Wednesday, February 9, 2011

alahai buah hati ku

jarang sekali aku menceritakan tentang buah hati yang satu ni.sume orang tau...buah hati pertama, haruslah en somi...dan yang kedua??? siapa??? siapa??? dan siapa???

 DIA yang dimaksudkan ialah...


kereta tecik ku ini aka cik bib



ni la harta pertama aku, hasil titik peluh kerja lama...sebelum bergelar guru... titik peluh kerjaya skang apa je??? non ada lagi ye puan2... *tak mampu.wink* lom nampak hasil lagi. masih dok nyimpan dalam bank... kenapa??? gaji skang tak cukup ke. bukan macam tu... setiap org ada plan tersendiri, cam aku...aku mmg takkan tukar kete kecik aku tu pada kete lain selagi boleh digunakan lagipun kalu rosak, kete en somi kan ada..;) ini soalan yg selalu org tuju kat aku... "bila nak tukar kete???" apa hina sgt ke kete buatan mesia ni... tah laa, aku ni bukan kedekut orangnya... tp as long as boley pakai... aku akan pakai je lagi. mmg aku sayang betul kat cik bib ni...banyak berjasa dgn aku. masa aku dok ulang alik gi maktab, ha pakai dia je la... 


tadi mama call, bagi tau buah hati aku dah mula meragam...tahun ni dah masuk tahun ke-5 dia berkhidmat. mana tak meragamnya. tapi ragam dia masih light2 la. tak la sampai memeningkan kepala tuannya. gini citernya, disebabkan tuannya di sarawak aku le tu  maka kete aku ni mmg jarang digunakan. dan smlm saje je my parent hang out dgn dia. skali ' pelepop' bunyi tayar. tgk2 pecah...humaaihh...nasib derang kat kawasan perumahan aku je...kalu tidak ... tak tau la apa jadi kat my parent.


cik bib sayang jgn meragam teruk2 ye

Tuesday, February 8, 2011

congratz my frend

dalam jarak terdekat ni ramai kawan aku yang dah berubah ke satu fasa yang lain.dalam erti kata lain dah masuk ke alam ibu ibuan...antaranya my best friend masa skolah teknik dulu...serius rasa cam tak caya... teringat lagi, masa kat hostel makan sama2, sanggup tunggu kat dewan makan tu sbb kami kelas lain2.study sama2, outing sama2, buat jahat sama2, nangis sama2, kene raging sama2...pendek kata semua lah sama2. kitorang bertiga (aku + shiha+ashu) rapat la. kami 1 dorm, tp kelas berlainan. bila berdiri, lebih kurang sama je ketinggian kami bertiga. dan alhamdulilah walaupun lepas sekolah kami terpisah dgn hala tuju masing2, i mean tempat study, masih contact sampai skang... dan paling aku suka, kawan aku yg si ashu ni baru je dapat baby girl yg sgt comel...macam babydoll...macam maknya jugak...


 Nur Irdina Qaisara

ashu, im happy for you. sangat tak sangka dah jadi mommy skang. nak sangat jumpa kamu berdua, tapi apakan daya, eka jauh di seberang laut. gambar ni je dapat mengubat rindu eka...qaisara, besar nanti jadi anak yang baik taw. nanti leh jaga mommy. *ashu jgn marah amik pic tanpa izin nih.nak gak abadikan qaisara dalam blog*



Monday, February 7, 2011

cuti sekolah = masa berjimba

ya betul...tp aku dah mula naik bosan asal bercuti je, time cuti skolah. asal cuti sekolah je, aku pun gedik nak bercuti. kata cikgu kan. haruslah seiring sejalan dgn murid2 sekolah... derang sibuk cari baju skolah aku pun join sekaki...hohoho...tp itu cuti hujung tahun je la...



muka akan happy gini setiap kali cuti...psstt bulat gila muka aku, cam bola


kalu ada yg tanya, nape tak bercuti time 'bukan cuti sekolah'. adalah dimaklumkan, bahawasanya kami sebagai guru malaysia tidak dibenarkan utk mengambil cuti sewenang2nya waktu 'bukan cuti sekolah'. walaupun kami ada CRK cuti rehat khas sebanyak 7 hari setahun, tp mesti dgn sebab yg munasabah such as kematian keluarga. so kalu air asia bt promotion time bukan cuti skolah, aku kene pejam je mata ni...walhal hati meronta2, fikiran pulak ligat nak bagi alasan itu ini pada GB. tp aku ni cakap je, tak berani buat. takut kantoi... lagi pun kesian pada cikgu2 lain yg terpaksa ganti kelas kita... so terpaksa lah tunggu musim cuti sekolah, berasak2 dgn org ramai utk berjimba... dah tu time ni juga everything akan jadi 2 kali ganda, specially flight ticket...parking... err macam2 la.tp nak buat camne, once dah menceburi bidang ni, mmg kene terima...apa2 pun aku bahagia dgn hidup aku skang. walopun aku tak mewah mana, tp aku kaya dgn kasih sayang...

ops... lari topik sudah...lain yang aku nak stori actually. actually ini adalah kesinambungan entry lepas.lama betul aku diamkan diri, sbb...banyak keje nak diuruskan demi menggalas tanggungjawab yang satu ni...semak buku budak n wat lesson plan. alhamdulilah semua dah setle. baru leh sambung berblogging. tettt..melalut lagi. okies...sambung tentang percutian...selain daripada menjadi food hunter dan menghabiskan masa di dalam hotel, sapa tau apa yang aku buat dalam tempoh percutian ?????????????? apa lagi kalu bukan



upacara menyopingkan diri *nampak beg plastik penuh kat kaki tuh*


 hah...kasi zoom sket. some of barang yang berjaya dirembat


 ini pun aku rembat. sedangkan stok di rumah masih ada


ha...ini la antara kasut2 yg hilang itu hari.masih igt kah entry ini


seb baik jumpa...aku igt dah tercicir kat mana2. siap call hotel lagi.mana tau kot2 tertinggal kat lobby ke hape ke...careless dan aku mmg tak dapat dipisahkan...ala bukan aku...en somi kot ampung abg...dia yg angkat barang...eheheh...skali ko tau kat mana kasut ni duduk.nun bawah seat driver...cisssssss...puas aku announce kat fb kot2 ada org nampak kasut2 ni.pang bagi, mana org tau.kasut tu kasut kau.......



tq semua !!!


just now baru buka blog
tgk follower dah increase
jadi 100 no yang cun ^_^
tq aina yg menyebabkan follower saya jadi 100
dan
tq jugak utk kamu semua yg menyumbang kpd jumlah follower
i like
tanpa kamu sunyi sepi la blog ku ini
terima kasih sebab 
selama ni menjadi pendengar pembaca setia
berkongsi rasa
suka duka dgn aku
walaupun ada antara kita tidak pernah ke temu
tapi sumtime
comment2 kamu
membuatkan aku gelak sorang2
dan menceriakan hidup aku
hilang segala masalah
kamu tau tak,
balik je dari sekolah
benda yg pertama aku buka
adalah...blog
suka sgt baca kisah korang
dan tgk comment2 korang kat setiap entry
i love u all
nah amik love dari kami berdua


cepat sambut, terbang dari sarawak nih ;)


entry ni langsung tak de unsur megah+riak dan sewaktu dgnnya
sbb aku tau korang lagi la byk dr aku
setakat 100 nak bermegah megahan, tak de maknanya kan
aku just nak menghargai kamu semua
ya..kamu
kamu yang pernah bertandang ke blog aku
walaupun blog ni tak de apa2
sbb blog ni lebih berunsur kpd kehidupan aku dgn en suami actually
dan itulah niat aku sebenarnya
tapi bila dah dapat kawan2 rasa cam best utk share problem
dan dari situ kita jadi rapat
pernah satu masa aku rasa nak tutup/private kan blog ni
tp bila mengenangkan kamu semua
cancel !!!
semoga persahabatan kita di alam maya ini berkekalan 
hingga ke akhir hayat
satu pesan aku...
kalu nampak budak kecik 2 eko ni kat alam realiti
  tegur2 la ye
(',)



Saturday, February 5, 2011

jalan2 tambah lemak

masa cuti ni sempat gak la makan makanan yang tak de kat bintulu. tp ada yang take away. mana muat nak masuk semua kan. pepagi dah dihidang oleh pihak hotel, so mkn tgh hari dgn malam je la kat luar...antara lemak makanan yang berjaya di jumpai



saja je letak pic besau2, bior terliur sket.tp korang talak elan pun.bila2 nak, ada je dpn mata


prawn macaroni + 1 indulgience utk dimakan, 1 lg indulgnce take away


i like chocolate chip pecan nut.berkati2 bawa balik ke bintulu


big apple 12 ketul bekalan utk seminggu.tp 2 hari je lenyap dari pandangan mata


mcd n choco top~ credit to google


nampak tak semua makanan berunsurkan lemak. dapat rasakan dalam minggu ni, sume lemak2 dalam badan bersorak sorai menyambut kehadiran 'rakan baru'...siap buat parti ke hapa dalam perut bulat ku ini... mana la ko tak gemox cik eka oi...



nih...bila pulak dapat makan makanan gini. tunggu cuti sekolah pulak kot...sob sob :(
psstt...ada gud news taw. ada kawan aku ckp, tak lama lagi derang nak buka kiosk mc d kat sini... i likeee
kalu bz dgn aktiviti sekolah, boley la drive through sokmo



Tuesday, February 1, 2011

short vacation@CNY

selesai sudah percutian pendek kami...er tak bape selesai sgt la, esok ni nak start travel lagik. tak lama lagi dah nak sekolah, masih ada baju yang tak sempat bawa ke laundry itu hari. jenuh... ke mana kami pergi selama ini, actually kitorang tak gi mana2 pun.pusing2 sarawak ni je disamping memanjakan diri dan memberi reward pada diri masing2 setelah penat bekerja. tempat2 yang dilawati pun bukan 1st time aku sampai dah berkali2 dan penah diceritakan di dalam blog ni satu masa dulu spr trip ke kuching, sibu n serikin yg bezanya adalah dari segi accomodation. dan konsep kali ini adalah lebih santai. masa banyak dihabiskan di dalam hotel. ngeh ngeh..


tempat pertama yg kitorang pegi, adalah berjiran dgn bintulu, iaitu MIRI. dalam peta nampak dekat je, tapi amik masa 2 jam lebih gak...first time berlaku insiden yg tak diingini. masih kah ingat entry ini ,sudahnya terpaksa tahan je, selepas memendam rasa selama 1jam lebih...baru sampai kat esplanade...apa lagi terus mencanak lari ke toilet. pastu baru serah diri kat hotel...kali ni rasa cam nak reveal tentang hotel pulak. jarang aku snap pic dalam bilik utk tatapan umum kan. kali ni kami dok di parkcity everly hotel, hotel yang aku dok kali ni murah sket compared  to miri mariott resort . kata resort kan...


deluxe room, sea view,

seb baik ada government rate, so tak sampai 200 per night


ada balcony, face laut china selatan, tapi tak nampak pun penang.ekekke


memang waktu2 petang sedap amik angin.sepoi2 bahasa


eh ada seahorse statue la. apa itu. cuba teka


 ini aksi terbang melayang. excited sgt plus penat driving


pastu terus tido sampai petang, tapi tak la ptg sgt


celik2 je mata nampak mat salleh dok panggang badan kat bawah


 ingat aku nak biar gitu je??? haruslah tumpang sekaki kan

muka excited nampak kolam renang
apa2 pun makan dulu. pastu bila swim gaduh semput.mau tak boroi.tett


 en somi mmg suka kalu bab angkat2 sbb nak nyakat aku



aksi lincah perenang no 1 negara


bila badan dah start gigil2, mula naik atas.lagak cam omputih tadi.


kunun nak pangang badan
dia tak pe la
panggang la lama mana pun tetap putih
cer aku dok lama kat situ
mau jadi dayang senandung
unless kalu letak sunblock berkilo2


kena pulak secawan teh.mmg superb sejuk2 ni


ni aksi verangan mak datin tak jadi..piiirahhh


masuk bilik. buat sauna pulak. nampak tak sampai berasap toilet tuh


begitulah ceritanya, seharian masa dihabiskan di dalam hotel. mmg tak keluar gi mana2. cuma malam tu member ajak bt BBQ. akan diceritakan kemudian...takmo ganggu episod cinta kami.ehehe...hari seterusnya...masih lagi menempek kat hotel



pagi2 dah break1st. tengok muka aku tu. nyampah i


nasi lomak, laksa sarawak, dim sum, omellete, puding, cocktail sume aku bantai



lepas perut kenyang, jalan2 kat hotel compound


then balik bilik, ketiduran pulak...haiya...


tido sampai check out time


lepas check out, kitorang gi shopping pulak, then ke mana je lagi aku dgn en somi pegi...igt tak first entry aku cakap ada nampak sea horse statue??? 


 kitorang dok kat marina bay


ni la statu yg nampak dari park everly hotel


bila dah kat marina bay ni apa lagi
wajib lah layan seafood dia
serius sebelum ni tak tau kat miri pun ada marina
igt kat langkawi je
thanx to lina sbb suggest link2 yg berkaitan dgn seafood kat miri
hasil dari pembacaan tu la kitorang decide nak makan kat sini


ni la tempatnya.nyaman sgt.deruan ombak nya


@ entrance

tempat ni 100 % drp kayu agaknya.masuk je dlm ni dah bau kayu


ni antara makanan yang dihidangkan


selain dari seafood
western food pun ada
such as pasta...ala2 italian la
kalu ada yg nak tau ok ke tak harga seafood kat sini
hm boley tahan la
standard marina
shark fin soup wif lobster secoet mangkuk kecik pun dah 38 hinggit
haippp..makanan...tak baik berkira
yaaapppadaaaaa...




pasje makan perut kenyang
balik tido...zzzzzzzzzz


ok next??? meow meow

ring of fortune

ini adalah cerita basi yer
dah lama dok dlm draft, tak publish2 pun lagi
ini last two week punya cerita
kejadian ni berlaku
sebab dah lama tak makan pizza
selama cuti sekolah since bln 11 thn lepas
langsung tak lawat kedai topi merah tu
motif???
sbb kat bintulu pun ada pizza
so kat semananjung aku mmg jadi food hunter 
kpd makanan yang tak de kat sini
such as KR, SR, MC'd, Baskin robbin n so on
nak jadikan citer
masa awal tahun itu hari
bumi bintulu asyik dituruni hujan rahmat je
so dalam pikiran ni berputar ligat la
sejuk2 gini
kalu mkn mushroom soup pun sodap nih

 see...sampai moncong molut nak sejuk kan sup tu


pastu terus ajak en somi g pizza
sampai sana
nampak ada pizza baru
serius tak tau menahu pun promo yg ini



kesimpulannya, ring of fortune ni sedap la jugak
crispy  plus ada chesse dalamnya
suka taw nambah2 lemak dalam badan ni
pastu bila dok atas weight scale ko histeria sorang2



aku dan cucu tok

tetiba teringat kat tok
jarang sekali atau tak pernah 
tempek muka tok kat sini
tadi masa tak de keje
godek2 lappy ni
tgk2 ada gambar sepupu sepapat
kamu nak tau tak 1 benda !!!
aku merupakan cucu sulung
atau lebih tepat lagi...
cucu yang paaaaaliiing tuaaaa
sbb mama anak sulung tok
nak bukti ???


ha...kan...cam anak2 aku je derang ni


ni pulak sepupu feveret aku, rapat betul dgn aku aka k.long dier


tp jangan yang ini 


siap nyorok dalam comforter lagi kalu aku nak amik dia
ye la .... mana taknya
sekali dua je jumpa dalam setahun
dia pun tak kenal aku agaknya sapa la minah kepoh ni
ahahhaa... actually gambar ni di snap masa wat gathering ramai2
sambut beday


 aizat dgn yaya


ada citer tragis di sebalik gambar ini
aku baru tau yg beday ni disandang dikongsi mereka berdua
aku igt kan si aizat tu aja
upanya... yaya sekali
so, aku hanya beli hadiah kat aizat
maka sedih la si yaya tu
siap warn aku lagi
ehmmm bila kak long nak balik lagi-yaya
nape-aku
nanti beli hadiah kat yaya-yaya
yer yer...nanti kak long ganti hadiah balik - aku
sian dia kan. dia tgk je aizat buka hadiah





 seronok lah si aizat dapat hadiah
nasib ko la dapat kak long yg jadi cikgu
so bila hadiah befday pun bagi buku bukuan
ha...baca buku tu. thn ni upsr
so tak leh byk main
;)