
Friday, October 15, 2010
bajet 2011 selesai sudeh
as a conclusion the strength is ^o^
(1) Cuti Bersalin Bergaji Penuh 90hari Kpd Kakitangan Awam; gud.harus berusaha keras. tiap2 hari buat baby utk dapat keistimewaan yang ini
im hot
macam 'perasantan' je kan statement atas tu
tp tak kan la aku nak masuk bakul angkat senirik kan
actually, lain maksud aku tuh...yg aku maksudkan
im hot = saya panas
betul kan, kata banyak makna
ya...saya sangat panas...muka ni dah macam udang goreng kene panggang dah
panaskan...nak tau tak siapa jejaka manis di sebelah tu...
pakwe baru la.hahahha...shhhh...kantoi sudah
eh mana ada... mana leh ada org len berkongsi payung dgn aku
nanti en somi bawa keluar parang pulak
jejaka yg menemani aku sepanjang berada di padang ialah...
DIAlah my hero, my prince charming.tak de org lain.only u
waktu2 kesulitan macam ni BELIAU sentiasa ada disisi
terima kasih tolong payungkan
korang nampak aksi aku menyinga ni...
aku marah kat anak murid aku sbb dia kacau kawan dia
boley kawan tgh berlari dia g acah sampai terkojut budak tu
hilang fokus sampai tersungkur dibuatnya
mana aku tak tempik
jatuh sudehhh
ni la budak yang dimaksudkan, Patrick anak Singa.nakal sgt
marah2 pun, pastu aku kawan balik
budak2 nya nakal biasa la kan
neway latihan utk hari ini berjaya dijalankan..
cuma kene tunggu saringan seterusnya
sebelum sport day
Thursday, October 14, 2010
moody
sejak 2 menjak ni hilang mood utk berblogging...serius tak tipu...
sori la ye kwn2...bukan tanak jalan2 umah korang
kejap je penyakit ni.nanti ok balik la.
buka blog pun malas apatah lg nak ronda2 umah korang kan
tau tak sebab apa
?????????
GB baru menitahkan tidak ada cuti utk raya haji
cuma on dat day je cutinya
makanya, tak dapat la beta balik ke kampung
tu yg membuatkan beta murka, padahal bukan salah GB pun
dia hanya menurut perintah
dgn itu saya mengisytiharkan protes utk diri sendiri
tidak ada baju raya di hari tersebut. motif???sakit hati
mana tak sakit hati kalu ko tgk baju raya tergantung elok dlm almari
baik tayah ada baju raya kan
tak dapat nak bayangkan, pg2 raya aku dgn en somi je kat umah ni
no rendang n ketupat...hokey??? deal
dah la 1st time, raya tanpa ayah dan bonda
di bumi kenyalang lagi tu
lebih membuatkan hati aku pilu
bila bg tau mama
yang aku tak dpt balik raya, sbb tak de cuti
mama sgt sedih ... cam nak nangis je dgr
aku tau camne dia rasa...uols tau la kan my background famili
bayangkan kalu di pagi raya dia genyeh2 mata
satu2nya ank dia, tak de di sisi... haisyyy...tacing i
dia siap kata mama nak pegi batu belah batu bertangkup lagi...
serba salah aku... tp nak buat camne
bukan aku tanak balik
atleast kalu dua hari pun tak sempat nak panas bontot
perjalanan dah 1 ari BTU-KUL-PNG
ye tau....dah penah tempek gambar ni
tp saja je nak tempek lg skali
nak layan emo
aku rasa tahun ni nya schedule paling tak best
raya pose pun kejap aja. arap2 thn dpn KPM lebih detail dlm penetapan cuti ni
kasihani lah kami guru2 yang berada di seberang
cam di anak tirikan. tiket flight bukan mcm transnational
dah la jarang sekali jumpa dgn keluarga
dush dush dush...sesi luahan perasaan pulak.
nak cari bahu en somi. nak nanges lg
k bye...........
Tuesday, October 12, 2010
nak g indon ke? hati2 ye...
tadi buka fb, ada school mate post ni...benda yg aku rasa patut dikongsi bersama specially saudara seislam...maybe ada antara kamu semua dah tau...sbb dah lama jugak aku dgr citer ni.tapi aku sendiri tak tau sejauh mana kesahihan benda ni...
Pesanannya
YANG PASTINYA DI JAKARTA , BANDUNG , MEDAN , SURABAYA ,YOGJAKARTA,MAKASSAR DAN BALI . TEMPAT LAIN X SURE LA PLAK.....
Pesanannya
KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK BERCUTI KE INDONESIA DI NASIHATKAN SUPAYA TIDAK MAKAN DI GERAI-GERAI TEPI JALAN ATAU DI PASARAYA. specially
:::NASI GORENG CAMPUR / GILA ,
:::BAKSO SAPI
:::SATE
Di Indonesia lembu dan ayam sangat la mahal, so derang gantikan dengan
BABI DAN TIKUS
~ ini kekdahnya~
saya tikus
saya dibakar utk hilangkan bulunya
kemudian dipotong supaya nampak cam ayam.klon gitu
goreng. yummies
dan siap utk dihidang
sama macam ayam kan
maknanya, kene belajar anatomi tikus la pasni.supaya dapat kenal pasti the shape of born...haisyy...macam2...harap...tak de la dorang wat camtu
p/s for detail link sini
skang air asia tgh wat promotion
murah gile tambang ke indon... agaknya dah aman ke kat sana
kalu dah, cam nak lunaskan hajat yang tidak kesampaian itu hari je
skang air asia tgh wat promotion
murah gile tambang ke indon... agaknya dah aman ke kat sana
kalu dah, cam nak lunaskan hajat yang tidak kesampaian itu hari je
Monday, October 11, 2010
bila si isteri dirisik orang
sebelum apa2 aku nak gelak besar dolu
hahahahhahahahahhahahah
(^__________________^)
jeles gila en somi kat aku
padahal dah confirm kawen dgn dia...dah ada surat nikah pun
camni citenya...
semalam, pas maghrib mama call
katanya ada org datang umah, kawan lama mama
aku pun...o...ok ok je la kan
sbb tak tau apa motif utama mama nak citer kat aku
sekali mama kata org tu dtg membawa hajat
ni antara dialog mama dgn orang tu
mak mertua tak jadi aku : cik da (nama glemer mama tu) kami ada sebab lain mai umah hampa ni
cik da : awatnya <---guna dialog utara taw
mak mertua tak jadi aku : anak dara cik da yg belajar kat utm skudai tu mana
cik da : dia keja dah
mak mertua tak jadi aku : nak habaq ni. anak teruna kami berkenan kat dia, dia suh mai merisik ni.eka ada boypren dak g
cik da : hahahhahah...gelak besar mama..heheh tipu dah kawen dah aih...dok dgn laki dia kat sarawak numak mertua tak jadi aku : ha??? betoi ka....
betui la makcik...dah 10 bulan saya kawen
ni gambar saya dirisik,tp bukan dgn anak makcik
ni pulak tanda saya bertunang, tak caya lg???
ni dia hero saya aka harta paling bernilai dalam hidup saya
nak pitam aku dengar citer ni
yang pelik nya
dorang tak tau ke aku ni dah jadi bini org
bila ditanya, mama tak jemput dia g keduri ke
ada, tp pintu dia berkunci
dia dok kat kl dgn ank dia
o patut la... skarang balik kg baru tau citer...
oooooooooo...
itu macam pun ada ka
'no title'
adoi..ngantuknya ptg2 gini.apa nak buat eh...
episod cite yg selalu aku ikut selama ni dah abes
so....
sekarang tgh paksa diri tak nak tido
sbb takut susah nak tido mlm karang
^___^
tgh takde keje, godek2 lappy tetiba nampak gambar ini
sepuluh (Eka and Firdaus)
sepuluh????
hahha.... 10 sempena sambutan monthsary yg ke 10 tempoh hari
sepuluh????
hahha.... 10 sempena sambutan monthsary yg ke 10 tempoh hari
merangkap befday aku jugak kata en somi
sbb masa beday ritu tak de kek
sbb masa beday ritu tak de kek
tak tau mana en suami dapat kek ni
uols tau la... kat sini mmg takde SR kan
neway...terima kasih manyak2 cayang
sayang u
AWAS : STATEMENT DI BAWAH BISA MEMBUATKAN KALIAN MUNTAH HIJAU
kepada sesapa yang tak kisah, leh teruskan...sapa yg kisah sila tekan butang X
di bawah ni hanya catatan diari seorang isteri
sempena ulang bulan yg ke 10
saya nak bagi tau pada en blog
10 sebab kenapa saya syg sgt2 pada MOHD FIRDAUS aka en somi
::: tolong saya buat keje sekolah
::: tolong bawa beg sekolah saya
::: tolong bawa beg sekolah saya
::: veri tolerate specially time saya kene bg commitment terhadap keje
::: tidak pernah meninggikan suara
::: selalu buat air panas waktu nak mandi pagi bila saya kesejukan la
::: selalu sidai baju <-- sbb takut org lain nampak isteri dia. saya tak buli pon
::: angkat saya masuk bilik bila ketiduran di living room
::: meminjamkan lengannya sbg bantal kepala saya selama ini, kecuali masa kem murid tahun 6
::: pujuk saya bila 'merajuk gatal'
::: layan kerenah saya tanpa jemu
::: tak pernah miss say love u setiap hari
::: layan kerenah saya tanpa jemu
::: tak pernah miss say love u setiap hari
saya harap sangat suami saya tidak berubah sampai bila2
Love my husband more and more each day
Saturday, October 9, 2010
10.10.10
tarikh yang sangat cantik di situ
pastinya...korang dapat banyak undangan majlis perkahwinan hari ni kan
aku??? non ada... kat sini org melayu tak ramai sgt...
susah nak dapat jemputan kenduri
eh arini kan, si angkasawan tu kawen
sangat best la tgk pre wedding dorang.cantik kan
cam di alam kayangan gitu
buat mereka yang memilih 10.10.10 sebagai detik bersejarah
'SELAMAT PENGANTIN BARU'
dulu penah gak plan nak kawen date ni, tp en suami ajak kawen cpt2
sini...aku nak kongsi beberapae petua yg aku cedok dari sekamar rindu
'peluklah isteri anda sekurang-kurangnnya 10 saat sebab umur anda akn di extand selama 5 tahun'
fakta !!!
::: pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
::: hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,”
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Teknik-teknik memeluk
2-Suami memeluk dari belakang si isteri, memegang pinggang, mengusap2 perut isteri sambil mengucapkan "I Love You" selalu buat ni specially time masak kat dapur.hehehe
4-Tapi awas..di saat si isteri tengah marah, merajuk yang teramat, janganlah guna tips ini..pastikan si isteri tu sejuk dulu, kalau tidak, pastinya cara ini akan menambahkan kemarahannya pula..apapun suami perlu bijak dan pandai memujuk isteri...eh tak de la...saya lagi suka kot,tgh2 merajuk, datang pujuk peluk2 cam baby
gambar sekadar hiasan mengingati detik sejarah kami berdua
apa tunggu lagi.cepat print size A3, then tempek kat peti ais.tapi pada yg belum kawen, jgn gatai2 nak praktik kan ae. kalu dah nak cuba sgt g mall cari baby doll. praktik la ko kat situ hokey.tp kan korang serius la, berdasarkan pengalaman yg baru berapa bulan ni adegan peluk memeluk ni mmg penting untuk mengeratkan hubungan suami isteri. rasa cam dihargai sesangat....(0____0)
p/s : sori ye... kalu, korang rasa cam ada unsur2 lucah. tak kot kan.hanya utk tatapan umum
Friday, October 8, 2010
saya dan uniform baru
ececey tajuk...macam la aku ada uniform selama ni... ada...masa sekolah dulu lar...eh kenapa cikgu tak de uniform cam nurse ae.suka je tgk cam tu.dulu masa kecik penah nak jadik misi tau.sbb nya baju dia nampak putih gitu...suci jek.dgn cutting yg menawan hati <-- tp kalu aku yg pakai flat la...tak de cutting cam dorang. tp tu la...cita2 aku mendapat tentangan hebat dan tidak di support oleh mama n abah.dorang nak anaknya jadi cikgu jugak kan...tu pasal jadi cikgu jerk.ok berbalik pada entry aku ni...actuallu entry ni ada kesinambungan dgn entry lepas. kan aku ada ckp teringin benar nak pakai persalinan dorang kan tp sekadar cakap, bukan bersungguh2 bila aku suara kan isi hati kepada 'anak buah' aku kat skolah nun...
dorang apa lagi...suka la. pakai kan aku baju2 tu
hah...sampai gitu sekali
ok dah siap...
keras je tangan aku tu
kasi lembut sket...err..tak leh dah
eh mana crown cikgu??
uniform kedua
pakaian tradisional org kayan
baju ni tak seksi sangat, sebab labuh
cuma pakai inner je
ok jom berfogediks sambil buat tarian ngajat
bersyukur aku sebab tercampak di sarawak
boleh pakai pakaian, yang mungkin tak dapat di semenanjung
ni anak murid kesayangan aku yg beriya nak pakaikan aku baju2 di atas
sebagai kenangan sebelum mereke ke form 1 tahun depan,aku turutkan
dorang ajar ngajat sampai sudah tak dapat
tengok tu...heheh
pada anak murid cikgu
cikgu minta maaf dgn ketegasan cikgu di dalam kelas
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang...
semoga kamu berjaya 1 hari nanti
itu doa cikgu mengiringi perjalanan hidup kamu
jangan sesekali megecewakan hati ibu bapa kamu
'miskin' bukan satu alasan untuk kamu tidak berjaya
cikgu sayang kamu semua....
p/s: thanx en suami kerana menjadi cameraman sepanjang syg beraksi
to Dorina nanti cikgu cuci la gambar kamu tu.
cikgu tak g bandar lagi :)
Thursday, October 7, 2010
hari yang padat
tanggal 7 oktober, merupakan hari padat bagi aku...dari pg penuh dgn aktiviti...haisssyyy...
dah la kene jadi MC. sangat tidak suka. kenapa harus aku ???? asyik2 aku
aku dah la jenis darah gemuruh orangnya. penakut ya amat
igt lagi masa nak bentang projek sarjana dulu
depan prof kan. bayangkan lah...m'gigil sejuk 1 badan
kalu pegang kertas tu, ko boley nampak kertas tu pun turut shaking sama
apa2 je la about pembentangan, public speaking...
saya tidak suka !!! full stop
tapi dah tanggung jawab selaku ketua panitia...
terpaksa lah...ulang sekali lagi...terpaksa...
eiii...buruk benau perangai kan
hokeh...berbalik ke alam nyata
hari ni sekolah aku ada dua program dalam 1 hari
~PROGRAM PERTAMA~
program penutupan hari merdeka
see...dah masuk bulan 10 baru nak tutup.
sebelum ni sengaja memberi laluan kepada murid utk UPSR. fokus.
so.... hari ni kasi dorang release tension sungguh2
aku bersama task yang diberi
siap tulis skrip bagai...tapi hampeh...cakap sesedap rasa jerk.susah la note2 ni sila abaikan kasut yg tak berapa nak match tu
serius je suami ku ituw.kenapa ye...
o...patut la.jeles ae... :) dia jadi tukang pemerhati dari belakang
banyak sgt program yang diatur
persembahan budak harus lah ado.
tp tak sempat nak snap
aku kan MC, so haruslah berada di depan sahaja.behave <--boley caya ke
ergh takde makna nya. sesekali tak terkawal jugak
boley pulak g nyanyi sesama dgn budak2
pastu bila atur cara dah abes kelam kabut g depan
pastu bila atur cara dah abes kelam kabut g depan
hover tau cikgu kamu ni.konker 2 bendera lg.budak 1 aja
bendera tu aku rampas budak berdekatan
bersemangat betul la aku ni ha...
part yang paling best utk program ni adalah
menyanyi lagu patriotik n tayangan gambar ketika zaman menuntut kemerdekaan
last sekali , upacara laungan MERDEKA oleh cikgu Abu
kesimpulannya, program berjalan lancar seperti yang dirancang
~PROGRAM KE-2~
Pertandingan Pakaian 1Malaysia
aku kene jadi hakim pulak kali ni...oh...sangat susah hendak menilai pakaian mereka
barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana <-- bijak ke
dah tak tau nak pilih mana 1 pemenang
rambang mata aku eh
ni pulak one of our contestant
dorang make up seniri taw.sangat pandai
aku pun belum tentu pandai make up camtu
ada gak murid yang suh aku make up kan
siap bawa maskara bagai.celak kat kening tu la....haisyyy
ingat cikgu nya pandai make over ke
last sekali aku pakaikan lipstik aja.hahaha itu je aku tau
malang la kamu dapat cikgu cam aku
"kamu nak cikgu mekapkan kamu cam burung merak ke"
ha...kelam kabut dorang tarik diri. tse tse tse :)
tapi serius...g sekolah (kelua dating dgn en suami pun) mmg aku tak mekap
tak reti..selekeh kan.org lain.mata berwarna warni agik.cantik je
suka aku nengok nya. tapi aku...ergh...kalu ada event besar2 kot baru gatai nak pakai
tapi bagus gak simple cenggitu...
tak de nak g skolah kene bgn sejam awal.aku 30 min sebelum ke skolah baru mandi :)
huduh benar perangai
bagi aku, motto waktu pagi aku 'MASA ITU EMAS'
dari 30 min dok conteng muka ni, baik aku tido kan...hehhee
itu aku la yang pemalas.lain org lain cara
kalu silap cakap atau terasa, sori ye... tak de niat..
lagi gambar masa pertandingan
persalinan untuk orang iban.pakai cawat jak.dah la hari hujan
lagi persalinan mereka
cikgu ugas pun nak jugak
dah nak sama besar dgn ank dara ni dah.
teringin nak pakai uniform dorang
korang agak camne muka aku ye kalu pakai baju ni
hehehe
nak tengok tak :)
(0_____0)
Subscribe to:
Posts (Atom)