Ladies Market sangat sinonim dgn kaum hawa... ia merupakan salah satu pasar terbuka yang paling popular di Hong Kong. bagi aku, kalu gi hong kong destinasi ini mesti masuk dalam senarai 'must go' bukan 'whether/or'. wajib dikunjungi bagi penggemar fesyen untuk tawar menawar membeli kain, beg, aksesori, barang permainan, kosemtik dan barangan hiasan rumah. dibuka mulai tengahari hingga jam 11:30malam. tips : Ladies Market terletak di Mong Kok. dari Tsim Sha Tsui ke Mongkok amik Tsuen Wan Line. harga HKD 5. bila dah sampai kat Mong Kok amik exit D3 dan akan nampak ini
wow Virginia Hotel...apakah hanya anak dara sahaja dibenarkan check in di situ. mak dara ?? uh...strictly not allowed hehhee...jalan terus lagi baru nampak ladies market...
selepas pusing satu round...apa lagi...borong lah...1 tips aku nak bg kat korang, berdasarkan pengamatan aku, kalu kita tanya harga, dia seboleh2nya akan paksa kita amik barang dia juga...siap kejar lagi... kalu kita beralih ke kedai lain. time tu la korang boley tunjukkan bargain skill korang.sbb derang ni bersaing sesama derang...
baju bt sanak sedara di kampung
tengok la keadaan aku yang amat mendukacitakan...sampai terduduk...terjeropok kat situ. ada satu pic tu sampai bersila terus...aku ni mmg gini kalu bab menyoping mmg tak perasan kamera lagi dah. hihiihih... en somi tukang amik baju. aku lak dok arah en somi amik baju itu ini, sambil dok kira jumlah baju...baju ni sepasang HKD 20. murahan kan, sbb ada cop hong kong...
keychain cum nail clipper
tapi awas !!! jgn terkena macam aku...aku dah tersilap buat pilihan...terpedaya actually. aku survey keychain dwifunction ni. setiap stall letak harga HKD 180 utk 1 set, ada 6 ketul...lepas tawar menawar dia bagi HKD100 camtu. tp satu kedai ni je dia bg HKD 90..of course la aku akan rembat yg the cheapest one kan...dah la sebanyak mungkin aku borong. hati girang la balik hotel sbb igt dapat harga murah dah. sekali ko tau apa jadi esknya, aku baru perasan ada stall kat sebelah hotel kitorang, aku pun masuk la, kot2 ada yg bekenan di hati. sekali nampak keychain sebiji cam aku beli..sengaja la aku tgk harganya. tau tak bape. HKD 30 utk 6 ketul. see ??? sakit hati gilak... kecewa... 3 kali ganda aku kene kencing dhn itu maknya. hampes...bayangkan berapa hinggit aku spend utk beli benda alah tu semalam, dan berapa byk aku dpt dgn harga HKD 30 ni...tp tu la...adat kalu dah jadi tourist ni kan...
sejuuuuuukkk
tempat ni ala2 petaling street jugak la, sangat happening. org pun ramai. cer tgk gambar kat ats.yg aku peliknya...*yang ini adalah fakta ye* mostly org pakai baju sejuk. yang si biru blkg en somi tu pun dah kesejukan tu yg dok peluk tubuh jerk. aku tak de pun bersweter bagai. relaks je...kagum tak dgn aku. cepat kagum... apakah ini bukti yang menunjukkan kumpulan lemak di dalam badan aku semakin meningkat...tetttt...
ANNA SUI
oh !!! itu adalah salah satu hasil dapatan sebentar tadi. jarang aku beli beg gitu. tetiba nampak cam comel je, mematuhi tema baju aku lak tu...so terus rembat. bila bershopping ni, rasa cam kejap je masa berlalu. sedar tak sedar, dah nak dekat kul 12. kedai pun dah nak tutup en suami pun penat sangat sian dia.bawa banyak barang. manakala si isteri bawa 1 beg plastik je...abes...kita nak angkat dia tak kasi kan....
tengok la muka kepenatan si suami
dan muka hepi si isteri
setuju tak kalu aku nyatakan shopping adalah terapi yang baik utk aku !!! muka berseri2 cam kene SPA kalu dpt shopping kan...tanpa memikirkan wallet en somi makin menipis. tak pe abg, syg janji...kalu wallet abg makin nipis kita pakai akaun ke dua pulak ye...dush !!! dush !!!
......................fakta...................
kat sini susah nak jumpa bas setingkat
7E pun ada. errr...manning tu maksudnya guardian la kan :)
hiii yappada...nama kedai camni pun ada ka...
uniform pak polisi di HK
menu kfc di sini tak sama cam kat mesia*tak masuk pong*
1 comments:
lucu tang Babila dan Virginia hotel tu.. :-D :-D :-D :-D :-D
Post a Comment