Wednesday, December 22, 2010

HONG KONG 1 : Avenue of stars

selepas puas berbulan madu di disneyland...hari isnin nya aku dan en suami berjalan2 di Tsim Sha Tsui. since kitorang akan nginap area situ gak pada malamnya. Tarikan utama Tsim Sha Tsui adalah Avenue of Stars n Symphony of Light...aku rasa la...tapi symphony of light tu berlangsung pada waktu malam, jadi siangnya jenjalan sekitar sini je. on the way nak ke Avenue of Stars, banyak gak tempat menarik untuk mengabdikan kenangan di masa tua...mula2 dok berposing kat CLOCK TOWER



tower yg menjadi mercu tanda pada Tsim Sha Tsui


clock tower ni merupakan sebahagian daripada bekas stesen Keretapi Kanton-Kowloon (KCR). Dibina pada 1915. menara granit dan bata merah itu menjadi peringatan kepada zaman penjajahan. tapi skang ni, stesen tersebut dah diganti dgn HONG KONG CULTURAL CENTRE






bumbungnya berlengkung dan bercirikan masa depan. sekaligus mewujudkan latar belakang yang luar biasa bagi clock tower tersebut. Selain itu, kalu dok sini kita akan dapat lihat HONG KONG ISLAND

 
 seberang laut tu lah hong kong island


tp mintak maaf, keaadaan agak berkabus, tak bape clear jadinya


landscape di tempat tersebut pun cantik.dihias rapi


 pasje jalan2 kat sini, kitorang dok snapinx kat kawasan berdekatan pulak


nampak pulak SOGO. igt aku leh tgk saje??? haruslah jelajah masuk


pastu g HONG KONG SPACE MUSEUM


then sambung balik snappinx


aku rasa cam unik sgt tgk cermin kaca tercacak2 ni


sempat men nyorok lagi2 dgn en somi.mentang2 la kecik kan... err kecik...sesuai lagi ke istilah kecik itu, merujuk pada diri aku...macam tak relevan je kan...aku dah gemok la...sedih :( ok takmo emo...nak sambung perjalanan ke Avenue of stars




nak mudah, masuk balik stesen tsim sha tsui n cari exit J. jalan sikit baru jumpa AVENUE OF STARS.
 apa yang ada dgn tempat ni...kata orang, tempat ni merupakan laluan para bintang dan juga tempat penghargaan kepada artis berbakat besar dalam industri perfileman Hong Kong


 kat sana ada bekas tapak tangan selebriti filem*Jackie Chan dan ramai lg*


 bruce lee statue

ukiran batu tanda, kiosk barangan



ok dah dulu utk ini. selebihnya akan aku tunjuk next entry. sbb malam nya ada symphony of light...more pic tonight...n more exciting pic want to show. promise !!!


tips : untuk ke Tsim Sha Tsui bole menaiki MTR, kene amik Tsuen Wan Line, sampai je stesen dia terus amik exit L4 utk menuju ke clock tower. cari sampai jumpa !!!


8 comments:

Lina Rahim said... BALAS

Waaa..Santeknya Hong Kong..excited pulak tengok Bruce Lee statue tu..teringat filem2 dia..

Eka, mekasih ye tips g KK..tengok lah mana yang sempat terjah, ke situ je la..

akan ku tunggu ahad pagi utk gaya street market...hehhe..

E K A said... BALAS

a'a...jackie chan pun eka jumpa...tp patung lilin je la...g hanimun elk2.have a nice day

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said... BALAS

bestnye gi hongkong.. =)

Hasnah said... BALAS

sementara waktu nie asna kena stop readg blog eka kejap tau sbb asna takut bby nak sgt g hongkong lepas baca blog eka nie hehe

E K A said... BALAS

maera...leh ajak p hanimun pasni

asna : ala...camtu pulak...bawa je la baby g hong kong.masuk disneyland.sangat la best

YuNyLoveSYou said... BALAS

bestnya eka!!!! ni mesti hubby n eka suka berjalan ni kan??? kalau sorang ja suka jalan, tak jadi percutian yang best2 gini~ hehehee

E K A said... BALAS

a'a...kaki bejalan...tp yang paling obvious eka la...ahahah

mama affan said... BALAS

waa..bestnya g cuti2..ryna nih dah x larat..huhu..padahal belum sarat lagi..hik2..

mesti borong buah tangan 2 eh..:)