Monday, December 6, 2010

fantasia bulan madu ~ part 2

selepas sambut anniversary, kini kita sambung lagi perjalanan ke HK. ops sebelum tu salam maal hijrah pada semua...tak sangka my 1st anniversary jatuh pada thn baru...semoga mendapat keberkatan dariNYA. hari ini nak stori perjalanan hari kedua di tanah china. dan juga, hari yang ditunggu2 oleh aku...sbb dalam jadual, hari kedua plan nak ke disneyland...sangat seronok...tah apa2 je eka ni kan...cam budak2...tp tu la kenyataannya...sgt suka pooh...part tang perut tu.baju2 aku zaman bujang dulu byk dibeli dari World of Cartoons yg ada gambar pooh. katil pun penuh dgn pooh.so aku sangat sangat berharap dapat jumpa pooh pada hari ini...kalu korang nak tau dalam kete aku pun, sampai skang penuh dgn pooh. kat stereng nya,kat seat belt, gear, handbrake...eh pendek kata setiap penjuru la.sampai sesak nafas en somi, katanya la...mentang2 la kete dia kosong je kan.


~ MACAU to HK ~


berbalik pada jadual hari ini. selepas subuh mmg tak tido dah. terus gerak ke Hong Kong...waktu subuh di sini lebih kurang time mesia je...dari hotel amik bas utk ke Macau Ferry Terminal. shuttle bus dari hotel ke terminal mmg ada.tp malas nak tunggu.so kitorang naik bas no 3 utk ke terminal.



 cantik o syiling dia...bunga2


harga tiket bas utk ke Macau Terminal adalah 3.2 MOP. diingatkan sediakan syiling secukupnya ketika naik bas. jgn jadi cam kitorang. sedekah kan 20 MOP kat tokey bas yg mmg dah kaya raya tu.aiyaa...serius terlupa, sbb dah lama tak naik bas kan :) tetiba time tu ada duit kertas 20 MOP jerk...so nak tanak masuk je la dlm tong gedabak tu.dalam beberapa minit, sampai lah ke terminal. cari kaunter untuk ke HK.actually ada 2 option utk ke HK. sama ada helicopter atau speed boat. kami memilih utk naik speed boat yg bertajuk TURBO JET




harga tambang dari Macau-HK adalah 154 dollars utk sorang. kalau tak silap aku, boat ni akan berlepas setiap 15 minit. so manage ur time properly sbb on the way nak masuk ke bilik menunggu, akan ada imigresen checking. ye...macam 2 negara yg berlainan antara Macau dan HK. keadaan dalam boat sgt selesa. seat  dia lagi sedap dari seat air asia :)





perjalanan ke HK mengambil masa lebih kurang sejam gak...agak laju bot nya. apek2 dgn mak nya dalam tu siap leh tido lg. cuma aku dgn en somi je dok sibuk snappinx



bila dah nampak bangunan tinggi pencakar langit ni aku agak tu la HK.tp mmg betul pun tekaan aku


Hong Kong...here i come...

boat akan berhenti di Sheung Wan, HK.


perasaan aku sangat excited bila dah sampai di terminal. evironment sgt berlainan...semua org jalan laju2, cam nak kejar masa je aku tgk. sampai aku terpenyek di sebalik kesesakan itu....sampai saja di sini...bermulalah kehidupan aku di Hong Kong. kitorang mula cari jalan keluar...utk check in hotel. aku dgn en somi pilih utk menaiki MTR kalu kat mesia ada LRT, murah sket ... hehehe... satu benda yg korang kene igt, kalu nak naik MTR tolong print menate ni ye...spy mudah merancang perjalanan


ini adalah MTR route map yg aku janjikan pada korang last entry



print besar2, biar kaler maler spy sng nak tgk..setiap tmpt berbeza mengikut line...line tu maksudnya camne ae...hm perjalanan lrt dia la...cthnya...kalu aku nak ke Tsim Sha Tsui iaitu lokasi hotel utk mlm tersebut, aku kene naik 2 MTR, dari Sheung Wan ke Central naik Island Line, then dari Central ke Tsim Sha Tsui naik Tsuen Wan Line. aku rasa, pada korang yg selalu naik LRT kat mesia, mmg tak de masalah. aku yg terkedek2 ni pun...pandai...ye...aku mmg tak penah naik LRT, kalu g KL umah sedara mmg pakai kete je...so buta teknologi sket budak ni...tp tak susah mana pun...agak2 cam sesat, tanya je org kat situ.ok kat HK tak de masalah communication. most of them boley faham english.walaupun sumtime derang dok err err... tp kita paham apa yg dia nak sampaikan... cost dari Sheung Wan Station-Central-Tsim Sha Tsui adalah 19 dollars seorang. tayah risau kalu takde duit kecik, mesin tu akn bg balance.tak pun tukar je duit kecik kat kaunter. sampai je Tsim Sha Tsui... cari exit C1 utk ke hotel...bertentangan dgn station akan nampak bangunan Chung King Mansion. cuma nak pesan, kat sini mmg ramai org dok promote itu ini, wat tak tau je...mula2 aku pun takut,tp ok je derang nih...


 dalam ni lah terletaknya Las Vegas Hotel<-- tempat kitorang tido


sampai je hotel, check ini, then siap2 ke DISNEYLAND...hoyeay !!! aku nak share sket ttg sbb utama aku memilih hotel kat bangunan Chung King Mansion ni
 ~sangat dekat dgn MTR station, keluar je terus tekan button traffic light utk seberang jalan
~hotel ni sangat murahan, convert pada  duit mesia dalam RM100 camtu jerk. tp bila dah murahan ko jgn la harap service cam hotel 5 stars kan <--lagi pun stay utk tido jerk, bilik mmg kecik tp berpatutan dgn harga
~dekat dgn mall. shoppinx...tepi building tu ada kedai sourvenir.murah ~ i loikee
~dekat dgn avenue of stars , 5 minit je kot jln kaki *will stori later
~ada money changer dlm buildings ni~agak2 tak ckp terus tukar duit Hong Kong, sila tukar byk2 sbb kebanyakan money changer nya service time office hour ...



Las Vegas Hotel



Fakta penting !!!
-tukar coin sesiap sebelum menaiki bas
-mata wang pataccas hanya boley digunakan di macau, tak diterima di HK.tp HK dollar leh guna kat Macau n HK
-bawa kompas !!! arah kiblat kat sini adalah 285.14
-sila bawa segala booking dokumen, spy senang utk dirujuk

8 comments:

eMMe said... BALAS

wei Eka, sunuk ko dah sampai macau n HK, aku taktau la bile lagi....best nye destinasi honeymoon ko kali ni....

anita_hanapiah said... BALAS

byk dh info yg dpt ni...eka nk tny p sendiri kan berapa kos suma

E K A said... BALAS

emme pun boley pegi la.kos dia tak la tinggi sgt.cyaiyok2

E K A said... BALAS

eka p sendiri nita...sb anak terikat dgn agency travel.kitorang spend kat 5k termasuk shopping+penginapan.tp flight ticket kira asing la

puanstoberi said... BALAS

huhukk...5k...tp tu utk 2 org or per pax tu?? tabik la utk korang dua yg bley jalan2 luar negara tnpa travel agent.

E K A said... BALAS

5k utk 2 org kekda...kalu 5k per pax eka tak mampu...tp kalu just nak jalan2 tak shopping tak sampai gitu...hm...alhamdulilah.tak de sesat2...cuma kat macau la sbb masalah communication.derang tak tau english.

harzharun said... BALAS

aku br nak tny, duit macau dgn duit HK sm ke, ko dah jawab kat bawah sekali tu..hehe..

weh...aku lm x buka blog tau...mmgr part 2 la kisah hanimun ko ni..sbb part 1 dah bc n komen...mcm tgk drama bsiri lak aku ni...ok, next part!

E K A said... BALAS

hehehe...over kan...cam nak bt drama