Saturday, October 9, 2010

10.10.10

tarikh yang sangat cantik di situ
pastinya...korang dapat banyak undangan majlis perkahwinan hari ni kan
aku??? non ada... kat sini org melayu tak ramai sgt...
susah nak dapat jemputan kenduri
eh arini kan, si angkasawan tu kawen
sangat best la tgk pre wedding dorang.cantik kan
cam di alam kayangan gitu
buat mereka yang memilih 10.10.10 sebagai detik bersejarah
'SELAMAT PENGANTIN BARU'
dulu penah gak plan nak kawen date ni, tp en suami ajak kawen cpt2
sini...aku nak kongsi beberapae petua yg aku cedok dari sekamar rindu



~BUAT PARA SUAMI KHUSUSNYA~


 

'peluklah isteri anda sekurang-kurangnnya 10 saat sebab umur anda akn di extand selama 5 tahun'

 fakta !!!

::: pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

::: pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

::: hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,”
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.



 Teknik-teknik memeluk

1-Peluk isteri bermula dari memegang tengkuk dan mengesel-geselkan dahi suami kepada dahi isteri sambil memandang mata isteri..pasti isteri akan gembira  (0_____0)

2-Suami memeluk dari belakang si isteri, memegang pinggang, mengusap2 perut isteri sambil mengucapkan "I Love You" selalu buat ni specially time masak kat dapur.hehehe

3-Suami juga boleh cuba memeluk isteri (dalam mood curi-curi peluk..gurau senda) dan terus mendukung si isteri dengan penuh kasih sayang..kalu main aksi dukung2 ni takut lain jadinya

4-Tapi awas..di saat si isteri tengah marah, merajuk yang teramat, janganlah guna tips ini..pastikan si isteri tu sejuk dulu, kalau tidak, pastinya cara ini akan menambahkan kemarahannya pula..apapun suami perlu bijak dan pandai memujuk isteri...eh tak de la...saya lagi suka kot,tgh2 merajuk, datang pujuk peluk2 cam baby


 gambar sekadar hiasan mengingati detik sejarah kami berdua


apa tunggu lagi.cepat print size A3, then tempek kat peti ais.tapi pada yg belum kawen, jgn gatai2 nak praktik kan ae. kalu dah nak cuba sgt g mall cari baby doll. praktik la ko kat situ hokey.tp kan korang serius la, berdasarkan pengalaman yg baru berapa bulan ni adegan peluk memeluk ni mmg penting untuk mengeratkan hubungan suami isteri. rasa cam dihargai sesangat....(0____0)





p/s : sori ye... kalu, korang rasa cam ada unsur2 lucah. tak kot kan.hanya utk tatapan umum

5 comments:

harzharun said... BALAS

hehe..entry best!...i suka peluk arjuna time i bpeluh2...nnti dia akan berusaha lepaskan diri..hahahaha!!!

Lina Rahim said... BALAS

suka. suka tarikh 10.10.2010 tu dan suka bab peluk memeluk antara suami isteri. indah yang tak terucap

gincuitumerah said... BALAS

guud info eka untuk yang baru nak melangkah ni..mintak tag kat afiq..hahahaa

eMMe said... BALAS

eka, bile la kite dpt peluk ekkk...hahaha...haruslah kite peluk suami kita kan...

E K A said... BALAS

harz...suka dia yer
lina...nikmat di alam perkahwinan
wmmy... tag la afiq tp jgn praktikal lg tau
emme...hehehe...marah cik abe nanti