Thursday, July 22, 2010

im sorry (>, <)

salam jumaat...
hari ni, nak reflect diri sendiri dgn rasa penuh keinsafan entry tidak ada kaitan sama ada yg hidup ataupun msti...aku bt salah besar kat en suami...nangis2 semalam...aku tertinggi suara secara tak sengaja...tak de niat weh...camni citenya...

smlm, masa aku dok masak...tetiba aku nampak air melimpaah ke dapur...tgk2 en suami dok curah air kat peti ais (tu yg ngalir ke dapur) then automatically aku menjerit...'abang !!! lecah umah nanti...' dgn bersuara lantang tu lah menyebabkan drama sebabak berlaku sebelum upacara mkn malam...nangis2 aku time minta maaf kat en suami. rasa bersalah sgt...padahal en suami tak de terasa hati or merajuk dgn aku pon...cuma aku sendiri je yg rasa tak patut tinggikan suara (mmg tak patut pon...dosa tau) dok marah2 laki camtu....niat dia nak lap air udang yg menitik dari peti ais tu je, tp bila aku terkejut dgn tindakan mencurah sebesen air ke lantai...aku terus menjerit kat dia...aku tak marah...aku sangat terkejut je....sian sgt...dia tgk aku nangis, dia pun nangis sama...sgt2 menyesal dgn tindakan aku smlm


pada en suami thanx sbb terima diri ini seadanya...byk sgt kekurangan pd diri sayang...sayang selalu sakitkan hati abg...merajuk2 dgn abg...tak bg perhatian secukupnya kat abg...macam2 la. syg bersyukur sgt2 bersuamikan FIRDAUS BIN YAHYA....maybe u are not no one come to my life, but i swear u are the last one till the death. thanx for choosing me as ur wife



tazkirah di pagi jumaat



Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara. walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.




............(*_____*)..............
Ciri-ciri isteri solehah

- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga



............(*_____*)..............

doa menjadi isteri solehah
 
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu'
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmat
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihatiAmin,

Ya Rabbi Allamin…….

 
 
 
~SELAMAT BERAMAL~
 
 

0 comments: