana tau ada antara kamu yg senasib dgn aku. sama2 kita usahakan.okeyh


DEFINISI


* buah zuriat = buah adam hawa / buah zuriattin / buah koka.
* asal dari pokok koka yang orang guna utk wat tasbih 
*sejarah ~ Pokok koka ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu. 
*keberkesananya~menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan 
*Ia didapati di jabal uhud dan jabal rahmah dan gua Hirak


CARA PENGGUNAANNYA
banyak versi,aku sendiri pun tak tau mana 1 nak guna




CARA 1
buah ni mempunyai sabut
dan tempurung di dalamnya
Apabila tempurung dipecahkan
jumpa la isinya.. 
isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung 
dalam tempurung kedua ini barulah ada isi putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air..
rebus setiap hari sambil di tambah air.. lebih kurang setengah jam.. 
buat sehingga hilang zat buah.. mungkin rasa akan semakin tawar kot. 
Suami isteri minum sekali setiap hari dengan baca bismillahirrahmanirrahim dan ayat 38 surah Al Imran (3x)


CARA 2
buah itu dibelah 2,rebus..dah mendidih, tutup api..jgn lama2 sgt..
tiap2 hari rebus dgn air segelas sampai dah xde warna..
minum antara maghrib dan isyak (ade doc bgth apa2 ubat subur pun kena minum waktu yg sama setiap hari)..
nak minum mula dgn bismillah hirrahmanirahhim(3X)..selawat(3X)..doa nabi ibrahim(3x)..niat nak baby..
suami dan isteri kena minum sekali.. 


CARA 3
rebus selama 1/2 jam - 1 jam sehingga airnye bertukar menjadi coklat
Suami isteri minum selama 40 hari berturut 


CARA 4 (dari penduduk tempatan, orang arab)
tidak perlu membelah, just menggunakan sudu utk di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat 
sagat/kikis buah ini menjadi serbuk
di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.  


CARA 5 
Buah di belah kepada dua, 
Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. 
Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. 
Diminum suami isteri dan
baca Surah Al-Imran ayat 38 DAN  Selawat ke atas Nabi S.A.W


CARA 6
Sabutnya diparut atau ditumbuk. 
serbuk dimasukkan ke dalam minuman panas.  tapis dulu. maaf kalau salah maklumat
Atau ...... 
rebus serbuk tu dengan segelas air sehingga airnya sejat menjadi separuh gelas, 
tapi rasanya agak tak sedap la kalau guna cara ni. 


CARA 7 
pecahkan buah tu sampai dpt isinya..mesti direbus 2BIJI 





pstt : ilmu2 di atas di cedok dari en gugel, teman2 blog, wiyah, iza, su  tq pada kamu semua


 

Sunday, February 13, 2011

en tripod...

o en tripod
ke mana kamu pergi
puas mencari
setiap sudut di rumah ini
bila ye kali terakhir menggunakan khidmatnya
kalu tak silap, last pakai masa berada di tanah China




pastu tak nampak batang hidung lagi dah
apakah en tripod dah tertinggal di sana
atau tertinggal di kampung
ataupun berciciran di epot
en tripod tolong la muncul kembali
gelap lah masa depan kami
tanpa kehadiran kamu
susah lah nak posing berdua duan

Saturday, February 12, 2011

4 tune club ok ke???

urgent !!!
sapa penah masuk club ni
aku dgn en somi dah terjebak la tadi
camne ni
alkisahnya, petang2 wiken, 2 laki bini ni merayap la
skali ada booth ttg club ni
disebabkan kami 2 orang ni kaki traveling
so kitorang sign up je la utk jadi member
lagi pun byk giler benefit yg dia bg pada members
just pay 698 once a life
pakej2 yg ditawarkan pulak teramatlah murah





masalahnya
bila balik ke rumah, buka website dia
ok, lega...mmg betul2 wujud websitenya
tp bila baca kat forum/blog
byk disadvantage ttg service nya
cthnya bila derang nak arrange percutian tuk kita
derang akan ckp hotel dah full booked lah
then fon tak jawab la 
err...macam2 la
tgk sini, dan sini,
eiiii risaunya
adakah aku dgn en somi sudah tertipu
canne niiii !!!
leh cancel ke
esok last day derang wat promotion kat bintulu ni




Friday, February 11, 2011

nak duit lebih dgn heartbeat

mari,mari...
mari kita buat heart beat
actually aku tak pandai sgt benda2 ni
akunya nuffnang pun tak sampai 3 hinggit
jangan gelakkan ok
nama pun blog pinggiran
jarang la org datang melawat
apa2 pun just nak kongsi dgn korang
camne nak buat heart beat ni...



klik je yang ni, pastu register


tq jannah, sbb ajar eka wat sume ni
selain drp tu rata2 cakap
heartbeat ni dapat earn money lebih laju dari yg lain
tp so far
aku masih kosong la
sbb baru je 5 minit yg lepas register HB
nanti kita tgk hasilnya okeh
hehehe...

Thursday, February 10, 2011

macau trip

baru ku sedar, my anniversary vacation lom abes lagi rupanya... dah nak masuk 3 bulan pun berlalu. betul2 cite basi kali ni. akan ku cuba simpulkan ke semuanya dalam 1 entry. seperti yang diketahui ramai...macau digelar sebagai las vegas asia dengan kewujudan casino yang bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. macau ditadbir oleh Portugal sehingga tahun1999. Bahasa Cina dan Portugis adalah bahasa rasmi di Macau. disebabkan itu, jalan2 di macau mostly dalam bahasa portugis



Visitors -Visitantes
Visa - Vistos
Baggage claim - Recolha de Bagegam
Welcome to macau - Bem-vindoa a Macau
Exit - Saida
Bus Terminal - Bus Terminus
Bakery - Pastelaria

tp sekarang, Macau adalah satu Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China sama seperti Hong Kong, ia mendapat keuntungan dari dasar ''satu negara, dua sistem''. jadi mereka mempunyai mata wang sendiri . Macau menggunakan Pataca (MOP$).



 en suami pegang bendera macau, aku pegang bendera China


macau epot, terletak di pulau taipa...rujuk entry ini utk tgk epot macau...dari epot kene naik jambatan utk sampai ke semenanjung macau


kredit to google

ha according to dis picture, nampak tak satu tower di situ. itu adalah Macau Tower. apa je yang ada dalam tower ni... game n restoran berputar seperti di bawah ni




Pengaruh sejarah dan keunikan corak hidup masyarakat Macau yang terdiri daripada komuniti Timur dan Barat menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk mengunjungi Macau.terdapat banyak bangunan yang disuntik dengan kesenian portugis contohnya Senado Square.


 Senado Square


Dataran empat-segi Senado sebesar 3700m2 ini di susun jubin mosaic berwarna-warni dalam bentuk ombak oleh pereka yang mahir dari Portugal. banyak kedai di sini yang jual barang2 branded. harga boleh tahan. Dari jalan besar ke gereja St. Dominic, kaki lima ini bersambung hingga ke tapak runtuhan St. Paul's, menjadikan tengah-tengah bandaraya ini tempat yang mengasyikkan para pejalan kaki. rasa macam dok kat eropah bila jalan kat sino


Ruin of St Paul


unik tau bangunan ni, kalu tak silap aku ada cerita di sebalik gereja ni. ini merupakan gereja pertama dan sekolah kaum Jesuit di China. Dibangun oleh seorang Jesuit Italia, Matteo Ricci, yang dibantu tukang-tukang batu Jepun. Tahun 1835, satu kebakaran besar menghanguskan seluruh bangunan St. Paul, kecuali bahagian depannya. aku lebih suka tengok macau di waktu malam. sbb waktu malam, macau akan dilimpahi dgn cahaya lampu yang berwarna warni.cer tgk



 ini pandangan dari jauh. detail building adalah di bawah. fill in da blank. wink



















dalam banyak2 bangunan di atas, aku paling suka bangunan yg paling bawah sekali. mewah gila. everything inside there. i mean hotel + shopping dalam satu tempat.


 syiokkk...

 ni kat dalamnya...sekali lagi diingatkan, jangan tertipu dgn awan itu

 ni kat food court dia

 cam kat oversea kan...tp mmg pun...yaaapadaaa


venice style lagi...

nak gambar lagi klik sini. kalu nak tempek sume jenuh la kan.so aku men letak je la. dan yang di bawah ni sume kenangan yang sempat dirakam sepanjang perjalanan kami.layan...


salah satu taman tema di macau

kami yang kepenatan

di bawah pancutan air

sejuuuukkkkkk

sempena sambutan kismes

pokok apa tah ni.katik cam aku jerk


sekian !!!
pasni tak de lagi hutang berkaitan percutian 2010


Wednesday, February 9, 2011

alahai buah hati ku

jarang sekali aku menceritakan tentang buah hati yang satu ni.sume orang tau...buah hati pertama, haruslah en somi...dan yang kedua??? siapa??? siapa??? dan siapa???

 DIA yang dimaksudkan ialah...


kereta tecik ku ini aka cik bib



ni la harta pertama aku, hasil titik peluh kerja lama...sebelum bergelar guru... titik peluh kerjaya skang apa je??? non ada lagi ye puan2... *tak mampu.wink* lom nampak hasil lagi. masih dok nyimpan dalam bank... kenapa??? gaji skang tak cukup ke. bukan macam tu... setiap org ada plan tersendiri, cam aku...aku mmg takkan tukar kete kecik aku tu pada kete lain selagi boleh digunakan lagipun kalu rosak, kete en somi kan ada..;) ini soalan yg selalu org tuju kat aku... "bila nak tukar kete???" apa hina sgt ke kete buatan mesia ni... tah laa, aku ni bukan kedekut orangnya... tp as long as boley pakai... aku akan pakai je lagi. mmg aku sayang betul kat cik bib ni...banyak berjasa dgn aku. masa aku dok ulang alik gi maktab, ha pakai dia je la... 


tadi mama call, bagi tau buah hati aku dah mula meragam...tahun ni dah masuk tahun ke-5 dia berkhidmat. mana tak meragamnya. tapi ragam dia masih light2 la. tak la sampai memeningkan kepala tuannya. gini citernya, disebabkan tuannya di sarawak aku le tu  maka kete aku ni mmg jarang digunakan. dan smlm saje je my parent hang out dgn dia. skali ' pelepop' bunyi tayar. tgk2 pecah...humaaihh...nasib derang kat kawasan perumahan aku je...kalu tidak ... tak tau la apa jadi kat my parent.


cik bib sayang jgn meragam teruk2 ye

Tuesday, February 8, 2011

congratz my frend

dalam jarak terdekat ni ramai kawan aku yang dah berubah ke satu fasa yang lain.dalam erti kata lain dah masuk ke alam ibu ibuan...antaranya my best friend masa skolah teknik dulu...serius rasa cam tak caya... teringat lagi, masa kat hostel makan sama2, sanggup tunggu kat dewan makan tu sbb kami kelas lain2.study sama2, outing sama2, buat jahat sama2, nangis sama2, kene raging sama2...pendek kata semua lah sama2. kitorang bertiga (aku + shiha+ashu) rapat la. kami 1 dorm, tp kelas berlainan. bila berdiri, lebih kurang sama je ketinggian kami bertiga. dan alhamdulilah walaupun lepas sekolah kami terpisah dgn hala tuju masing2, i mean tempat study, masih contact sampai skang... dan paling aku suka, kawan aku yg si ashu ni baru je dapat baby girl yg sgt comel...macam babydoll...macam maknya jugak...


 Nur Irdina Qaisara

ashu, im happy for you. sangat tak sangka dah jadi mommy skang. nak sangat jumpa kamu berdua, tapi apakan daya, eka jauh di seberang laut. gambar ni je dapat mengubat rindu eka...qaisara, besar nanti jadi anak yang baik taw. nanti leh jaga mommy. *ashu jgn marah amik pic tanpa izin nih.nak gak abadikan qaisara dalam blog*



Monday, February 7, 2011

cuti sekolah = masa berjimba

ya betul...tp aku dah mula naik bosan asal bercuti je, time cuti skolah. asal cuti sekolah je, aku pun gedik nak bercuti. kata cikgu kan. haruslah seiring sejalan dgn murid2 sekolah... derang sibuk cari baju skolah aku pun join sekaki...hohoho...tp itu cuti hujung tahun je la...



muka akan happy gini setiap kali cuti...psstt bulat gila muka aku, cam bola


kalu ada yg tanya, nape tak bercuti time 'bukan cuti sekolah'. adalah dimaklumkan, bahawasanya kami sebagai guru malaysia tidak dibenarkan utk mengambil cuti sewenang2nya waktu 'bukan cuti sekolah'. walaupun kami ada CRK cuti rehat khas sebanyak 7 hari setahun, tp mesti dgn sebab yg munasabah such as kematian keluarga. so kalu air asia bt promotion time bukan cuti skolah, aku kene pejam je mata ni...walhal hati meronta2, fikiran pulak ligat nak bagi alasan itu ini pada GB. tp aku ni cakap je, tak berani buat. takut kantoi... lagi pun kesian pada cikgu2 lain yg terpaksa ganti kelas kita... so terpaksa lah tunggu musim cuti sekolah, berasak2 dgn org ramai utk berjimba... dah tu time ni juga everything akan jadi 2 kali ganda, specially flight ticket...parking... err macam2 la.tp nak buat camne, once dah menceburi bidang ni, mmg kene terima...apa2 pun aku bahagia dgn hidup aku skang. walopun aku tak mewah mana, tp aku kaya dgn kasih sayang...

ops... lari topik sudah...lain yang aku nak stori actually. actually ini adalah kesinambungan entry lepas.lama betul aku diamkan diri, sbb...banyak keje nak diuruskan demi menggalas tanggungjawab yang satu ni...semak buku budak n wat lesson plan. alhamdulilah semua dah setle. baru leh sambung berblogging. tettt..melalut lagi. okies...sambung tentang percutian...selain daripada menjadi food hunter dan menghabiskan masa di dalam hotel, sapa tau apa yang aku buat dalam tempoh percutian ?????????????? apa lagi kalu bukan



upacara menyopingkan diri *nampak beg plastik penuh kat kaki tuh*


 hah...kasi zoom sket. some of barang yang berjaya dirembat


 ini pun aku rembat. sedangkan stok di rumah masih ada


ha...ini la antara kasut2 yg hilang itu hari.masih igt kah entry ini


seb baik jumpa...aku igt dah tercicir kat mana2. siap call hotel lagi.mana tau kot2 tertinggal kat lobby ke hape ke...careless dan aku mmg tak dapat dipisahkan...ala bukan aku...en somi kot ampung abg...dia yg angkat barang...eheheh...skali ko tau kat mana kasut ni duduk.nun bawah seat driver...cisssssss...puas aku announce kat fb kot2 ada org nampak kasut2 ni.pang bagi, mana org tau.kasut tu kasut kau.......