Sunday, October 24, 2010

Petua untuk dapatkan baby lagi

tengok...betapa bersungguh sungguhnya aku berusaha untuk dapatkan baby...sana sini mengoogle cari petua2 yang berkaitan...ada yang dari puan farah gak.thanx sbb sudi berkongsi


nampak tak apa baju cakap, saja aku fokus kat situ


Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan

Petua 2
makan taugeh mentah refer sini setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.

Petua 4
1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
- Baca Bismillah 1x
- Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
- Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
- Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang
Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
* Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih
belum berhasil..

Petua 5
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan)
sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di
dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.


Petua 6
1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir"
semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.
2. Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau
isteri atau kedua-duanya amalkan.


Petua 7
1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi
(utk si suami).
2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami). <--camne senaman tu ye
3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.
4. Doa Nabi Zakaria.
5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.
6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).
7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.


Petua 8
1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.
2. Buah Delima.
3. Buah Zaitun.
4. Buah Kurma.
5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang
berasid.
6. Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30
tablet setiap hari, makan sayur & buah. Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt
daging, ayam dll.
7. Jangan minum ais dan minum air kelapa.


Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan ke sebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.


Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih. <-- ini yg masalahnya ni.aku tak mkn soya.camne nak dapat ank kaler putih berseri.minum air kelapak je la



 kami mau anak !!!



err..banyak petua aku kongsi kat blog...tapi byk juga yg belum dibuat...hehehe...diserang penyakit M...cthnya seperti buat togey tu, dah lama share kat sini.tp, lom lagi beli kacang hijau nya...yg diamal skang hanyalah yg berkaitan dgn bacaan ayat2 yg berkaitan itu aja.korang cuba la petua2 di atas mana tau berjaya. dan yang paling penting adalah berdoa pada NYA. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa
dan jgn lupa doakan utk aku sekali ye !!!
( *______*)





9 comments:

eMMe said... BALAS

me doakan utk Eka, agar dpt ape yg diinginkan...n sama2 beramal...InsyaAllah, Usaha+Tawakal=pasti temui kejayaan.

E K A said... BALAS

ye la me.sama2 kita berdoa ye...

Hasnah said... BALAS

insyallah. usaha tangga kejayaan =))

Farhana Baharin said... BALAS

wow...mcm2 petua u ade..:-)lama dh ker eka kawen?

E K A said... BALAS

asna: doa2kan ye
farhana: lama dah...nak dekat setahun dah pun....

harzharun said... BALAS

yang....sama2 kita usaha yea....tp aku mkin down la skang....huhuhu

Mrs Azhar said... BALAS

sm2 la kita usaha & bdoa ye eka. ermmm wani tgh kumpul petua utk baby girl.. =) doakan wani jugak ye!

Lina Rahim said... BALAS

rasa nak buat petua no.6 la..sebab mudah sikit..hehe..

E K A said... BALAS

harz...eka pun sama...kalu nak ikutkan give up.tp tu la nak baby.tetiap bulan frust jerk bila cik P datang melawat

wani...eka pun nak baby girl.leh pakaikan dia gaun cantik2