Wednesday, April 21, 2010

guru pedalaman VS guru bandar

minggu ni...
minggu cikgu cikgi sibuk isi borang tukar
semalam sebelum tido
aku ada bincang dgn en suami
bila kita nak balik ke kampung halaman ni
en suami ckp
tunggu umo kreta dia 5 tahun
then leh jual
baru kita boleh balik melenggang
tayah susah nak kargo kete
bt pengetahuan korang
umah aku dok skang ni
bkn ada brg apa sgt pun
kosong je
benda asas je ada
sbbnya
 satu je
spy sng nak pindah
tiba2 muncul idea gila aku...
"jom kita masuk pedalaman nak..."
sambil mencebik, en suami aku gelak
"syg nak dok pedalaman?
seminggu tak tgk bandar pun tak leh dok diam...
simpan je la hasrat hati tu syg..."
betul jugak
mengigil aku dok umah nanti
bukan apa...
salah 1 sbb aku mengutarakan soalan tu adalah

1-aku dok tgk pic kwn2 yg dapat pedalaman
cam best je
air jernih
kene naik bot nak ke dalam nun
(padahal...macam aku berani, turun dari feri langkawi pun mabuk)


2-dah tu gaji dorang byk giler
kalu Pedalaman 1
gaji dorang lebih sebanyak 750 dari gj aku
bila total up gaji dorang lbh kurang 4k
blom lg masuk elaun BISP...SBT
mau kat 5K dorang
(itu baru P1,kalu P2 lagi dasyat. lagi byk.tambahan sebanyak 1250,P3 tayah cakap la)
(lu pk la sendiri...moneyminded pulak tiba2)
pergh...byk nya gaji dorang...

tetapi
(ada tapinya)
aku boley dok pedalaman sekiranya
1-en suami ada dcc aku (tanak tinggal gak tu...aisey..tak sanggup aku berjauhan dgn buah hati ku  ini...)
2-setiap minggu en suami mesti bawa aku kua jenguk bandar (skang ni tak dpt mc d pun dah kecoh. apatah lagi kalu dok dlm nun )



am i???


tapi...bagi aku la kan
aku selesa dgn keadaan sekarang
walaupun gaji aku kecik...
tak sampai 4k pun
baik aku dok bandar
(bandar la sgt...erggghhhh)
dari aku susah hati dok naik bot
keje dlm environment camtu
cam tak de life
watpe kan...
sakit jiwa dibuatnya
bak kata kawan aku
"makin besar periuk nasi tu
makin byk keraknya"
mmg aku sokong sgt
statement di atas
based on my experince 
sebelum aku jd guru ni
aku keje swasta
gaji aku bulan2 dlm 2k camtu
sepatutnya
rasa lebih dr cukup la
kalu banding gaji skang
tp still rasa tak cukup (why????)
kata org
 bila dah gaji makin besar byk je cabangnya
manusia tak penah cukup dgn apa yg dia ada
(sokong)
isk isk isk...aku la tu
abah aku dulu keje gajinya bope ratus je
(bila dah keje lama baru naik 4 angka)
leh je sara aku+mama
semua benda aku nak...dapat je dulu

sepatutnya aku bersyukur
ye...aku besyukur...
aku bersyukur dapat jadi cikgu
sgt sgt sgt (300 x)
bersyukur
disamping guru merupakan pekerjaan yang mulia
aku jadikan ia sebagai ibadah
dalam mendidik anak2 mesia
dah dah...masuk topik duit pulak dah
sambung pada entry kali ni
member aku ckp lg
kalu nak ke luar ke bandar nun


kawan aku kene redah laut ni utk ke penibong



laluan utama dorang.jeram ni mesti diharungi utk ke luar sana nun~SK Nanga Ju


merujuk kepada gambar di atas...
sanggupkah aku setabah mereka2 ini
adusy
memang campak tepi la heel aku tu ok
 no kebaya anymore
at dat time
just wearing baju kuring
like perempuan melayu terakhir
atau lebih sesuai pakai selua track


air ini jugak dijadikan utk kegunaan harian~mandi n so on


sanggupkah aku...
tambah member aku lagi
kos nak keluar sana pun beratus2
baru nak kelua bndar
kalu balik semenanjung
uols kira sendiri la bope kos nya ae
sian kan
seriusly...aku salute (tabik spring)
 dgn rakan2 seperjuangan aku
yang tercampak di pedalaman nun
aku yg tercampak kat kawasan bandar ni pun sakit mental
serius
keadaan di sini lain sgt dgn dunia aku
tp aku dah leh adapt la bila dah 2 thn kat sini
cuma en suami kene tahan telinga
dengar aku merengek nak itu ini
specially bab makanan...
bab shopping aku tak kisah sgt...
sbb masih berjalan lancar
cuma ada limit la
tak byk choice
kat sini
aku tak la shopping mania seperti kat semenanjung
tunggu raya ni aku akan balas dendam...
mesia...tunggu aku bulan 9 ni
(ececey...sarawak pun mesia gak kan)


.............miss my hometown a lot..............






0 comments: