Monday, February 14, 2011

buah zuriat

dah lama aku tak stori mori pasal 'baby'...bukan aku dah give up, tapi aku masih berharap utk dapatkan rezeki yang satu ni...aku teringin juga nak lalui kehidupan seperti ibu2 lain...dan selama setahun berkahwin, aku dah boley terima takdir ataupun ujian yang diberikanNya kepada kami...mungkin ada hikmah disebalik kejadian*ayat pujuk diri sendirik* kali ni aku nak kogsi tentang buah zuriat. dah lama aku tau kehebatan buah ni, tp dok tertunggu tunggu. sapa la nak pegi mekah, sbb setahu aku buah ni mmg tak de kat mesia.sampai la satu haritu, su bagi link utk dapatkan buah tersebut...tq su...sbb sudi berkongsi...n now nak kongsi dgn uols pulak.mana tau ada antara kamu yg senasib dgn aku. sama2 kita usahakan.okeyh


DEFINISI


* buah zuriat = buah adam hawa / buah zuriattin / buah koka.
* asal dari pokok koka yang orang guna utk wat tasbih 
*sejarah ~ Pokok koka ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu. 
*keberkesananya~menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan 
*Ia didapati di jabal uhud dan jabal rahmah dan gua Hirak


CARA PENGGUNAANNYA
banyak versi,aku sendiri pun tak tau mana 1 nak guna




CARA 1
buah ni mempunyai sabut
dan tempurung di dalamnya
Apabila tempurung dipecahkan
jumpa la isinya.. 
isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung 
dalam tempurung kedua ini barulah ada isi putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air..
rebus setiap hari sambil di tambah air.. lebih kurang setengah jam.. 
buat sehingga hilang zat buah.. mungkin rasa akan semakin tawar kot. 
Suami isteri minum sekali setiap hari dengan baca bismillahirrahmanirrahim dan ayat 38 surah Al Imran (3x)


CARA 2
buah itu dibelah 2,rebus..dah mendidih, tutup api..jgn lama2 sgt..
tiap2 hari rebus dgn air segelas sampai dah xde warna..
minum antara maghrib dan isyak (ade doc bgth apa2 ubat subur pun kena minum waktu yg sama setiap hari)..
nak minum mula dgn bismillah hirrahmanirahhim(3X)..selawat(3X)..doa nabi ibrahim(3x)..niat nak baby..
suami dan isteri kena minum sekali.. 


CARA 3
rebus selama 1/2 jam - 1 jam sehingga airnye bertukar menjadi coklat
Suami isteri minum selama 40 hari berturut 


CARA 4 (dari penduduk tempatan, orang arab)
tidak perlu membelah, just menggunakan sudu utk di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat 
sagat/kikis buah ini menjadi serbuk
di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.  


CARA 5 
Buah di belah kepada dua, 
Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. 
Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. 
Diminum suami isteri dan
baca Surah Al-Imran ayat 38 DAN  Selawat ke atas Nabi S.A.W


CARA 6
Sabutnya diparut atau ditumbuk. 
serbuk dimasukkan ke dalam minuman panas.  tapis dulu. maaf kalau salah maklumat
Atau ...... 
rebus serbuk tu dengan segelas air sehingga airnya sejat menjadi separuh gelas, 
tapi rasanya agak tak sedap la kalau guna cara ni. 


CARA 7 
pecahkan buah tu sampai dpt isinya..mesti direbus 2BIJI 





pstt : ilmu2 di atas di cedok dari en gugel, teman2 blog, wiyah, iza, su  tq pada kamu semua


 

9 comments:

Fiza Zainal Abidin said... BALAS

menarik ni dear..thanks for the info. Insy'allah, selagi ada kudrat kita usaha aje kan..selebihnya biar Allah yg tentukan..Amin.

PuaN su SU said... BALAS

mari kita sama usaha ya..moga diberkati ALLAH..amin

su said... BALAS

penah gak wat entri ttg buah zuriat nih...

sama2 kita kongsikan yer..


http://suzanalelawatty.blogspot.com/2011/01/buah-zuriat.html

Zana Adieyza said... BALAS

eka, zana faham perasaan eka.. sebab zana pun tgh berusaha utk rezeki yg satu tu.. walaupun baru 7 bulan kahwin, tapi perasaan sedih sbb belum pregnant tu tetap ada..

selalu gak pujuk diri sendiri.. suami pun support n bagitau maybe masanya belum tiba.. Allah dah tentukan yang terbaik utk kita..

thanks sebab sudi kongsi info ni.. sama2 kita doa agar Allah memberikn yg terbaik utk kita..

AIN NAZRI said... BALAS

mak ain gi haji tahun 2009.. dia belikan ain buah zuriat.. ain x guna pon.. cuma simpan ajerk.. kot2 nnt memerlukan..

tapi ikut apa yg mak ain cakap.. x perlu nak kopek ke hiris ke buah tuh... ada ustaz @ pakcik kat mekah tu ajar dia.. buah nie ada 2- buah adam dan buah hawa.. rupa sama tapi kalau di goncang satu berbunyi dan satu lagi x berbunyi.. (bunyi dia mcm ada brg kat dlm buah tu jd dia belaga.. kalu buah adam - dia ada bunyi, rebus je sebiji buah tu, air tu suruh suami minum... dan buah hawa - tuk isteri sama jugak rebus je dan minum.. bacaan tu ikutlah sekadar mampu. niat yg baik2.. amalkan minum.. rasa dia kalau x salah payau2 pahit sikit..

ada sedara mara yg amalkan ada yang berjaya ada yang tak berjaya.. semuanya bergantung pada rezeki Allah nak bagi.. kena byk bersabar..

E K A said... BALAS

fiza : sharing is caring
su su : amin ... semoga deberkati allah
su : tq su atas perkongsian anda
adieyza : ye la...sama2 kita doakan semoga ada rezeki yg satu ni
ain :
o camtu ke ain...tq tauwww

eMMe said... BALAS

mcm2 versi kan? me amik cara yg mudah n mampu dikerjakan...InsyaAllah..kalo rezeki Allah swt nak bagi...terima dgn redha...same2 la doa, jgn putus asa..n jgn fikir sgt..takot wat hati sedih...hepi je! kay Eka

CikPuan Fara said... BALAS

salam.

tima kaseh share byk cara guna buah zuriat nih. saya cuma belah 2 dan rebus.. disamping tu saya sedang minum air debunga serbuk kurma.. saya dah kawen setahun 1bulan.. mula2 dulu stress dgr org tanya.. everytime cik p dtg msti nangis huhu. sekarang dah malas nak fikir2 sgt. usaha dan doa byk2..

p/s: saya follow blog awk sb byk info psl ttc. heheh

E K A said... BALAS

me : baik me...yg penting kita enjoy

fara : tu apa yg saya dapat dr gugel...mana yg tepat sy tak tau la awk...sama2 kita doakan semoga kita diberi peluang utk merasa kasih sayang seorang ibu