Saturday, September 18, 2010

open house 2

kejadian ni berlaku semalam. dapat call dari cikgu rosnani, umah nya bt open house. dia jemput g umahnya. aku dgn en suami....'o ye ke...hm jap2 lg la ye...' cam blur pun ada. sbb kitorang plan nak mkn kat luar.tetiba ustaz bawah kuartes aku tepon, ada org kampung area situ jemput gi umah...haishhh susah benau nak menolaknya...tak sampai hati pulak...so kitornag on je la...mkn kat luar nun bila2 je pun boley...lg pun rezeki depan mata tak baik ditolak cengitu je.ye dok


 makan free lagi


see...tak pakai baju kurung pun...sbb mmg dah plan nak kelua. buat pengetahuan korang, kat sini lain sket tau...walaupun kita g raya umah orang pada hari ke 25, dorang still pakai baju kurung n baju melayu...pendek kata suasana raya masih terasa dalam tempoh sebulan... kalu cam kat png...raya ke 4, ke 5 seluar atau dress je aku pakai. hokey berbalik pada crita semalam, sebaik sahaja masuk ke umah cikgu ni...aku terkesima dgn susun atur rumahnya. sgt antik tau korang. segala macam jenis barang antik dia simpan...n living room dia hanya disinari pelita minyak tanah...veri the antik tau.cantik sgt



umah korang ada iron ni


first time aku tgk iron arang ni.zaman kita mana pakai benda alah ni dah kan...main push button on then gosok la ko banyak mana pon


ini lak tepon lama diberi nafas baru




 banyak lagi la brg antiknya


agaknya  barang2 dlm umah cikgu rosnani, kebanyakannya lebih berumur dari aku. sbb wujud sebelum aku lagi... sekali tgk umahnya cam chalet pun ada...90 percent dr umah dia dari kayu sbb nak mengekal kan ciri2 traditional. pendek kata sepanjang keberadaan aku di rumahnya, banyak kepada cerita di zaman silam...aku kan jenis suka bertanya... naknya benda yg aku tak tau kan. buat pengetahuan cikgu ni boley dikatakan 'orang lama'. sebaya dgn mama aku agaknya...tu yang banyak pengalaman...dan dia dapat kumpul barang2 antik pada zaman dia dulu...

pas ini perut kat umah cikgu, kitootang attend open house orang kampung kat sini...mostly ank murid aku gak... time2 ni la nak kenal ank murid aku lebih dekat...so apa2 jadi sennag aku terus serbu umah maknya...hehee...tak banyak bergambar sgt, sbb rumah orang kan...haruslah behave...malam ni sempat g 4 buah rumah.pegi kejap2 je. hanya memenuhi syarat datang beraya...then g umah lain pulak. balik umah dgn hati yg girang

~K.E.N.Y.A.NG~





0 comments: