Tuesday, July 13, 2010

apa masalahnya tom my starz LG

honestly, aku tak kenal pun tom ni. dan kewujudan watak dia dlm industri nyanyian menjadi tanda tanya kat aku last week...maybe sbb aku tak penah tgk  rancangan ni kot. 1st time dgr nama tom ni masa dia kat melodi tu lah...sapa yg betul sebenarnya ni...confuse seketika. byk sgt fakta dan sukar utk mengadili mana2 pihak. sebelum ni aku tak penah amik pusing dgn gosip artis...just sekadar mengikuti je. pasal kes jejai, nora danish n fasha pun aku tak penah nak huraikan kat sini.tp bila melibatkan wanita2 teraniaya, specially ibu2 ngandung dipukul...aku jadi sensitip la


~kronologi tom dipukul~


Lebih kurang jam 1 petang (selepas cerita itu disiarkan) , sepupu mangsa (mangsa = isteri kepada bekas kekasih tom) mengadakan sidang media mengejut. Tom dikatakan memberi keterangan palsu dalam program Melodi  berkaitan kesnya yang dituduh sebagai orang yang terlibat dalam kes pukul wanita (mangsa terbabit) yang sedang sarat mengandung.

Semasa Sidang Media Tergempar

mangsa telah menelefon abangnya agar memberhentikan sidang media itu serta-merta. Rayuan tersebut diminta mangsa yang ketika itu kedengaran seperti sedang menangis (maybe~dipukul suaminya lagi...dlm hati aku'kuang ajaq')

Selepas Sidang Media Tergempar

Tom dan ex-boyfie nya mahu membawa mangsa ke rumah tersebut untuk menyelesaikan masalah secara damai. tapi, orang tengah Tom, iaitu Hulk membuat panggilan telefon dan berunding mahu berjumpa di balai polis Damansara. keluarga mangsa bersetuju
Sebelum Pergaduhan Terjadi

Setibanya wartawan dan keluarga mangsa di balai polis, mangsa tidak mahu berhenti di tempat yang dijanjikan. Difahamkan, suami mangsa berubah fikiran dengan meminta agar bapa dan abangnya itu datang ke sebuah restoran berdekatan balai polis. Permintaan tersebut dituruti bapa dan abang mangsa. Setibanya di sana, ahli keluarga dapat memeluk mangsa dan anaknya ( ini ada lah pertemuan pertama famili mangsa dgn babynya = Nur Kasih ) pada waktu tu, Tom diajak berunding dengan abang sulung + bapa mangsa. Secara tiba-tiba, adegan pukul memukul berlaku yang melibatkan Tom, abang mangsa, suami mangsa, mangsa dan kaum keluarga mangsa. Adegan pukul memukul itu tercetus kerana mereka tidak berpuas hati dengan jawapan Tom serta hubungan Tom dengan suami mangsa. Persoalannya, mengapa Tom harus ada di situ sedangkan perjumpaan tersebut difahamkan adalah untuk menyelamatkan mangsa daripada terus dipukul suaminya. Semasa Tom jatuh rebah ke jalan raya




mangsa cuba melindungi Tom dari terus dipukul. Wartawan Utusan Karya ( ada pertalian darah dgn Tom) yang ada di situ meleraikan pergaduhan tersebut.Tom serta suami mangsa bersama konco-konconya terus pergi ke balai polis Damansara untuk membuat laporan polis terhadap dirinya yang diserang keluarga mangsa.

Di Balai Polis Damansara

Laporan polis itu dimulai dengan pihak Tom dan suami mangsa yang memberi keterangan. Sebelum membuat laporan, suami mangsa cuba membawa masuk mangsa ke dalam balai polis bersamanya. Namun, keluarga mangsa menghalang permintaan itu kerana dikhuatiri suami mangsa akan membuat sesuatu di luar jangkaan.

Selepas laporan

Tom diminta wartawan utk ditemuramah. Dia mengajak semua rakan wartawan ke kawasan lain yang mana di situ suami mangsa dan rakannya yang lain sedang menunggunya.tetiba Tom berubah fikiran dan tidak mahu memberikan sebarang penjelasan ( selepas rakannya yang kelihatan seperti kuncu samseng di situ menasihatinya supaya tidak berbuat demikian )


 
kesan dipukul


Tom :Saya terkejut begitu ramai pihak media datang sehingga insiden saya dipukul itu dirakamkan. Ia memalukan saya tetapi saya menganggap saya tetap tidak bersalah. Segala cerita yang mengatakan saya ada hubungan dengan suami wanita itu adalah satu fitnah walaupun lelaki berkenaan pernah menjadi kekasih saya sebelum dia berkahwin.

Saya sedih belum sempat habis berbincang, salah seorang lelaki datang menendang saya. Kalau saya benar-benar buat salah, takkanlah isteri kepada bekas kekasih saya itu datang untuk menyelamatkan saya daripada terus dipukul oleh ahli keluarganya? Saya cuba buat baik, tetapi ini yang dibalas mereka. Saya tidak ada kana mengena dengan masalah yang berlaku dalam keluarga tersebut tapi sayangnya saya pula yang menjadi seperti kambing hitam. Saya serahkan kepada masyarakat untuk menilai dan saya yakin kebenaran akan muncul satu hari nanti.

Bapa mangsa : Waktu tu kami memang tak tahu nak cari mereka di mana. Tiba-tiba saya dapat tahu anak saya di pukul suami dia dan Tom. Mesej berupa SMS itu adalah mesej di hantar anak saya kepada bapa mentuanya. Mesej itu dihantar dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan. Malah, dalam kiriman SMS yang kedua, anak saya mengadu bahawa suaminya telah tidur sekatil dengan Tom di depan mata anak saya sendiri.


....................(*___*).......................


so, pada pendapat korang...mana 1 betul...apakah ada lg citer selanjutnya.nantikan ahad depan...tuk keterangan lanjut, klik sini tak pun kat murai...moral of the story, pas kawen sebaik nya jgn la contact lg ex2 ni...takut disalah ertikan pasangan kita...disebabkan still keep in touch ni la jd gejala2 yg tak diingini. aku just nak pesan


pada tom : pasni tayah la ada kaitan dgn laki org ae...dok diam2, nyanyi je keje ko...yg lepas tu lepas la...ko cantik...cari je laki lain...dan, kalau benarlah (sbb tatau mana 1 betol kan) kata org ko penah memukul mangsa masa dia pregnant...aku rasa too much...ko pompuan ...tergamaknye la ko tendang org ngandung...dlm melodi tu nampak alahai baiknya dgn isteri ex ko...tak baik la hipokrit camni...ko kene igt gak hukum karma...wat u gif u get back hokey...tp aku arap ko tak bt semua tu, sbb ko pun nampak cam org baik2 aja

pada suami mangsa :aku tak suka cara ko...yg suka suki nak naik tangan...igt ank kucing ke hape nak pukul2 (ank kucing pun aku tak sampai hati nak pukul tau) dayus la wey men pukul2 isteri...hargailah isteri ko...mana tau kalu kejadian ni berlaku pd adik beradik ko...apa ko rasa

2 comments:

LinaRahim said... BALAS

Tom dan suami mangsa akan dapat pembalasan. hukum KARMA tak akan menipu. lagipun Tom tu bukanlah cantik sangat. Anak mangsa itu tidak layak berbapakan ayahnya.

E K A said... BALAS

betul etul betul...sian kkat mangsa...tergamak diperlakukan sedemikian rupa