Thursday, February 10, 2011

macau trip

baru ku sedar, my anniversary vacation lom abes lagi rupanya... dah nak masuk 3 bulan pun berlalu. betul2 cite basi kali ni. akan ku cuba simpulkan ke semuanya dalam 1 entry. seperti yang diketahui ramai...macau digelar sebagai las vegas asia dengan kewujudan casino yang bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. macau ditadbir oleh Portugal sehingga tahun1999. Bahasa Cina dan Portugis adalah bahasa rasmi di Macau. disebabkan itu, jalan2 di macau mostly dalam bahasa portugis



Visitors -Visitantes
Visa - Vistos
Baggage claim - Recolha de Bagegam
Welcome to macau - Bem-vindoa a Macau
Exit - Saida
Bus Terminal - Bus Terminus
Bakery - Pastelaria

tp sekarang, Macau adalah satu Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China sama seperti Hong Kong, ia mendapat keuntungan dari dasar ''satu negara, dua sistem''. jadi mereka mempunyai mata wang sendiri . Macau menggunakan Pataca (MOP$).



 en suami pegang bendera macau, aku pegang bendera China


macau epot, terletak di pulau taipa...rujuk entry ini utk tgk epot macau...dari epot kene naik jambatan utk sampai ke semenanjung macau


kredit to google

ha according to dis picture, nampak tak satu tower di situ. itu adalah Macau Tower. apa je yang ada dalam tower ni... game n restoran berputar seperti di bawah ni




Pengaruh sejarah dan keunikan corak hidup masyarakat Macau yang terdiri daripada komuniti Timur dan Barat menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk mengunjungi Macau.terdapat banyak bangunan yang disuntik dengan kesenian portugis contohnya Senado Square.


 Senado Square


Dataran empat-segi Senado sebesar 3700m2 ini di susun jubin mosaic berwarna-warni dalam bentuk ombak oleh pereka yang mahir dari Portugal. banyak kedai di sini yang jual barang2 branded. harga boleh tahan. Dari jalan besar ke gereja St. Dominic, kaki lima ini bersambung hingga ke tapak runtuhan St. Paul's, menjadikan tengah-tengah bandaraya ini tempat yang mengasyikkan para pejalan kaki. rasa macam dok kat eropah bila jalan kat sino


Ruin of St Paul


unik tau bangunan ni, kalu tak silap aku ada cerita di sebalik gereja ni. ini merupakan gereja pertama dan sekolah kaum Jesuit di China. Dibangun oleh seorang Jesuit Italia, Matteo Ricci, yang dibantu tukang-tukang batu Jepun. Tahun 1835, satu kebakaran besar menghanguskan seluruh bangunan St. Paul, kecuali bahagian depannya. aku lebih suka tengok macau di waktu malam. sbb waktu malam, macau akan dilimpahi dgn cahaya lampu yang berwarna warni.cer tgk



 ini pandangan dari jauh. detail building adalah di bawah. fill in da blank. wink



















dalam banyak2 bangunan di atas, aku paling suka bangunan yg paling bawah sekali. mewah gila. everything inside there. i mean hotel + shopping dalam satu tempat.


 syiokkk...

 ni kat dalamnya...sekali lagi diingatkan, jangan tertipu dgn awan itu

 ni kat food court dia

 cam kat oversea kan...tp mmg pun...yaaapadaaa


venice style lagi...

nak gambar lagi klik sini. kalu nak tempek sume jenuh la kan.so aku men letak je la. dan yang di bawah ni sume kenangan yang sempat dirakam sepanjang perjalanan kami.layan...


salah satu taman tema di macau

kami yang kepenatan

di bawah pancutan air

sejuuuukkkkkk

sempena sambutan kismes

pokok apa tah ni.katik cam aku jerk


sekian !!!
pasni tak de lagi hutang berkaitan percutian 2010


1 comments:

puanstoberi said... BALAS

Eka, gmbr yg last skali tu pokok camtu ada kat ICT shah alam. hihihi..

Eka, jum kita plan gi Korea nak?? tingin nak gi sana pas tgk awan dania