Sunday, November 14, 2010

chocolate melt tak de pulak

entry kali ni adalah tersekat2...intronya aku taip pada hari ahad lepas. dan ending nya baru taip hari ni...minggu ni merupakan minggu terakhir aku berada di bintulu. next week aku berwiken di penang. yeeehaa...disebabkan itu...si isteri meminta si suami menunaikan hajatnya utk mkn choco melt. masih kah kamu igt...rujuk entry ni...choc melt tu buat aku gila bayang sampai skang...jadi...apa tunggu lagi. en somi suh bungkus pakaian check in hotel. walhal boley je, g makan kat restoren hotel je...sampai je hotel terus g restoren dia.cakap dgn en somi...dah janji nak mkn choc melt je.tanak mknan berat.tanak chicken chop...tapi kamu tau apa jadi...hm kejap lago aku story pada kamu


......................................


hahha..dugaan apakah yg melanda...apa yang dihajati tak de..last week derang sibuk dok promosi makanan mexican. no more choc melt. choc melt will be there around 20 nov. mean aku dah kat png masa tu...insyaallah... sob sob ... kempunan.


di sebalik orange

disebabkan choc melt larva takde, semangat nak mkn dah hilang. ye la pegi restoran ni, nak mkn dia semata mata. so aku pun main tunjuk2 je kat buku menu. hasil dapatannya adalah


ini sebagai pembuka selera


tajuknya adalah = chorur...aku bg 3 bintang je.tak sedap sgt. walaupun dia salut choc . choc melt larva lebih buat aku cair.sinonim dgn namanya




 at the middle

ni pulak makanan yg tak dirancang... janji nak mkn desert je...sebab perut dah kenyang kan...masa meeting tadi derang dah jamu mkn actually. tp, semua tu janji palsu belaka.sampai sana, itu nak, ini nak....walaupun  berada dalam kekenyangan...tapi hasilnya amat mengagumkan.




 licin !!! sapu bersih oleh eka


dalam perut dah penuh tu...ada bela hantu raya pe....kuat betul aku makan...utk chicken chop ni aku bg 5 bintang la. mmg sedap...pas makan ni harus la ada sweet ending nya...

choc mousse


yang ini sedap. rasa cam puding cake gitu.ala cam mousee la sebenarnya. tp masih tak dapat kalahkan choc melt larva. so bg 4.5 bintang je...hehehe

kusyuk je makan


 
sekian saja laporan untuk hujung minggu

......................................


p/s : mintak maaf gambar retak 1000. hanya menggunakan hp cabuk aku.
dslr tetinggal di rumah, my blackberry pulak betri weak.
*jangan ada yg salah paham, entry ni hanyalah untuk rujukan tuan punya blog. supaya beliau igt menu2 yg beliau suka makan. so bila g tempat yg sama utk kali kedua, tak la tercari2 menu yg best. tak de niat nak menunjuk2 taw



apakah !!!

nak marah.tapi tak tau pada sapa...bukan salah GB. GB hanya menurut perintah. GB dah announce cuti bermula pada 17 nov sampai tahun depan...perlukah aku marah. disebabkan berita tergempar ni aku terpaksa melangut kat umah di  pagi raya sampai hari jumaat. kalu la awal2 di beri tahu boley balik beraya dgn my parents.mesti derang sedih tak de aku. 1st time tau beraya tanpa ank kesayangan derang ni...mulanya mmg nak ubah date utk flight...tp dah sold out ye kawan2. dah tgk dah...sbb raya haji kan...takpe la mmg tak de rezeki nak raya dgn ma parents. lagi pun awal2 lagi dah pasang niat mmg tak dpt raya dgn derang. so terima seadanya...


cuma aku harap sgt pihak KPM kalu nak bt apa2 keputusan fikirkanlah kami di seberang laut ni...kali kedua dah jadi mcm ni...kalu nak bg cuti awal, ckp..supaya kami book flight ticket tepat pada masanya...bila jadi mcm ni terpaksa abeskan duit beli tiket baru.ni pun seb baik dah sold out. kalu tak terbang jugak aku esok ari pas sekolah.



~no pic for dis entry.sedih mode~


dinner sekolah

berjumpa lagi kita di hari ini.setelah beberapa hari meninggalkan kamu.byk sgt nak stori tp teramatlah sibuk.utk tidak menghampakan en blog, aku akan sajikan kamu dgn cerita berkaitan dgn kegembiraan pada entry sebelum ni... itu pun sbb dah berjanji kan...cerita2 lain yang berlaku pada minggu lepas saya akn update jugak.insyaallah.tak janji...tapi sayang gak. nak jugak berkongsi kegembiraan dgn en blog tentang murid2 yg dpt 5A baru2 ni, laporan hujung minggu bersama suami tersayang dan byk lagi...tp tengok la...kalu diizinkan tuhan

.......................................

hokey nak tau apa sebab yang membuatkan aku gembira sangat.pertama sekali....



nampak tak....apa yang aku pegang tu...jap gi aku jelaskan



camni...citernya...ari khamis lepas, sekolah aku bt dinner. dinner mengejut. igt kan tak de dinner dah thn ni.sbb masing2 sibuk (disebabkan suddenly dapat cuti awal dari raya haji sampai cuti sekolah,will story later) at last ada gak.mula2 aku dgn en somi tanak pegi. sbb memikirkan keje yg terlalu byk.tp cam sian pulak pada pihak penganjur. jadi kitorang pun pegi la.dalam hati, kejap je kan, makan-makan....boely pecaya ke (^__*) kalu dah dinner kan harus lah ada macam2 susah nak keluar majlis awal... dah la kitorang masuk dalam ballroom lambat giler.masuk2 je semua mata tertumpu pada kitorang...ada suara nakal dok phewiiiittt lagi.perli la tu



ni salah satu gambar berdua dgn en suami...


en somi jadi cameraman masa majlis tu.so gambar tuan punya badan tak byk sgt la....dia dok snap gambar orang ke isterinya...gambar makanan



ni antara makanan yang di hidangkan


ini...


juga  ini...dan banyak lagi

mmg kenyang la perut...


selain drp makan, berposing je la aku. skarang ni nak tempek gambar tuan tanah jap, boley tak.jangan bosan tau



 
 
 

ok cukup cukup...ada yang muntah hijau nanti...(^___*) kalau dah dinner gini..tak sah kalau tak de lucky draw kan...banyak sgt hamper. satu demi satu no disebut, tapi no kitorang tak jugak muncul...bengang je aku...sampai siap warning en somi, kalu mlm ni tak dapat hadiah...abg tido luar ae...motif??? sbb tgn dia yang amik nombor2 tu.


berkat doa aku, no en somi di sebut


yeay dapat hadiah
 
 
  aku bersama hadiah en somi, buat cam hak milik persendirian


dan, ini juga sebab kedua aku happy...


sekali lagi, sebelum kitorang keluar majlis, nombor terakhir dicabut. nombor aku pulak di announce kali ni. wat lucky day. sungguh tak sangka...dua org sekali dapat.itu lah yang dinamakan rezeki. yang kelakarnya, masa no tu disebut, kitorang dok tgh posing. boley en suami berebut kertas dgn aku...dia yang nak g amik hadiah tu....igt aku nak bagi??? takde nya...aku muncung sket mulut ni.laju je dia bagi kertas kat aku balik.kasi chance la.tadi kan dah dapat hadiah


gambar kontroversi


en somi jeles pulak...aku actually tanak salam, tapi GB dah hulur tgn.. serba salah. aduh..susah betul. korang pernah tak berada di situasi aku. nak lapik tudung. 'labuh' sangat tudung ni ha... disebabkan takut dia terasa hati.jadi aku balas je la sambutan tangan GB. en somi apa lagi. ada unsur jeles la di situ. tapi dah minta ampun...setle. mesti korang tertanya2..dapat duit ke apa dalam envelope tuh kan...jawapannya tidak...nak tau apa benda???? hahaha...aku dapat sponser dinner secara percuma bersama pasangan di hotel tersebut. agak2 sapa yang aku nak bawa utk dinner nanti. kamu semua nak ikut???
wink



Friday, November 12, 2010

hip hip horey !!!

hari ni mood sangat gembira....
hanya gambar ini dapat menunjukkan rasa gembira ketika ini
:
:
:
:
:
:
 V



nak tau kenapa...
nantikan next entry...

(*____*)


Thursday, November 11, 2010

sakit nyamuk ???

seperti biasa, tiap2 pagi...aku akan masuk ke kelas check kehadiran budak2

me : bila cikgu sebut nama, sebut 'saya'
murid2 : baik cikgu
me : Aleeza ak Bawang (murid pertama)
tuan empunya nama : saya
:
:
:
me : Lazarious Erronus ak Bulan (murid ke 8)
:
:
:
Patrick ak Singa (murid ke 26)
:
:
:
Reudolph Kimo ak Quat (murid ke 31)
:
:
:

Simond Jelik ak Batu
murid2 : tak hadir cikgu
me : kenapa???
murid2 : dia sakit nyamuk... 
me : ??? pitam aku dengar.sakit nyamuk


first time aku dengar penyakit yang namanya SAKIT NYAMUK. cari dalam dictionary mmg tak jumpa. masuk bilik guru aku rujuk pada yang pakar.korang tau apa sakit nyamuk tu. hahha...demam denggi korang...sabar aja la...


p/s : tak berapa ari je lagi result UPSR akan keluar.risaunya...
arap2 SCIENCE tahun ni dapat capai target


Wednesday, November 10, 2010

'cantik' atau dah gemox

minggu ni sangat lah sibuk...sampai minggu depan sibuknya  tak terkata...tp esok sempat release tension kejap sbb ada dinner. yeay !!! nak jadikan cerita, tadi masa dok sibuk2 discussion dgn PK1, tanpa disedari aku membuat aksi yang terlampau. ulang sekali lg, tanpa disedari ok. situasi nya cengini. aku tgh discuss sambil menunjukkan paper work pada PK. paper work tu aku letak ats meja. seolah2 cam aku membongkok kan badan aku bila tunjukkan sesuatu pada PK.  korang penah tak mengalami situasi seperti aku. bila dah bongkok apa yg nampak? tetiba muncul 1 suara nakal


suara nakal 1 : amboi ....  kachaknya bu**t (punggung dalam bahasa melayu)
terus aku berdiri tegak cam nak nyanyi lagu Negaraku. aku tak kata apa2, cuma wat muka kelat
suara nakal 2 : apa rahsianya firdaus, sejak2 dah kawen ni, boleh tahan ae... kebetulan en somi pun ada di tempat kejadian


hah ambik en somi kene tempias sekali...adeh la. kerana isteri en suami pun kene. ampun abang tak de niat nak libatkan abg dalam hal ni. aku igt en somi nak marah aku la, tapi dilayannya derang. lagi dia suka.ai orang laki ni. masalahnya.... kachak ke (kachak maksudnya cantik dalam bahasa melayu)  atau aku dah gemox...sehingga meninggalkan lemak2 degil di situ.oh tidakk...pastu, aku tanya sorang akak tu"ala...eka dah gemok ke".dia kata..."tak...cuma berisi di part2 tertentu jerk". timbul perasaan tak puas hati. balik je sekolah laju2 aku amik weight scale ats almari.





dan........................hasilnya 40.9.. sama je. berat tetap aku setelah bergelar isteri en somi. mmg aku akui sejak kawen ni berat badan aku naik bagaikan wira. tp maintain dalam rate dia tu je la. cuma aritu sekali penimbang tu ting tong dia ckp 46...itu bukan salah aku. salah dia... so... perlu kah aku risau. atau bt bodo je. lom ada anak lagi cutting dah lari ke laut... sangat salute pada yg dah beranak pinak tp body maintain cam ank dara. apa2 pun,  lesson yang bermakna untuk hari ini... next time kene make sure 'parking' di tempat yang sesuai/strategic... specially bila berada di tempat awam... banyak mata yg memerhati :)