Wednesday, November 10, 2010

'cantik' atau dah gemox

minggu ni sangat lah sibuk...sampai minggu depan sibuknya  tak terkata...tp esok sempat release tension kejap sbb ada dinner. yeay !!! nak jadikan cerita, tadi masa dok sibuk2 discussion dgn PK1, tanpa disedari aku membuat aksi yang terlampau. ulang sekali lg, tanpa disedari ok. situasi nya cengini. aku tgh discuss sambil menunjukkan paper work pada PK. paper work tu aku letak ats meja. seolah2 cam aku membongkok kan badan aku bila tunjukkan sesuatu pada PK.  korang penah tak mengalami situasi seperti aku. bila dah bongkok apa yg nampak? tetiba muncul 1 suara nakal


suara nakal 1 : amboi ....  kachaknya bu**t (punggung dalam bahasa melayu)
terus aku berdiri tegak cam nak nyanyi lagu Negaraku. aku tak kata apa2, cuma wat muka kelat
suara nakal 2 : apa rahsianya firdaus, sejak2 dah kawen ni, boleh tahan ae... kebetulan en somi pun ada di tempat kejadian


hah ambik en somi kene tempias sekali...adeh la. kerana isteri en suami pun kene. ampun abang tak de niat nak libatkan abg dalam hal ni. aku igt en somi nak marah aku la, tapi dilayannya derang. lagi dia suka.ai orang laki ni. masalahnya.... kachak ke (kachak maksudnya cantik dalam bahasa melayu)  atau aku dah gemox...sehingga meninggalkan lemak2 degil di situ.oh tidakk...pastu, aku tanya sorang akak tu"ala...eka dah gemok ke".dia kata..."tak...cuma berisi di part2 tertentu jerk". timbul perasaan tak puas hati. balik je sekolah laju2 aku amik weight scale ats almari.





dan........................hasilnya 40.9.. sama je. berat tetap aku setelah bergelar isteri en somi. mmg aku akui sejak kawen ni berat badan aku naik bagaikan wira. tp maintain dalam rate dia tu je la. cuma aritu sekali penimbang tu ting tong dia ckp 46...itu bukan salah aku. salah dia... so... perlu kah aku risau. atau bt bodo je. lom ada anak lagi cutting dah lari ke laut... sangat salute pada yg dah beranak pinak tp body maintain cam ank dara. apa2 pun,  lesson yang bermakna untuk hari ini... next time kene make sure 'parking' di tempat yang sesuai/strategic... specially bila berada di tempat awam... banyak mata yg memerhati :)

Monday, November 8, 2010

hujan ke ?

rata2 geng blogger dok ngadu hujan...sejak dua menjak ni...siap ada yg rindukan pada sang mentari lagi. tapi kenapa aku panas ae. kat semenanjung mmg hujan ke. semalam super punya panas. sampai terpaksa minta khidmat en ekon. aku jarang on ekon kat umah, kecuali keadaan mendesak cam semalam. tak tahan rasa. pastu, tadi ngadu kat abah, tak leh tido semalam sbb panas. dia kata tu sbb bahang gunung merapi yg meletus kat kat indon tuh..boley terima ke fakta tu..ke fitnah semata2. jom kita tgk dari segi kedudukan geografinya



 lebih kurang la kedudukannya


ada ke possiblity akibat peletusan g.merapi tu yang menyebabkan aku seperti cacing kepanasan semalam. hm...ada logiknya jugak kot. sbb bertentangan kan. kalau kat semenanjung dia corner jauh sket. bijak gak abah aku ni. serius, aku mmg salute dgn abh, bab general knowledge specially geografi ni mmg dia mantap. dah... dah....aku bukan nak citer pasal geografi skang ni...bukan bidang aku.kantoi la kalu tanya bab geografi kat aku. plus sejarah...oh tidak...actually nak citer...pasal aktiviti hujung minggu dua laki bini ni.disebabkan petang semalam cuaca cam best je.en suami ajak bercanda di tepi pantai sambil menikmati sunset...dan.hasilnya...


love dis picas so much


hmmmmmm...kitorang tgh watpe tu


do u married me??? dah pun (^_*)


pas je bercanda...solat maghrib, then dok dalam hartz chicken buffet selama 2 jam. makan sampai muntah aku kat situ. haisssyy....sangat tidak senonoh.... habis... sume ayam. mau aku tak tergoda.dah rupa upin aku ni. pantang nampak ayam. seb baik kek n aiskrim dia bukan perisa ayam. kalu tak... confirm jalan perut ke depan. igt pas makan nak g mall beli bahan mentah...sekali hampeh.mata ngantuk sgt. sampai umah, solat, tido...zzzzz sampai ke pagi...buruk kan pangai

bahayanya blackberry

semua orang tau blackberry di haramkan bagi sesetengah negara...sebelum ni aku tak penah amik pusing pun. ko nak kene block ke hape ke. tapi since dah jadi pemilik blackberry, aku kene amik tau la kan. nak nya, nak g bercuti nanti. haruslah check kat pak cik google mana tau  kot2 la tempat yg bakal dilawati ni pun block bb jugak. makanya aku kene la pakai hp cabuk aku tu...hehehe...cabuk bukan sebarang cabuk.banyak jasa taw...





setelah di amati, negara yang block peggunaan bb ni adalah di negara ....
ARAB 
(seb baik *wink*)  ke ada tempat lain selain arab ae. sape tau pasal isu ni, sila kongsi... kang ada jugak yg jadi penderma secara paksa rela kat epot. gigit jari aku. berdasarkan kajian kejap tadi, apa yg aku faham, derang block bb sebab bb ni ada server sendiri. kalu tepon lain pakai local provider. jadi apa2 perkara sulit derang dapat detect. tapi kalu bb, tak leh nak ceroboh masuk sbb dia ada own server. so derang takut penggunaan bb ni disalahgunakan, cthnya kalu ada komunikasi antara pengebom berani mati, derang tak dapat trace. actually aku tak la kemaruk sgt dgn title bb ni, tp dah org bg kan amik je la (',) yang aku peliknya, kalu dah diharamkan kenapa still lagi berleluasa, siap ada model baru lagi. haramkan je la kan. tak de la org berhabis duit beli bb. kalu la 1 ari nanti mesia haramkan bb, letak kat muzium je la bb aku ni



~ sumber dari sini ~

Saturday, November 6, 2010

lepas McD, BR la pulak

macam2 kan aku ni
bila dok jauh itu ini nak makan
tp, bila balik kampung, tak nyempat nya
nak lunaskan apa yg diinginkan
gini citernya
tadi aku tengok iklan baskin robbins
ya tv menjadi punya aku sangap tengah2 mlm ni
serius terliur dia nya 
ICE CREAM CAKE








sapa penah makan ???
mesti super punya sedap kan
setakat ice cream dia pun rasa nikmat gila
apatah lagi ice cream + cake
so yummies
berapa ringgit agaknya cake ice cream ni ye




dia nya ice cream 2 scoop ni pun dah 20 hingit
apatah lagi cake ice cream
silap2 lebih mahal dari cake SR






tp kalu dah tak tahan sgt
tak dapat cake ice cream BR
choc indulgence SR pun cokop la
rasa cam ais krim gak kan
 hai...sabar ye eka
nanti balik kampung makan puas2



~2 minggu lagi balik kampung yeay!!!~



Thursday, November 4, 2010

setelah berkompromi dgn en suami

hambik ko...berkompromi lagi
cuti sekolah kan tak lama lagi...makanya
jadual percutian haruslah dirancang terlebih awal
supaya adil dan saksama
ye la last year
aku ada i umah je.umah mama dgn abah
so tayah nak bahagi dua
tp tahun ni dah ada mak dgn pak
so kene bahagi sama adil,sama rata
tapi sebelum tu ada sesi rengeks merengek gak (^_*)
ye la...raya hari tu pun raya umah aku...
ni raya haji confirm tak balik
gila ke apa 1 ari je cuti, tak sempat nak ulang alik eh
jadi setelah ber'negosasi' dgn en somi
kata sepakat telah ditemui
flight dari BTU ke PNG adalah hari jumaat 20.11.2010
gedik aku nak balik ari jumaat tu gak
tanpa memikirkan baju yang berlonggok bak gunung everes tatkala itu
aku agak la, 
sebabnya
mengikut schedule minggu terakhir persekolahan mmg sgt padat
dari bintulu balik jumpa mama+abah aku dulu
minta restu apa yg patut
then start 27 pegi berhoneymoney...horey !!!
pas hanimun, balik png semula selama sminggu
pastu minggu kedua dan ketiga dec baru balik pahang
kawan en somi kawen
dua minggu tu kat umah en somi
setelah setahun kawen ni la kali pertama en somi dan aku jenguk umah dia
aku pun dah lupa jalan ke umah dia
jgn kata jalan, muka kak ipar aku pun dah igt2 lupa kot
harap2 aku dapat sesuaikan diri di sana
minggu ke-4 dalam dec balik png lagi
fair enuf kan...ehhehe...kata ank tunggal


cam tu la...sayang dia. wink



dapat jugak akhirnya

kejadian ni berlaku minggu lepas. masih ke korang igt entry ni. aku dok melalak nak mekdi. ramai sgt bagi kata2 nasihat. thanx pada yg bg support. heheh... mulanya aku cam termotivate la bila korang dok nasihat aku tuh. specially nasihat AIN NAZRI... dah pasang niat tanak la makan fast food sgt. sekali minggu lepas... en somi bersuara "syg..........siap...jom kita g miri nak....." ( baik, patik menurut perintah tuanku - kata aku (',) miri = mekdi??? ya, hanya di miri sahaja ada mekdi...tp pelik, aku tak penah pun bg tau dia, yang aku nak mkn mekdi... aku rasa dia jenguk kat blog kot. then nampak luahan aku kat sini. tanpa byk tanya, aku pun apa lagi, laju2 packing barang gi sana. setelah 3 jam perjalanan (tipu...2jam setengah je) gedegung gedegang di atas jalan raya sampai la ke destinasi yg hendak dituju.  sesampai di sana makan la aku sepuas puas nya...serba satu lak tu






masa santapan dah berada di depan mata
teringat aku pesanan AIN NAZRI
tp tu la nafsu ku ini sukar di bendung
camne nak buat ae...ni dah dapat mekdi
teringin Kenny Rogers lak
seb baik kat miri tak de
kalu tak dgn KR sekali aku makan
sabar balik png
mkn puas2



en suami suka memerhatikan gelagat aku bila aku rakus di hadapan makanan



pas mekdi, tau aku ke mana
ke big apple pulak
utk dijadikan sarapan keesokkan harinya
pas keluar dari big apple kitorang terus balik
eh...boley pecaya ke
takkan dtg sini mkn semata2 kan
jalan2 kejap...shopping apa yg patut
tak la shopping sgt. cuma beli baju dgn comfoter sahaja
utk menambah koleksi yg ada
masa kat miri, en suami ckp
nampak gayanya thn depan kene minta tukar balik semenanjung la
aku blur la, napa lak ckp camni
dia cakap sian tgk bila aku dok ngidam nak mkn itu ini 
dlm hati, namo namo... balik sana gaji sikit
namo namo
ada unsur tamak di situ.hehheee
mana2 pun sama je kan...


interview dari lina

1. Apa benda penting dalam hidup korang?
en somi + mama + abah,
tapi masa bujang dulu handphone + mama + abah

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
apa eh??? tak hingat lor... jarang sekali. sejak dah jadi hak milik en somi ni.

3. Di manakah tempat korang akan melangsungkan tempat perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
dah langsung pon di taman tasek maju, pulau pinang. tema kaler pepel.dgn langsir rumah skali pepel

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
yes...everyday i love you (',)

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
insyaallah, harap2 sampai ke syurga...cayang dia sgt

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
sekolah+rumah.eh mana2 aja la.di mana ada kamu, di situ ada aku.ehehe

7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
citer budak setan ahadiat akasyah kot / Science Year 6 / Mingguan wanita

8. Apakah nama penuh korang?
Nur atika che yusoff

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
terbahagi kepada dua.kalu masa bujang dulu bab2 cintan cite kat mama.tp kalu bab pelajaran cite kat abah...pendek kata sama je kot.tak leh berat sebelah nanti ada yg terasa hati...i kan putri kesayangan derang.i la putri i la putra,ehehhe....

10.Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang
sapa ae, siti nurhaliza kot

11.Adakah korang basuh baju korang sendiri?
idok...washing machine je yg basuh...cuma baju/seluar kecik n tudung je guna tgn

12.Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
oh banyak...kalau boley nak keliling dunia <-- statement tak sedar diri.macam kaya...

13.Pilih salah satu, peluk atau cium?
tak leh dipisahkan la.dua2 boley??? asal peluk je nak cium, asal cium je nak peluk.camne???

14.Beritahu 3 benda tentang orang yang tag.
a) lina, sori lambat sgt buat task ni
b) masa eka gi miri itu hari, tercari2 gak kelibat lina.kot2 la terjumpa kat bintang ke, kat popular ke.kan kamu suka ke popular....tapi gagal menjejaki kamu...eheheh
c) tak lama lagi genap setahun kita jadi bini org kan...

15.5 benda yang disayangi dalam hidup
en suami+mama+abah+meow2+kereta kecilku

16.Lagu yang paling suka dan selalu dengar
suka dengar lagu tema CHINTA yg pukul 6 sengah...tp percaya la.kejap je tu.nanti bosan la

17.Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
thn lepas??? kat pantai tanjung batu

18.5 rakan blogger yang korang nak tag.
saya nak tag sume blogger yg tgh baca ni.aci ke...tak la...sapa2 je nak buat,dipersilakan

done !!!simple je soalan dia.jom buat

salam november

dah 4 hari dalam bulan november baru nak ucap salam nov. haissyyy...dah lama rasanya tidak berblogging...mood berblogging jatuh di tempat yang paling corot sekali...laporan minggu lepas2 (ada angka'2',bermaksud 2kali weekend yg lepas) pun tak berhapdet. perlukah entry lapok tentang percutian pd minggu lepas2. rasanya tak perlu lg. biarkan ia berlalu ok...bt pengetahuan kawan2, tak berblogging di sini, tidak bermaksud aku tidak menjenguk ke rumah kamu semua ye...aku masih melakukan aktiviti blogwalking cuma tidak meninggalkan jejak...thanx pada nita... yang sangat concern.disebabkan nita jugak eka cari semangat utk blogging balik ni.hehehe...baiklah...aku akan nyatakan sebab musabab (eh betul ke perkataan ni.cikgu BM cuba check ) kenapa aku biarkan blog ni tidak bertuan utk ke sekian kalinya...

1 ::: kerja teramat lah banyak <-- hujung2tahun ni biasa la kan...sume nak dalam kadar segera

2 ::: cik P datang melawat <-- kehadiran cik P kali ni sangat menyedihkan .sehingga layak menerima anugerah tetamu tak diundang. bukan saja mengecewakan aku, tetapi juga en suami+mama. abah tak tau kot,eh mama korang kan, tanya tak setiap bulan dah peyed ke belum. mama aku kan, tiap2 bulan dia update benda ni, nampak sgt tak sabar nak timang cucu. . tau tak kenapa kedatangan cik P kali ni memberikan impak maksima dalam hidup aku (sblm ni aku tak rasa sgt) korang bayangkan ae...cik P dah delay dekat 2 minggu selepas waktu sepatutnya...tak penah dia 'mereng' camni...selalunya on time...punctual...sume ada la kat dia. jadinya bila dah lewat, dalam 2 minggu ni jugak la. hati aku start berbunga...mama pun suka la kan...en suami pulak siap janji kalu preggy dia nak uninstall sume game dlm lappy, n gantung kasut bola kat kipas tup tup...datang juga ...eh...korang paham tak camne aku rasa. ei.....benda yg kita harap2kan...sekali berkecai cengitu je...sedih sgt...napa perlu main cak2 dgn aku. kalu nak dtg, dtg aje la. dlm kadar yg segera, macam biasa, macam sebelum ni.tak yah la nak lewat2, sampai kita siap bg harapan...hampagas betul...bila fikir balik apakah disebabkan EPO(evening primerose oil) yg mengganggu perjalanan cik P.sapa penah amik ni jom share...


wat pengetahuan, aku baru je start mkn EPO last month.tu pun ats saranan doc, untuk kurangkan period pain...tetapi...kenapa tak de kurang pun tuan doc...apakah perlu makan dlm jangka masa yg lama baru efektif.sian tgk en suami, bila cik P datang melawat period pain pun datang la menemaninya. bagai isi dgn kuku lah katakan sian sgt kat en suami, dia yg jadi suri rumah sepenuh masa. dia yg masak, basuh baju, sidai baju, iron baju, tuam perut,  mandikan aku n everything. ckp je nak apa. dia mmg tak kasi aku bt apa2 melainkan berehat, cam tuan putri la dok merekot dlm comforter tu. ya...period pain aku mmg sgt teruk.bersyukur la kamu kalau tidak diserang sesungut itu. yg pastinya, aku bersyukur sgt dapat suami yg memahami... tp pada masa yg sama, sedih bila tak dapat bagi dia baby lg, sedih bila dia bt keje sensorang. kalau hari normal, kami sama2 buat keje. aku iron baju, dia lipat kain, aku sapu sampah, dia mop lantai, aku masak dia teman...sesungguhnya...aku sayang sgt MOHD FIRDAUS BIN YAHYA fullstop !!!