Thursday, April 14, 2011

CHEESE MACARONI BAKED


ke macaroni cheese baked
walau apa pun maksudnya tetap sama
di atas permintaan ramai
sini aku come out dgn resepi macaroni baru2 ni




actually malu2 gak nak tulis resepi kat sini
sapa lah aku. tak layak utk perasan cam chef
ye la aku ni bukan pandai pun
main agak2 je masak
kalu setakat nak bg suami sendiri makan ok la
rasanya 1st time kot aku wat resepi2 gini
ada 2-3 org kwn, aku dah personally pm dia nya resepi
tp ni request by dayat
suh wat kat blog utk dikongsikan bersama
disebabkan sikap keguruan tu tinggi dlm diri
so takmo la kedekut ilmu
nah amik resepinya
sori la ye kalu bhsnya sukar difahami
festime ni


::::HOME MADE BAKED MACARONI ::::

A-Bahan-bahan
  1/2 paket macaroni sbb 2 mulut je nak mkn


B-Bahan untuk Sos macaroni 
minyak untuk menumis
 2 ulas bawang putih, dicincang
2 biji bawang besar, didadu
 2 cwn daging cincang
1 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce
1 tin cendawan butang, dihiris
garam + gula agak2


C-Bahan untuk Sos Cheese
1/2 sudu besar mentega
1cwn air*
2 sudu besar tepung gandum*
2 cwn susu segar, aku guna dutch lady kebetulan stok tu je ada
1/2 buku (250 gram) keju cheddar diparut aku guna cap kraft
 sedikit serbuk lada hitam
*larutkan air + tpg gandum bersama2

D-Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut 


Cara2
-rebus bahan A, then letak sebelah
-utk bahan B,cam biasa sediakan kuali, masuk minyak, tumis semua bawang. dah garing masukkan daging cincang tu...dah naik bau masukkan sos prego,garam+gula...last sekali masukkan cendawan...siap, letak sebelah
-gaulkan bahan A dgn bahan B.then masukkan dalam casserole ataupun apa2 bekas yg tahan panas.bagi sebati.jgn kering sgt, sbb kang nak dibakar pulak.dan jgn basah sgt.nanti lembik je.selalunya kalu aku bt 1 tin prego ni...sengah dari tu aku simpan utk bt pizza.kira 2in1 la.once bt macaroni pakej dgn pizza skali

-utk buat bahan C, masukkan mentega atas periuk, dah panas campurkan air dan tpg gandum. kacau jgn bagi dia bergentil.kalu tak, tak sedap...kang terhangit pulak kat bawah tu. dah sebati, masukkan susu. pastu campak parutan keju tadi.kacau dia sampai melt...kalu nak lemak berkrim taruk cheese manyak2 :) letak sedikit lada hitam utk menambah perisa.
-seterunya bila bahan C dah siap, terus curahkan bahan C ni ke dalam casserole yg berisi macaroni tadi...
pastu tabur mozarella. nak lebih yummies campur dgn cheddar. again jgn salahkan aku kalu aku bg pengaruh yg tak baik pd diri korang. sebelum bakar pre heat oven pada suhu 180 then bakar dalam 15-30 min. agak2 dah kekuningan boleh la diangkat








p/s : igt nak bt resepi bergambar, tp disebabkan ibu mengandung sorang ni dah teringin sgt. sian la pulak.tu yg laju2 aku tulis resepi ni...semoga berjaya ye dear...

Wednesday, April 13, 2011

aku dan ABC

kat luar sana matahari sgt terik
nak keluar pun malas


 tapi, panas2 gini pekena ABC sedap gak kan



 tetiba teringat ABC masa aku mkn cuti bln 3 aritu



 aduhhh...nikmatnya




abes muncung mulut2



abang....jom cari ABC


eh korang....penah tak makan ais kepal
aku tak tau la kat tmpt korang panggil apa
tp zaman skang susah dah nak jumpa ais kepal tu
igt lg...
 setiap kali nak g ngaji petang kelas fardhu ain
mesti singgah kedai pak mat beli ais kepal



 mana satu cik eka...ahah? 
ala yg berdiri cam nak nyanyi lagu negaraku tu.yg muka penuh tpg tu


bukan tu aja, beli laksa 50 sen mkn dgn straw
sambil kayuh beskal
rindunya saat itu
tapi 
skang mana nak cari laksa 50 sen???
insyaallah tak jumpa dah
dulu bawa sekolah 50 sen pun kira byk
skang bawa 50 sen tak dp apa
kuey je kot



Monday, April 11, 2011

dimanakah silapku??????

ni semalam punya cerita
arini baru sempat post
ari 1st ke skolah selepas cuti 2 hari ;)
aku dah dikejutkan dgn cerita2 yg kurang enak didengar
pagi2 dah buat aku spoil
serius agak tertekan
since last week actually
kat skolah aku diberi title as guru kelas
2 thn aku pgg kelas ni
mmg tak de masalah
dari segi disiplin dan sebagainya
dan aku sgt enjoy dgn derang
masuk tahun ke3 skang derang thn 6
aku tak tau mana silapnya
macam2 hal derang wat
last week kes bergaduh siap dgn kayu lg
smlm dgn merokoknya
org yg sama
aku rasa cam aku tak pandai ngajar je
mmg benar aku bukan ibu kpd budak2 ni
tp bila jadi mcm ni
aku rasa sgt sedih
tugas aku mendidik derang
tp nampaknya aku tak berjaya
sbb macam2 hal jadi
nampak sgt perubahan drastik sum of them
setiap ari aku tnya en somi
mana silap aku






camne nak buat bg derang sedar kesilapan yg dilakukan
adakah derang rasa dah cukup besar n leh bt apa saja yg derang suka
walopun kegiatan tu semua berlaku di luar sekolah
tapi nama kelas aku tetap naik
org akan tanya sapa guru kelasnya
serius aku sgt sedih
going down down down
dan hari ni bila aku ke sekolah
aku tgk budak yg mengedar rokok tu kene cakar dgn abg+mak
badan pulak berbirat kene sebat gamaknya
kesian pulak aku tgk
tp apakan daya...mebe maknya geram sgt
bygkan duit yg diberi
dia belikan sekotak rokok then edarkan pd kawan2
baru darjah 6 dah buat camtu
sedih je bila aku ckp dgn mak dia tadi



deco bersama...

bukan eric...tetapi....
????????
cer cite cer cite
ei ngengada kan...ni ha bersama orang ni



dia...pujaan hatiku wink



ini bahan2nya, ye puan2



mula2 kemek2 kan doh tu ( tepung + yis +susu+ marjerin)



 pastu letak sos prego actually ni balance drp macaroni semalam



cup !!!ada beberapa org minta resepi macaroni smlm
betul2 nak ke, eka ni main campak je
tak pandai sgt
nak bg resepi kang lain pulak jadinya
maklumlah eka ni tak terer mana pun
main ikut tekak sendiri jerk
k sambung ke sesi mendeco



pas letak sos prego, campak semua bahan yang ada



lastly letak cheese+mozarella kalu ada parmesan lagi best



ready utk dibakar...cer tgk pizza dia ada mata hidung mulut



 tara !!! siap utk dimakan ~ ini pizza versi en somi



boleh en somi salahkan aku buat ajaran sesat 
sbb kelim dia terbuka waktu bakar tu
haiya...padahal aku dah bg tau awal2 
'jahit' betul2 antara doh dgn doh tu
kalu tak terbuka nanti...
nak tgk versi tuan tanah tak...ahahaha
disebabkan aku ni cheese maniac
 special sket la aku buat
aku letak cheese kat tepi, camni



tabur cheese keliling pizza tu then kelim balik


 siap ! gebu dari en somi, tu yg dia jeles tu jgn mare ye abg



bila gigit, cheese tu akan keluar meleleh.memang superb la<--perasan



hah itu la HOME MADE PIZZA kami dua
kalu nak tau kitorang mmg gitu
setiap ari mesti spend time together kat dapur
main masak masak
lawan sapa deco paling cantik 
tapi hari sekolah tak sempat la nak deco bagai
sedap tak sedap belakang cerita
en somi mmg sgt supportive dlm bidang ni
jadi aku pun semangat ar bila wat keje sama2
masa buat pizza ni pun
pukul 10 baru siap 10 mlm taw
mata pun dah lalok2 nak tido
mau ko tak boooooooolat puan eka
dah la heavy dinner
dgn burgernya lagi.....plus fries
lagak cam mat salleh pun ada
tp dalam hati, jiwa meronta2
rasa kecewa mcm mau hantuk kepala ke dinding




Sunday, April 10, 2011

baked macaroni cheese

ya...itu adalah kegemaran en somi masa kini
asal wiken je minta macaroni



waktu wiken smpat la nak ber baked bagai kan


aku igt lagi, masa tunang dulu
kalu aku bg dia macaroni
jangan harap la, dia makan sket je
sedih tak sedih hati ni
tp skang ni, dia yg request
tu yg dia ckp
wabak aku dah transfer ke dia
(*________*)


Friday, April 8, 2011

rajuk si isteri

sebelum kejadian... aku nyemak buku budak, sambil duduk...sambil tgk tv...en somi dok pegang2 perut aku yg bulat + penuh dgn lemak berkrim ni. tetiba dia ckp...
 suami : eh sejak bila ada ground floor ni
sambil raba perut. aku cam blur2.apa pulak groundfloor ni kan... pastu dia siap buat explanation lagi...
 suami : ni 1st floor...ni 2nd floor... 
ha faham tak korang. tu menunjukkan perut aku dah mcm mangkuk tingkat 
 sabar je la.isteri tak cakap banyak...hanya memuncungkan mulutnya.pastu suami gabra terus cakap...
 suami : abang melawak je... dah menunduk mmg la perut akan berlipat2
ye aku tau dia saja nak amik hati aku. kenyataannya........??? lu pk la sendiri


:::::::::::::::::::::::::


pastu aku sambung layan fb...ada member tag benda alah ni...secara kebetulan cam ada rentetan dari kejadian tadi.baca ar


Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?




P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki



:::::::::::::::::::::


i like da statement...yg di bold kan kaler pink tu.cer bagi somi korang baca.apa reaksi dia. ni reaksi en somi

suami : takut... sayang tak mo wat camni taw...dengan mimik muka skali
isteri : kalu abg tak peduli syg, syg start la chatting + tak mkn mlm, sbb nak buang mangkuk tingkat ni itu ayat spontan takde niat nak perli dia.ahahha


tadi, sambil dok berblogwalking...tetiba lappy berbunyi, dapat message dari celcom, laju je en suami datang kat aku


suami : sayang....message dgn sapa tu
isteri : ni ha celcom bg warning. Broadband usage dah nak sampai limitnya.
suami : ha takmo chatting2 taw
hehehe...kelakar la en somi...kalu cam aku pas baca abes la kan.tak igt lagi dah...ni dia igt balik tu...haiya....






percaya la abg...selagi hayat dikandung badan...selagi jodoh kita berpanjangan, syg akan taat setia kat abg...insyaallah...oh tacing kejap.... !!! tapi kan korang sedih la kalu betul2 suami tak amik peduli ke kita, setahun dua ni mmg la amik peduli...nanti dah masuk puluh2 tahun. tak tau la canne...arap2 jgn la en somi wat aku camtu...nanges....


Thursday, April 7, 2011

oh my panda

ya...panda mmg comel



 tapi...
kalu mata panda...
hudoooooooooooh sangat
canne nak buat ek



cer tgk mata ku ituw...plus wrinkle lagi
ye aku tau itu membuktikan usia dah meningkat
oh tidakkkk !!!
pasni nak kene beli kosmetik la
ahahha





Wednesday, April 6, 2011

PemBeRitaHuan

saya ada satu masalah
minta jasa baik korang yang terer2 tu
solve jap poblem ni
nape aku tak leh nak folo blog orang
selama ni ok je
ke aku yang bongoks sket bab2 ni
cer tgk
betul tak tekan benda alah ni je kan...



kekda,minta izin tunjuk cth ye



pastu dia mitak kita sign in kan bla bla bla
pastu setle la kan...
ada tak cara lain ae...


Tuesday, April 5, 2011

murid meninggal dipukul guru

aku rasa satu malaya dah tau cite ni
sedih betul hati aku bila baca berita yg satu ni
sbb ia melibatkan profesion aku
terkilan + ralat + malu bila teman2 seangkatan
tidak dapat mengawal emosi ketika mengajar



 gambar kelabu asap


aku tak kata aku ni baik sgt
apa lah hak aku nak ckp camtu
aku ni baru setahun jagung dalam bidang pendidikan
tp kerana nila setitik abes rosak satu belanga
sad sad sad




pada pandangan korang la kan
apa la yang budak tu tau
budak yang berusia 7 tahun dipukul + diikat tgn
mmg benar budak tu bersalah sbb mencuri
tp nabi tak ajar kita berlaku kejam terhadap anak2 ketika mendidik
plus sebelum menjadi guru kita dah didedahkan ilmu pendidikan n psychology kanak2
bila dah keje, apply la
ni kan pulak membunuh, mungkin la cikgu ni tak de niat
tapi
berpada2lah ketika memberi pengajaran kepada anak2
ya statement ini juga peringatan utk diri sendiri






aku pun kadang2 sakit hati bila budak tak siapkan homework
penah juga aku terpiat telinga <-- sepatutnya salah disisi undang2.jgn tiru aksi ini
pastu terus rasa bersalah+menyesal ya amat
sampai malam tak leh tido teringatkan budak tu
pastu esoknya aku pujuk balik utk amik hati dia
kunun concern gilak kat dia
aku tak leh ar
mebe jiwa aku ni kot, lembut sangat
tp bila dah melibatkan kematian
aku rasa wajarkah mendidik sampai tahap mcm tu
cer bayangkan kalu budak tu harapan keluarga dia
dia saja lah pewaris keluarganya
apa perasan bapa dia...
plus anak yatim lagi....adeh
ingatlah setiap org melakukan kesilapan
kita yg tua ni pun slalu melakukan kesilapan
tp sering diberi peluang utk berubah
oh dah dah...sedih la aku bab2 ni.emo...
 click sini utk cerita sebenar
walaupun aku sendiri guru
aku sedih bila perkara sebegini berlaku
aku tak tau mana hilangnya sikap peri kemanusiaan itupergi


p/s maaf gambar dari camera zaman tok kadok dulu

Monday, April 4, 2011

AF dah bermula

skang ni dah mula start musim af
aku semangat nak tengok sbb ada paknil je
boley tak camtu
dah bape musim aku tinggalkan af
thn ni baru rasa nak tgk balik
tak tau la penyanyi nya best2 ke tak
pengetua dia superb la...pheewit
pas ni mesti ada sesi berebut remote dgn en somi



keadaan aku ketika ini


nape ae. mood aku hilang utk blogging sejak akhir2ni
sedangkan fasa sibuk dah berlalu pegi
yang tinggal skang hanya fasa home sick
dah 4 bulan tak jumpa ma parent
tak keruan rasanya


tadi baru perasan, aku lom stori kat en blog
pasal percutian beberapa minggu lepas
dah jadi pekasam gamaknya