Thursday, December 9, 2010

fantasia bulan madu ~ part 3

salam uols...maafkan aku akan kelewatan menghapdet blog...agak lembap skang ni. harap maklum, musim cuti sekolah adalah musim utk berhoneydew...berjalan je kejenya...wat pengetahuan aku skang ni di pahang umah mertua... baru je sampai. tu pun jenuh cari time utk update blog. arini kita sambung perjalanan ke HK yang hampir 2 minggu berlalu. terhegeh2 betul aku nih



TSIM SHA TSUI - DISNEYLAND


utk ke disneyland, kene patah balik ke Central. tp tak pe just follow the signage... suka sgt, kat sini sign sgt byk. mustahil utk sesat... pendek kata mmg mesra pelancong la. lg satu yg buat aku kagum, dianya teknologi. MTR dia terletak di bawah tanah. kalu kitanya LRT kan nampak dunia luar, nampak bangunan, kereta semua..kat sana, dalam tanah. dah la dlm tanah, pastu berlapis2 pulak. sgt laju...kejap je sampai. ni aku letak sekali perjalanan nak ke disneyland utk memudahkan perjalanan korang.



 dari Tsim Sha Tsui - Central (using Tsuen Wan Line)


 Central - Sunny Bay (using Tung Chung Line)


 Sunny Bay - Disneyland Resort (using Disneyland Resort Line)



cost nak ke disneyland (dari Tsim Sha Tsui) adalah HKD18 one way selama 45 minit, tiket masuk Disneyland boley dapat kat Central dgn harga HKD 350 per person, tp kat disneyland nanti pun ada jugak kot... disneyland tak mcm genting...once u pay, u are able to enjoy all game. unlimited . MTR Disneyland resort teramat lah comel...lain drp yang lain...ni satu2nya MTR open air aku rasa... tak dok bawah tanah dah.maybe dia nak tonjolkan kecomelan train kot... cer lihat



disneyland train yg ada kepala mickey mouse


cuba tgk holder tu pun btk mickey mouse



keluar je dari MTR akan nampak ini. cop disneyland



 then naik lift


bawa bersama ticket comel tu


kendian akan nampak pintu gerbang seperti ini



dan...inilah perjalanan yg mengiringi kita sebelum masuk ke disneyland


then nampak water fountain nih



mickey mouse tu sgt comel.dok naik turun sbb kene tolak dgn air


sempat dok bergediks lagi


alas perut dulu sblm masuk


suka aku igtkan, di dalam park ni, tidak dibenarkan membawa masuk makanan ye...so, gi mana dong??? dalam nun susah nak cari makanan halal. meh sini aku nak ajar korang wat jahat sket...heheh...tapi kalu kantoi sendiri tanggung a.... korang sorok je celah mana2. cam aku... aku letak lam beg pastu balut makanan dgn mafla.atas tu letak sweater en somi.tak de nya dia nak godek sehelai2...dia pun penat agaknya tiap2 ari seluk beg...



jalan lagi, ada nampak stall sourvenir, tp sabar dlm nun byk lg


comel sgt topi dia, around 100. agak mahal. tp original la


gambar2 di atas belum lagi di dalam disneyland ye,sume kat luar


ok...sket je lagi... dah nak masuk entrance



so amacam??? best tak decoration dia...satu lagi buat aku teruja, dari luar lg dah kedengaran bunyi muzik berkumandang...pegi la mana pun, ada saja bunyi tu. non stop. dah la ala2 cartoon klasik zaman dulu2. perjalanan dari kaunter tiket ke entrance disneyland amik masa dlm 5 minit gak...yg di atas ni semua adalah perjalanan ke disneyland. segala 'isi perut disneyland' akan disambung next entry...boley tak camtu??? kejam ke aku. ahahha...




tips : jgn lupa minta tentatif prog kat caunter, spy leh atur jadual pada hari kejadian


Monday, December 6, 2010

fantasia bulan madu ~ part 2

selepas sambut anniversary, kini kita sambung lagi perjalanan ke HK. ops sebelum tu salam maal hijrah pada semua...tak sangka my 1st anniversary jatuh pada thn baru...semoga mendapat keberkatan dariNYA. hari ini nak stori perjalanan hari kedua di tanah china. dan juga, hari yang ditunggu2 oleh aku...sbb dalam jadual, hari kedua plan nak ke disneyland...sangat seronok...tah apa2 je eka ni kan...cam budak2...tp tu la kenyataannya...sgt suka pooh...part tang perut tu.baju2 aku zaman bujang dulu byk dibeli dari World of Cartoons yg ada gambar pooh. katil pun penuh dgn pooh.so aku sangat sangat berharap dapat jumpa pooh pada hari ini...kalu korang nak tau dalam kete aku pun, sampai skang penuh dgn pooh. kat stereng nya,kat seat belt, gear, handbrake...eh pendek kata setiap penjuru la.sampai sesak nafas en somi, katanya la...mentang2 la kete dia kosong je kan.


~ MACAU to HK ~


berbalik pada jadual hari ini. selepas subuh mmg tak tido dah. terus gerak ke Hong Kong...waktu subuh di sini lebih kurang time mesia je...dari hotel amik bas utk ke Macau Ferry Terminal. shuttle bus dari hotel ke terminal mmg ada.tp malas nak tunggu.so kitorang naik bas no 3 utk ke terminal.



 cantik o syiling dia...bunga2


harga tiket bas utk ke Macau Terminal adalah 3.2 MOP. diingatkan sediakan syiling secukupnya ketika naik bas. jgn jadi cam kitorang. sedekah kan 20 MOP kat tokey bas yg mmg dah kaya raya tu.aiyaa...serius terlupa, sbb dah lama tak naik bas kan :) tetiba time tu ada duit kertas 20 MOP jerk...so nak tanak masuk je la dlm tong gedabak tu.dalam beberapa minit, sampai lah ke terminal. cari kaunter untuk ke HK.actually ada 2 option utk ke HK. sama ada helicopter atau speed boat. kami memilih utk naik speed boat yg bertajuk TURBO JET




harga tambang dari Macau-HK adalah 154 dollars utk sorang. kalau tak silap aku, boat ni akan berlepas setiap 15 minit. so manage ur time properly sbb on the way nak masuk ke bilik menunggu, akan ada imigresen checking. ye...macam 2 negara yg berlainan antara Macau dan HK. keadaan dalam boat sgt selesa. seat  dia lagi sedap dari seat air asia :)





perjalanan ke HK mengambil masa lebih kurang sejam gak...agak laju bot nya. apek2 dgn mak nya dalam tu siap leh tido lg. cuma aku dgn en somi je dok sibuk snappinx



bila dah nampak bangunan tinggi pencakar langit ni aku agak tu la HK.tp mmg betul pun tekaan aku


Hong Kong...here i come...

boat akan berhenti di Sheung Wan, HK.


perasaan aku sangat excited bila dah sampai di terminal. evironment sgt berlainan...semua org jalan laju2, cam nak kejar masa je aku tgk. sampai aku terpenyek di sebalik kesesakan itu....sampai saja di sini...bermulalah kehidupan aku di Hong Kong. kitorang mula cari jalan keluar...utk check in hotel. aku dgn en somi pilih utk menaiki MTR kalu kat mesia ada LRT, murah sket ... hehehe... satu benda yg korang kene igt, kalu nak naik MTR tolong print menate ni ye...spy mudah merancang perjalanan


ini adalah MTR route map yg aku janjikan pada korang last entry



print besar2, biar kaler maler spy sng nak tgk..setiap tmpt berbeza mengikut line...line tu maksudnya camne ae...hm perjalanan lrt dia la...cthnya...kalu aku nak ke Tsim Sha Tsui iaitu lokasi hotel utk mlm tersebut, aku kene naik 2 MTR, dari Sheung Wan ke Central naik Island Line, then dari Central ke Tsim Sha Tsui naik Tsuen Wan Line. aku rasa, pada korang yg selalu naik LRT kat mesia, mmg tak de masalah. aku yg terkedek2 ni pun...pandai...ye...aku mmg tak penah naik LRT, kalu g KL umah sedara mmg pakai kete je...so buta teknologi sket budak ni...tp tak susah mana pun...agak2 cam sesat, tanya je org kat situ.ok kat HK tak de masalah communication. most of them boley faham english.walaupun sumtime derang dok err err... tp kita paham apa yg dia nak sampaikan... cost dari Sheung Wan Station-Central-Tsim Sha Tsui adalah 19 dollars seorang. tayah risau kalu takde duit kecik, mesin tu akn bg balance.tak pun tukar je duit kecik kat kaunter. sampai je Tsim Sha Tsui... cari exit C1 utk ke hotel...bertentangan dgn station akan nampak bangunan Chung King Mansion. cuma nak pesan, kat sini mmg ramai org dok promote itu ini, wat tak tau je...mula2 aku pun takut,tp ok je derang nih...


 dalam ni lah terletaknya Las Vegas Hotel<-- tempat kitorang tido


sampai je hotel, check ini, then siap2 ke DISNEYLAND...hoyeay !!! aku nak share sket ttg sbb utama aku memilih hotel kat bangunan Chung King Mansion ni
 ~sangat dekat dgn MTR station, keluar je terus tekan button traffic light utk seberang jalan
~hotel ni sangat murahan, convert pada  duit mesia dalam RM100 camtu jerk. tp bila dah murahan ko jgn la harap service cam hotel 5 stars kan <--lagi pun stay utk tido jerk, bilik mmg kecik tp berpatutan dgn harga
~dekat dgn mall. shoppinx...tepi building tu ada kedai sourvenir.murah ~ i loikee
~dekat dgn avenue of stars , 5 minit je kot jln kaki *will stori later
~ada money changer dlm buildings ni~agak2 tak ckp terus tukar duit Hong Kong, sila tukar byk2 sbb kebanyakan money changer nya service time office hour ...



Las Vegas Hotel



Fakta penting !!!
-tukar coin sesiap sebelum menaiki bas
-mata wang pataccas hanya boley digunakan di macau, tak diterima di HK.tp HK dollar leh guna kat Macau n HK
-bawa kompas !!! arah kiblat kat sini adalah 285.14
-sila bawa segala booking dokumen, spy senang utk dirujuk

Sunday, December 5, 2010

happy 1st anniversary

cuppp !!! comercial break kejap.asyik citer pasal hanimun je kan sejak 2 menjak ni...beri laluan pada tuan tanah utk cerita ttg sambutan anniversary nya...waktu aku buat entry ni, baru je balik mkn2 dgn family. anniversary yg pertama, dijalan kan secara kecil kecilan *akan dicerita diakhir entry nanti* tiada hadiah untuk kategori individu, tetapi en suami decide utk hiburkan hati dgn melancong , sbg reward pada diri masing masing.


terima kasih abang !!!


mengimbau detik 365 hari yang lepas, iaitu tanggal 6.12.2009, dua dara dan teruna 





di satukan menjadi suami isteri yang sah setelah terjerat dalam percintaan mee segera mereka




 ya cinta mee segera kerana mengambil masa yg sangat singkat utk mengakhiri hubungan mereka dgn ikatan perkahwinan. mereka kenal atas dasar kawan pada 9.1.2009 iaitu tarikh si dara di postingkan ke sarawak. dari situ si teruna mula usik si dara. byk insiden yang menggelikan hati time dia nak approach aku. nanti leh la cite kat ank cucu. bayangkan, tetiba je ada chocolate, hadiah atas meja. rasa cam ada secret admire pulak. then ada budak antar bunga kelakar ooo...oh skill murid2 dijadikan medium utk mengeratkan silaturrahim (dont try dis at home) aku tak tau dia ciplak idea dari mana. sungguh aku tak duga. kalau nak diceritakan di sini mmg byk cara2 dia memikat hati aku. dimintanya no telefon aku, secara gentleman tapi tak dapat, lastly...dia guna cara kasar dgn meminta maklumat diri aku pada kerani. malangnya ketika itu aku sudah menukar phone number. misi gagal lagi. pada masa yg sama, seluruh isi perut sekolah mmg dok kenakan aku dgn dia, tah mcm mana derang tau. si teruna yang mmg tidak kenal erti putus asa, terus berusaha keras utk dptkan phone number dgn meminta no dari kawan serumah si dara. dan dari situlah, bermulanya episod dara dan teruna... bila difikirkan balik mungkin itulah hikmahnya mereka tercampak di bumi kenyalang. walaupun pelbagai rintangan yg melanda sebelum disatukan, tetapi berkat kesabaran sang teruna, mereka diijabkabulkan dalam majlis perkahwinan yang cukup sederhana



alhamdulilah...selama setahun bergelar isteri kpd MOHD FIRDAUS aku tidak pernah menyesal dgn tindakan cinta mee segera kami. buktinya... aku bahagia dgn kehidupan sekarang !!! sangat bahagia !!! pada en suami happy anniversary. terima kasih kerana


::: menjadi suami terhebat utk sayang
::: memilih syg sbg suri hati abg cis..agak jiwang di sini
::: menjadi imam kpd sayang
::: sanggup susah dan senang bersama
::: tahan dgn kerenah sayang
::: selalu aje toleransi dgn ank manja sorang ni
::: teman syg tgk citer hantu, walaupun abg sendiri pun penakut
::: jaga syg ketika sakit demam
::: selimutkan syg setiap kali comforter dah 'pusing' ke arah lain
::: dapat menerima sayang/mama/abah seadanya
::: buat surprise party tadi


yer sgt surprise.aku mmg tak tau langsung plan hari ini.ckp nak g pisa jerk nak tgk pc fair kunun, suddenly dalam perjalanan tu, abah ckp lapar. singgah kedai ikan bakar. sekali keluar satu kotak besar dari bonet kete.apakah??? abang bersengkokol dgn abah yer???


kotak yg membuat aku teruja. BR???


siapa punya angkara ni


buka2 je ada ini.igt tak aku dok gila nak mkn cake icecream itu hari


dah setahun jadi bini abg yer...


tgk...dah melting cake nya



so yummy

mari kita suap suami kita

semakin cair.secair hatiku tatkala melihat en somi.dush dush dush


mama saya sangat comel kan !!!


the dish beside the ice cream cake


tq mama n abah...lot of love



mereka lah orang2 kesayangan dalam hidup aku
sungguh !!! aku bersyukur
berada disekeliling org yg menyayangi aku
kamu ibarat nyawa aku
waaa...terharu + sedih...


Saturday, December 4, 2010

fantasia bulan madu ~ part 1

seperti yang dijanjikan, aku akan ceritakan perjalanan ke macau dan HK satu per satu. hm...nak mula dari mana yer...ok, flight ticket aku tak berani cakap berapa. sbb ikut harga semasa...kalu tempah awal lagi murah kot.cam aku, last minute nya plan.sbb mula2 plan nak g Redang Island jerk, sekali bulan 12 ditutup demi menjaga keindahan dan keamanan coral di dasar laut, then plan nak ke singapore. sbb lom penah masuk US...masa aku g beberapa tahun yg lepas, aku hanya pegi ke sentosa island sahaja.jadi en suami ckp, "cancel la...sbb syg dah pernah pegi ke singapore..." agak frust di situ... tp en somi bagi chance pilih tmpt2 lain...aku pun request utk ke HK. motif nak ke hong kong??? nak masuk disneyland semata2. nak g USA nya tak mampu, kih kih kih... so hong kong je la tempatnya. rujuk dalam peta mesia...hong kong cam dekat je dgn macau, jadi en somi ajak singgah macau jugak. lagi pun ada kawan skolah ckp bangunan kat sana cantik2...so kitorang nak tgk la dgn mata kepala sendiri.sejauh mana kebenarannya...suka aku igtkan korang, sebelum ke sana pastikan anda


::: mempunyai pasport. haruslah kan...kata nak g oversea. utk ke sana tak perlu visa
::: tukar duit kertas dan coin kat mesia (Macau dalam MOP atau pataccas dan HK dalam HK dollars) apa yg aku perhatikan kalu tukar duit kat sana mahal sket...so tukar byk2 kat mesia
::: atur perjalanan baik2
::: cuba dapatkan macau map, kalu boley dalam bahasa Cina, sbb mostly driver taxi tak tau ABC, apatah lagi ckp english kan... so korang akan rasa cam ayam dgn itik later on
::: pastikan ada print laluan MTR di hong kong~aku akn attach kan next entry utk tatapan kamu semua
::: book hotel korang sesiap, spy tidak mengganggu perjalanan nanti
::: tgk musim apa masa korang nak pegi, summer, autumn n so on
::: bawa mineral water berkotak2 mengikut keperluan ~ alasan ??? lihat di bawah
::: stock megi, susah nak dpt kedai halal as i told u before
::: bawa plastic cup ~ toilet kat sana tak de paip/pancur, so kalu nak uk uk terpaksa guna tisu...
::: waktu solat tak sama, kat sana waktu siang tu kejap je rasa.mlm panjang.5 sengah ptg dah gelap


20 dollar???melampau ke tak korang rasa. mineral water yg kecik tu ye...




hujung tahun tgh autumn, rasa la sejuk tu walopun matahari terpacak ats kepala.  tp aku leh tahan lg :)




~~DEPARTURES~

Tanggal 27 november 2009 kami terbang ke macau menaiki air asia... itu je yg termampu :) sbb lebih murahan. oh ketika berada di awan biru, satu insiden ngeri berlaku, yang tak dapat aku lupakan...sepanjang hayat aku, dok ulang alik naik plane tak penah jadi kejadian ngeri ni. aku bukan nak takut2kan korang. tp ini yang terjadi...maybe cuaca tak elok ataupun pilot nak lari dari bertembung dgn awan jahat kot.ahaha...ada ke cam tu...ye la korang, imagine dlm dok elok2 terbang tu. tetiba, plane yg kitorang naik tu seakan menjunam ke darat...senak weh...dalam hati, eh...takkan disambar garuda kot...korang tau camne rasa??? ok...penah naik space shot kat genting??? yang dia akan biarkan korang kat ats, suddenly jatuh ke bawah dlm masa beberapa saat??? apa ko rasa??? itu hanya beberapa meter sahaja??? yg kejadian ngeri ni...tak tau la bape meter...dah la byk kali jadi gitu. gamat dibuatnya...semua org menjerit time tu, siap pegang seat depan lagi...takut sumting bad happen. tak dapat bayangkan atuk2 yang ada sakit jantung...aku mmg ngucap panjang la time tu...kalu apa2 jadi pasrah la...siap leh pikir...kalu terjunam ke laut mmg aku akn paut lengan en somi sbb aku tak reti berenang. tp kalu tersangkut lam hutan??? aku nak paut kat ne???batang kayu???oh tidak... disebabkan kejadian itu jugak, ramai yang muntah2+pening2... minta panadol... termasuk la en somi... tp aku rasa pilot tu tak sengaja... maybe ada kesilapan technical kot...ok boley dimaafkan...



~ ARRIVAL ~


perjalanan ke macau hanya mengambil masa 3 jam 55 minit ... 


 macau airport dari udara


 Aeroporto Internacional De Macau


hambik ko ...ala2 portugal dah keluar...tp mmg pun bila dikaji balik sejarah macau, derang ni pernah dijajah oleh portugis satu masa dulu. sampai skang byk tulisan, nama jalan dan bangunan2 berunsurkan portugal.buktinya...



maklumat penting, kalu nak ke toilet tu, pastikan dia ada tulis
Lavabos = tandas
Homens = lelaki
Senhoras = perempuan
kenal pasti jantina...kang ko masuk toilet lelaki, ada yang menjerit kot...



jejak je kaki ke tanah macau...terasa sejuk + nyaman...best !!!


pas setle urusan imigrisen, terus menuju keluar.tak sabar nak masuk hotel.sian en somi. tak sihat since dlm plane disebabkan kejadian ngeri tadi tu la.seb baik la si isteri ni kuat kan.jadi aku la yg jd header jap time tu... secara tak langsung jadi ketua rombongan cik kiah... dari airport ke hotel aku amik teksi...ni satu lagi masalah...


1-bila aku ckp, dia tak faham. padahal speaking london sket punyer la :) tetap tak faham, aku bagi pulak kertas yg aku book hotel. kan ada tulis nama hotel tu kan.still tak paham gak apek tu.adeh...gi mana ni...tak bergerak la ku kat situ...lastly dia bagi buku dia.dia suh tunjuk locatioan nya kat ne.buku dia mmg complete. dah ada translation english --> Cina/portugal...so dia faham...

2- bila dah tau locationnya...dia pun bawa la kitorang ke destinasi yg hendak dituju...start je enjin...dia terus pecut...bawa ngalahkan mat rempit...laju giler...en somi yg tgh weng weng bertambah la bengang. ada jugak yg kene siram dgn muntah dia nanti ni...apa yg nak dikejarnya tah la... satu benda yg aku nak share dgn korang, info ni aku dpt dari macau residents gak. let say si A bawa kete laju, sehingga nyebabkan accident, lalu terlanggar si B. B lumpuh atau sakit. so A kene jaga B dari segi mkn pakai sampai dia mati. itu sbb kalu accident, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... ahahha..kejam tak??? dah langgar sikit2, biar sampai mati supaya tak perlu menanggung kos hidup si mangsa...aci tak mcm tu???


hotel kitorang terletak di bahagian macau peninsular. dari macau airport ke hotel kitorang amik masa lebih kurang 30 min je dgn bayaran 75 MOP... untuk hotel aku suggest


 The Sands Hotel...


sbb ada free shuttle bus, plus kedudukan yg strategik. indah sgt panorama di sini.specially waktu malam...dah tu dekat dgn macau fishermans wharf. boley check rate hotel di sini...suka diingatkan, kebanyakan hotel di sini mmg ada casino ye...so terpaksa la...janji jgn kita gegatal tangan nak main dah...potong tgn tu nanti...sampai je hotel...tak ke mana pun..actually, mmg ada agenda menarik utk mlm tu. plan nak ke Nam Van Lake Cybernatic Fountain Laser. tp tak dapat pegi  demi menjaga kesihatan kekasih hati yg kurang memberangsangkan, rehat je la dalam bilik...semoga esoknya sembuh... :)



Friday, December 3, 2010

are u ready???

aku dan en suami dah selamat sampai di penang skang...alhamdulilah, segala perancangan berjalan lancar...rasanya dah ramai yang tau ke mana kami pergi selama ni. kami pergi ke


MACAU 
HONG KONG


balas dendam secara pukal... tamak kah !!! oh tidak... dah alang2 kan. hong kong kan berjiran dgn macau. kamu fikir, 2 tempat dlm satu masa,  sempat ke nak cover semua tempat...oh tidak. walau apa pun...sangat seronok sebab berdua2an dgn en somi. kata hanimun...





atas permintaan rakan2 yg disayangi aku akan ceritakan detail dari segi transportation dan cost sepanjang berada di sana. lagi pun info ni boley dijadikan rujukan pada pelancong yg nak ke sana...aku bukan nak menunjuk2...cuma nak share, sbb perjalanan aku ke sana smooth disebabkan aku refer pada blog dan forum2 yang berkaitan...bagi aku, medium2 seperti ini sgt penting bg memastikan kelancaran ketika melancong ke negara asing...


jadi bersediakah kamu untuk mendengar celoteh aku tentang fantasia bulan madu kami. mungkin ada yg bosan nanti buka2 je. stori pasal hanimun jerk. mintak maaf yer... sesungguhnya aku just nak share sepanjang perjalanan aku ke sana bersama kamu dan juga en blog.



Wednesday, December 1, 2010

welcome back !!!

salam uols...sihat semua??? dah berapa hari meninggalkan en blog. rindu nya. perasaan ketika ini..sangat penat, baru sampai malaysia tanah tumpah darahku...rasanya lom recover lagi kepenatan yg melanda diri ini...nak  tau stori ttg hanimun, hm... nanti2 la ye. kasi chance aku sambung hanimun kat kl pulak. actually shopping je kot...shop till drop... ramai betul yg main teka2 lokasi hanimun aku kali ni. ada yg cakap g siam, bali, indon... cuma maera nya tekaan je betul.tu pun sbb maera tgk duit pada entry lepas kan.betul tak maera patutnya aku buat pertandingan kan.sapa betul dapat hadiah dari sana.k la tanak biarkan korang tertanya2 ke mana fantasia bulan madu aku...actually, aku pergi ke sini
















ok yer...jumpa next entry...nak keluar jenjalan nih...daaa...
take care uols