Friday, October 22, 2010

bila org gelak,aku pun gelak la...

tajuk tah apa2 tah
mesti korang tertanya2 apa ke hal nya budak ni
tergelak2
cemni citernya...refer previous entry dulu
kan aku cakap arini ada meeting kan
meeting kali ni antara ketua panitia dgn PIBG
sampai je sekolah, terus masuk ke meeting room
masuk2 je terus rasa cam berada di alam lain
sbb sepatah apa pun aku tak paham
derang cakap lam BI (Bahasa Iban ye kawan2)
GB pun sumtime ckp lam BI gak
seb baik la ketua panitia dok sebaris
so bila aku tak faham, aku minta kawan sejawat tolong translitkan
dan sampai satu tahap tu
dorang ckp apa tah, sampai sume org gelak2
aku tercengang cengang dan blur2 la
sbb tak faham nape 1 bilik mesyuarat ni dok gelak2
tanya kawan2 apa yang lucu sgt ni, tp tak dilayan, dia terus gelak tanpa henti...
lastly...korang tau apa aku buat???
aku amik keputusan utk turut gelak sama
walhal tak tau pucuk pangkalnya
gelak je kunun cam paham
then bila kawan aku dah berenti dari gelak ketawa tu
dia tanya,"paham ke???"time tu sume orang fokus pada aku
aku geleng kepala
lagi sekali derang gelakkan aku pulak. gelak dan gelak lagi
wat pengetahuan korang mmg menjadi kebiasaan skolah aku kalau program libatkan PIBG
mmg bahasa org kampung situ yg dijadikan topik perbualan atau perbincangan
supaya objektif lebih tercapai
sbb ada antara mak2 yg masih belum fasih guna BM
penah jugak mak derang ckp bahasa Iban dgn aku
kelam kabut aku cari kawan sarawakian sbg translator
sungguh... walaupun dah 2 tahun dok sini
aku masih belum dapat menguasai "BI" sepenuhnya
tapi kelakar gak kekadang tu
macam







ayam dgn itik.bahasa lain2



walauapapun, aku tetap bersyukur sbb tercampak di sini
antara pengalaman menarik dalam hidup aku
kalu tak tercampak di sini
mana nak dapat pengalaman bergaul dgn penduduk setempat kan
at least, bila dok sini aku dpt tau kesengsaraan org lain
aku belajar dan tau cara hidup derang
sekurang2nya aku tau rasa bersyukur ada yg lebih susah dari aku
korang tau...RM10 sangat bernilai bagi mereka
aku tanya anak murid aku tahun 5
apa yg kamu boleh beli dengan duit RM 1000
rata2 menyebut kereta pesona, rumah dan motor honda 2 biji
faham tak maksud aku
bagi derang 1000 tu teramat tinggi nilainya
kalau la rumah semurah itu, maka berbiji2 la rumah yg akan aku invest
hehehhe...

ok la uols...
banyak ckp pulak aku ni
selamat lemai
lemai tu 'petang' dalam BI <-- kosa kata utk hari ini
sekian...




1 comments:

Lina Rahim said... BALAS

ha'ah la..dah duduk sini baru tahu Malaysia ni ada macam2 budaya..walaupun kt Miri ni tak terlalu berbeza sangat dengan semenanjung sebab dok kawasan bandar, tapi sikit2 paham juga la cara hidup orang sini